Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Aidil

Pada: Isnin, 13 Ogos 2012
Rita Rudaini telah menerima SMS berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan selepas Rita membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad. SMS itu berbunyi seperti mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut.

“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).

"Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,

“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?”
Dalam Melodi Ahad lalu itu, Rita mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.

Malah Rita juga memberitahu Aidil sebenarnya sudah termakan hasutan pihak ketiga yang akhirnya menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Rita dalam Melodi itu juga turut menyerahkan kepada takdir bagi menentukan jodohnya dengan suami. -Via

Tag : , , , , , ,