Abby Abadi Ikut Memey, Norman Ke Genting

Pada: Khamis, 4 Oktober 2012
Wah bukan main lagi dah sekarang hubungan yang terjalin diantara bekas isteri Norman Hakim, Abby Abadi bercuti bersama-sama Norman, Memey dan anak-anak Abby/Norman baru-baru ini di Genting Highlands.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Memey dan sempat memberikan sekeping gambar ketika percutian berkenaan kepada umum. Dan ini komen Memey yang dipetik melalui portal Murai semalam..

"Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing
pula dalam masa terdekat ini.

"Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands.

"Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,".- kata memey

Tag : , , , , , , ,