Zed Zaidi Bidas Astro Kerana Isu Ulang Tayang

Pada: Ahad, 26 Ogos 2012
Presiden Seniman dan juga pelakon, Zed Zaidi memang seorang yang tegas dan lantang bersuara. Apatah lagi isu yang tidak berani orang suarakan tapi Zed berani untuk menyuarakannya. Mengenai Astro, memang ramai yang kadang-kala tidak berpuas hati terhadap mutu siarannya yang sering kali berulang-ulang dan terdapa iklan komersial produk.

Program berulang-ulang memang selalu dimainkan di mana-mana channel yang berbentuk hiburan, tapi kalau channel sukan atau seumpamanya, rasanya edisi ulang-ulang tidak berlaku, tapi kadang-kadang ada iklan berbentuk produk komersial. Memang tidak sewajarnya iklan produk komersial ditayangkan di Astro sebab kita bayar bukannya percuma, tapi wajarlah kalau tv tempatan mengeluarkan iklan berbayar sebab penggunannya adalah percuma.

Isu pengulangan rancangan yang itu rasanya tidak terlalu kerap, ianya bergantung kepada masa. Isu iklan juga sudah rasanya dikemaskini, banyak iklan yang ditampilkan untuk memberitahu rancangan seterusnya dan pe-minimumkan iklan komersial di tempat-tempat channel tertentu. Tapi kita harapkan satu masa nanti, dominasi Astro dapat disaingi oleh syarikat baru yang lebih cekap dan efisyen.

Tag : , , , , ,