Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Nurhaliza marah dengan iklan seks ini, mahu saman!

Selasa, 10 Januari 2017

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.

Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Siti Nurhaliza, 38, yang turut terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar. -sumber Cari Forum

Iklan mencuit hati ala tamil dari Datuk Aliff Syukri

Khamis, 27 Oktober 2016

Pelakon kanak-kanak Petronas yang kini dah besar..

Rabu, 2 Mac 2016


Laman Facebook popular, Sukan Star TV telah memuatnaik sekeping foto terkini yang menampilkan bekas pelakon iklan kemerdekaan ke 50 terbitan Petronas pada tahun 2007 yang meningkat remaja telah mencetuskan perbalahan dikalangan netizen.

Beberapa komen berunsur sindiran lucan telah ditulis oleh beberapa pengunjung laman facebook tersebut yang mengatakan betapa 'besar'nya Umi Khazriena sekarang, dengan mengkhusukan pada buah dada remaja tersebut.

Apa yang tak kena dengan iklan Maria Farida ni?

Rabu, 25 November 2015

Dengar cerita ramai nitizen online yang tak suka dengan iklan ini. Dan dibawah ini adalah beberapa komen yang rata-rata tidak suka iklan Maria Farida ini, kerana tidak diketahui apa motif sebenar Maria berbuat demikian.

Che Ta bengang pegang produk di pangkah! (2 gambar)

Jumaat, 4 September 2015

Che Ta Bengang Blog 'Pangkah' Produk yang Digunakannya
Rozita Che Wan atau Che Ta berasa kesal masih ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk melariskan jualan produk masing-masing.

Lebih membuatkan Che Ta berasa bengang apabila gambarnya disunting memegang botol produk kecantikan keluaran terbaharu seolah-olah dia mempromosikan produk berkenaan.

Zul Ariffin dengan Maya Karin?

Jumaat, 23 Januari 2015

Dengarnya kini pelakon kesukaan ramai, Zul Ariffin digandingkan dengan Maya Karin. Maya Karin pun jarang keluar untuk beberapa aktiviti anak seni.

Dia digandingkan dengan Zul untuk sebuah iklan komersial. Tapi tak dipastikan iklan apa. Nampaknya sepadan sangat, kalau jadi hero dan heroin ni agak-agak korang nak tengok lagi tak.

Jangan marah ek Gayatri..

Kak Ton, Bobo dan Syasya Bergabung

Isnin, 30 Disember 2013

Tiga orang pra-selebriti yang dikenali ramai adalah Bobo, Kak Ton dan juga Syasya yang masing-masing membawa ikon tersendiri dengan gaya yang mereka paparkan kepada orang ramai melalui laman sosial.

Kali ini mereka digabungkan bersama untuk menyerikan lagi satu video berdurasi kecil untuk iklan produk kosmetik keluaran Kak Ton. jom lihat gelagat mereka bersama ni.



Zed Zaidi Bidas Astro Kerana Isu Ulang Tayang

Ahad, 26 Ogos 2012

Presiden Seniman dan juga pelakon, Zed Zaidi memang seorang yang tegas dan lantang bersuara. Apatah lagi isu yang tidak berani orang suarakan tapi Zed berani untuk menyuarakannya. Mengenai Astro, memang ramai yang kadang-kala tidak berpuas hati terhadap mutu siarannya yang sering kali berulang-ulang dan terdapa iklan komersial produk.

Program berulang-ulang memang selalu dimainkan di mana-mana channel yang berbentuk hiburan, tapi kalau channel sukan atau seumpamanya, rasanya edisi ulang-ulang tidak berlaku, tapi kadang-kadang ada iklan berbentuk produk komersial. Memang tidak sewajarnya iklan produk komersial ditayangkan di Astro sebab kita bayar bukannya percuma, tapi wajarlah kalau tv tempatan mengeluarkan iklan berbayar sebab penggunannya adalah percuma.

Isu pengulangan rancangan yang itu rasanya tidak terlalu kerap, ianya bergantung kepada masa. Isu iklan juga sudah rasanya dikemaskini, banyak iklan yang ditampilkan untuk memberitahu rancangan seterusnya dan pe-minimumkan iklan komersial di tempat-tempat channel tertentu. Tapi kita harapkan satu masa nanti, dominasi Astro dapat disaingi oleh syarikat baru yang lebih cekap dan efisyen.

Jualan Hebat Sempena Raya di SenHeng

Isnin, 20 Ogos 2012


Hari Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi, mungkin minggu adalah hari-hari akhir kita membeli belah menukar apa yang patut menjadi yang baru dari perabot, peralatan rumah, pakaian dan sebagainya. Bagi yang ada duit lebih tu, mungkin juga sudah tiba masanya menukar sistem peralatan elektrik di rumah dengan kelengkapan yang terkini dan canggih agar suasana Raya lebih meriah dan berwarna warni.

Memang penuh bermakna jika semua itu dapat digunakan lebih-lebih lagi jika mengetahui dimana 'lubuk' sesuai untuk membeli peralatan semua itu. Admin sarankan anda pergi ke kedai yang bernama Senheng, sebab di Senheng anda boleh memilih ratusan produk bermutu tinggi untuk dimiliki dengan harga yang berpatutan daripada kedai-kedai biasa.


Nak lagi senarai barangan murah? klik SINI

Dengan di bantu oleh selebriti terkenal, Nabil Raja Lawak, kecerian Senheng bertambah-tambah di merata tempat. Tak perlu runsing untuk mencari kedai Senheng, diseluruh negeri di Malaysia pastinya ada kedai Senheng, dan di LIST ini anda boleh mencari kedai tersebut dengan mudah.

Berbalik kepada Hari Raya, Senheng kini giat mempromosikan produk elektriknya. Dengan pelbagai tawaran yang menarik anda semestinya bersemangat untuk membeli belah di Senheng. Pertama sekali anda akan menikmati 'Baucher Raya Tunai*' sehingga RM500 maknanya anda ada RM500 baucher untuk membeli barangan elektrik kegemaran anda. Pasti ini sesuatu yang menarik.


Selain daripada itu anda juga bakal pulang dengan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan antara lainnya adalah Peraduan AEON Raya... hadiah sebanyak RM100,000 untuk dimenangi* dan juga berkaitan dengan filem yang hangat sekarang ditonton, The Amazing Spider-man, dimana anda haruslah membeli untuk melayakkan diri memenangi salah satu daripada 50 unit TV LED 46" Sony Internet* bermula dari 1 Julai yang lalu sehingga 31 Ogos. Selain itu, anda juga boleh memperolehi hadiah-hadiah eksklusif Spider-man seperti beg kasut, payung, beg ‘carier’ dan permaindani, dengan pembelian terpilih.

Jadi tunggu apa lagi, marilah pergi ke kedai Senheng yang berdekatan atau layari laman web dibawah yang tertera untuk maklumat lanjut. Pastinya Senheng Kedai Elektronik Nombor Satu!


*tertakhluk terma dan syarat..

Iklan Tesco bersama-sama Wardina, Faizal, Nabil

Ahad, 29 Julai 2012

Tesco Malaysia kini sudah bergiat aktif untuk mempamerkan barangan mereka kepada anda bersempena persiapan mahu menyambut lebaran nanti. Mereka juga menampilkan ramai selebriti terkenal seperti Nabil Raja Lawak, Wardina Safiyyah, Faizal Tahir, Anis Nabilah, Ana Raffali dan Syafiq Rahim untuk menjadi ikon iklan mereka yang begitu mengasyikkan juga.

Iklan yang kurang dari 40 saat itu menunjukkan syarikat Tesco Malaysia percaya bahawa aura selebriti mampu menarik minat orang ramai untuk pergi membeli belah di Tesco, jadi tunggu apa lagi, jum serbu!

Blog Abang Nasi Lemak

Khamis, 23 Februari 2012

Sekarang dah ramai orang-orang muda kita berani dalam menceburi bidang internet. Pelbagai kemudahan dan juga infrastruktur telah dibangunkan untuk melahirkan mereka yang celik IT. Terutamanya penggunaan terhadap aplikasi laman sosial yang kian meluas, namun kebanyakkan mereka tidak tahu yang dalam pada masa yang sama, ada kebaikan dan keburukannya. Facebook, Twitter, Blog, dan sebagainya merupakan fenomena baru di alaf ke-21 ini.

Ramai yang menghabiskan masa berjam-jam dihadapa komputer sehari-hari bagi melihat dan melakukan aktiviti yang kadang-kala orang menganggap kurang sihat. Namun begitulah yang terjadi kepada mereka yang mampu membahagikan masa mereka terhadap kepentingan sesuatu. Ada yang menggunakannya untuk memajukan taraf hidup dan tak juga untuk memberikan kemudaratan terhadap orang.



Ada yang juga memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan teknik dan rahsia tersendiri. Sepertinya blog ini yang dikatakan mempunyai contenct atau isi yang begitu bermanfaat untuk dibaca. Kelahiran blog yang diberi nama Kisah Cinta Nasi Lemak ini oleh seorang individu yang mahu bergelar dirinya 'Botaq' adalah bertujuan asal untuk menghimpunankan filem-filem dan drama-drama dari Korea, Malaysia dan juga hindustan dalam bahasa Melayu. Korang akan dibawa ke dunia hiburan internasioanal yang terkini dan langsung.



Selain daripada itu juga, anda juga akan dihidangkan dengan isi-isi yang anda rasa ianya adalah lumrah kehidupan sejagat. Pelabagai ragam dan budaya masyarakat kini juga dipaparkan, namun kepandaian blog ini mungkin menyebabkan isi daripada entry dalam blog berkenaan lebih panas daripada biasa. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai blog ini, terus sahaja ke LINK ini dan jadilah pelawat setia yang selalu meng'updates'kan diri dengan informasi terkini daripada blog ini.

Secara jujur, admin memang suka blog ini, sebagai pemerhati blog tempatan, kewujudan blog ini memang sangat dinanti-nantikan, apatah lagi pemikiran dan idealis yang begitu berani untuk dipertengahkan kepada masyarakat umum sekaligus membuka mata masyarakat mengenai perlunya proses pembacaan yang lebih agar kita tidak ketinggalan mengenai isu semasa.

Minyak Magnetic Aura beri anda tenaga luar biasa!

Jumaat, 6 Januari 2012

Minyak terapi magnetic aura dan sabun terapi magnetic aura adalah hasil inspirasi rawatan magnetic yang telah dijalankan di United Kingdom oleh pakar-pakar dalam bidang perubatan alternatif. Magnetic Aura merupakan produk terapi kesihatan alternatif yang mampu memberi kesan positif secara automatik di samping dapat meningkatkan taraf kesihatan penguna dan telah terbukti berkesan dgn ribuan testimoni pengguna pelbagai masalah kesihatan.produk berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia KKM dan persatuan pengguna islam malaysia PPIM.

Sistem peredaran darah yang lancar membolehkan sel-sel dalam badan anda menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi. Terapi Magnetic Aura mampu mengimbangi cas negatif dan positif dalam badan seterusnya membantu melancarkan sistem perjalanan darah anda.

Magnetic Aura dihasilkan bersama sumber alam semulajadi yang terpilih lagi bermutu ,suci dan halal serta dijamin selamat. Alamilah perbezaannya. layari..


Pelakon baru, Nabila Dally yang manis bertahi lalat

Khamis, 29 Julai 2010

Ada iklan Qalesya musim ke-2 yang telah dikeluarkan dikaca TV baru-baru ini yang menunjukkan rancangan berkenaan bakal ke udara pada bulan puasa yang bakal menjelang. Bila tengok senarai pelakon dalam iklan berkenaan penulis tertarik pada seraut wajah cantik yang mempunyai nama, Nabila Dally. Tanpa berfikir panjang terus diselidiki namanya di laman carian Google dan hasilnya mendapat link terus ke laman Facebook miliknya. Ternyata dia memiliki kecantikan orang-orang Sabah bha. Sangat cantik natural dengan dihiasi tahi lalat di mukanya. Dengan harapan besar, semoga dia berjaya menempatkan diri dan bersaing dengan aktres-aktres yang sedia ada di Malaysia ini kerana dia memiliki pakej yang sempurna dan menarik gitue~.

Ahmad Nabil peluk wanita dalam kolam

Khamis, 17 Disember 2009

Ni bukan Nabil si raja lawak yang penulis tak suka tu, yang ni Ahmad Nabil yang kurang popular buat masa ni, kerana baru-baru sahaja masuk dalam dunia lakonan itu pun dalam iklan Vitagen dan iklan Twisties, kiranya di dalam permulaan nak ceburi bidang anak seni. Dah tersilap langkah dari awal, dah buat isu kontroversi berpelukkan dengan seorang awek dalam kolam renang dengan berpakaian mandi. Apa motif lagi tidak dapat diketahui.

Linda Jasmine tahun 1996

Selasa, 1 September 2009

Tak di sangka penampilan Linda Jasmine (bini Que Haidar) sudah lama dalam dunia anak seni. Cuma kemunculannya bukanlah amat luar biasa pun, cuma muncul di kaca TV. Itu pun iklan tahun 1996, mungkin agak 'usang' sedikit. Baru penulis perasan iklan nie dimainkan oleh Linda Jasmine dan seseorang yang kureng jelas identitinya. Waktu tue Linda masih lagi muda-muda belia, sekarang dah berusia 37 tahun, saham pun dah jatuh menjunam. Ngeh3.

Pengiklanan murah percuma di blog 2016

Ahad, 29 Mac 2009

Pengiklanan akan ditutup pada 1 September 2017. izyan.com akan beralih ke blogartis.com pada 1 Oktober 2017, domain izyan.com akan dijual selepas tarikh berkenaan.tq

Advertorial (Artikel tentang produk)
harga : RM100 artikel sendiri / RM150 jika admin yang tulis artikel (500 patah perkataan)
= Artikel akan diletakkan di entri paling atas untuk tempoh dibawah ini dan seterusnya kekal di izyan.com selamanya.
= 3 hari RM100
= 5 hari RM200
= 10 hari RM350
= 1 Bulan RM500

1. Banner 728x90 (atas blog sebelah logo izyan)
harga : RM150/sebulan atau RM400/3 bulan
= 1 kekosongan

2. Banner 728x90 (bawah blog)
harga : RM50/sebulan atau RM130/3 bulan
= 1 kekosongan

3. Banner 468x60 (atas home dan artikel berkedudukan sekarang 'email' )
harga: RM70/sebulan atau RM200/3 bulan
= 1 kekosongan

4. Banner 125x125 = 8 banner
harga: RM50/sebulan (atas) / (bawah)
= 4 kekosongan

 5. Iklan berbentuk script auto down/up
harga: (size: 980x50 max | 980x30 min): RM150/sebulan atau RM400/3 bulan (code disediakan oleh admin, cuma sediakan banner dan link sahaja). 
= Tiada Kekosongan sehingga 29 September 2017

6. Banner 468x60 / 300x250 / 300x280 / 328x280
harga: RM100/sebulan atau RM250/3 bulan (dalam/atas/bawah post berkedudukan sekarang iklan java)
= 1 kekosongan

7. Facebook Fan Page URL link
hanya berikan link yang anda ingin iklankan dan akan dipost di fan page Facebook.com/Artis.Malaysia berada di top 3 hari dan seterusnya kekal selamanya. 
harga RM10 (potensi 500 atau lebih like baru sehari like fan page kami)

8.Servis Buat Gambar jpeg/jpg (statik) kepada Animasi GIF (bergerak)
hanya sediakan beberapa gambar ukuran lebar x panjang yang sama, kami akan convert kepada bentuk gif.
= Percuma kepada pelanggan iklan. RM30 kepada bukan pengiklan.

9. Template/Theme izyan.com (blogger.com)
Lengkap dengan segala function. Automatik tarik trafik pengguna Facebook jika ada laman fan page.
= RM500

Statistik/Bukti..
blog di buat pada 2008..
Blog sentiasa dlm keadaan laju dan stabil untuk dikunjungi tanpa ada java/tools yang berat
Anda boleh lihat di sini, histats.com (semasa/harian)

Berminat? berikan idea lain? sebarang pertanyaan?
- Anda boleh lah menghubungi admin dengan mengisi borang DISINI | atau email ke adminsyok@gmail.com
sila isi dengan LENGKAP maklumat anda, kegagalan berbuat demikian, akan tidak dilayan..
- MAXIMUM IKLAN ADALAH 3 BULAN SAHAJA

Terma dan Syarat Utama (MESTI BACA SEBELUM ISI BORANG!!)..
1. banner iklan berunsur lucah atau porno melampau tidak digalakkan
2. kami tidak bertanggungjawab sekiranya kegagalan anda menarik pelawat dengan strategi banner anda.
3. tidak ada pemulangan/refund kembali wang selepas mula mengiklan.
4. kami senantiasa mengupdates artikel-artikel baru setiap hari.
5. penukaran banner semasa proses pengiklanan dibenarkan.
6. tempoh tetap pengiklanan adalah selama 30 hari sahaja dan hanya dibenarkan menyewa iklan selama tempoh sebulan sahaja, penambahan bulan tidak digalakkan (ikut pertimbangan admin).
7. waktu urusniaga bermula pada 8am sehingga 8pm sahaja. namun anda boleh menghantar email dan akan terbalas dalam waktu berkenaan.
8. pemberithuan pembaharuan tempoh iklan (renew) diberikan selepas tamat tempoh iklan dan diberi masa 24 jam, jika tiada sebarang jawapan dalam masa tersebut, maka slot berkenaan akan diberikan kepada pengiklanan yang telah menempah slot tersebut sebelumnya.
9. Format banner hanya dibenarkan dalam bentuk gif, jpeg, png, bmp serta seumpamanya. format flash tiada dalam perkhidmatan. Seelok-eloknya gunakan size banner yang tidak melebihi 50kb-100kb.
10. Kami tidak membuat sebarang perkhidmatan pembuatan banner. Banner akan disediakan oleh pengiklan sendiri.
11. Kami tidak bertanggungjawab diatas sebab-sebab kurang pelawat ke blog/website anda.
12. Pengiklanan yang meminta admin menjadi rakan Affiliate akan tidak dilayan.
13. Iklan yang sudah dibayar tapi banner tidak disediakan dalam masa 10 hari, dianggap duit akan hangus dan tiada refund.
14. Jika anda offer harga lebih tinggi untuk slot booking daripada advertise lama, akan diberi kelebihan.
15. Iklan bentuk adsense, nuffnang dan seumpamanya tidak dibenarkan.