Luahan hati seorang wartawan kepada Izara Aishah

Pada: Selasa, 19 Jun 2012
Izara Aishah yang lahir dari program Dewi Remaja memang memiliki peminat yang agak ramai, manakan tidak orangnya cantik dan menawan. Namun ada kisah yang tidak kita ingin tahu yang telah dipetik daripada akhbar Utusan yang mendakwa, Izara mempunyai sikap yang kurang professional dalam melaksanakan prefession sebagai seorang selebriti. Rasa tidak puas hati ini timbul apabila Izara lambat datang ke......

"Kau bayangkan baru-baru ini hampir tiga jam dia terlewat dalam satu program yang dianjurkan di Finas. Yang menjadi masalahnya bila orang menunggu dia terlalu lama sampaikan naik muak.

"Bukan sahaja pihak produksi yang merungut dengan perangai dia tetapi beberapa wartawan yang ada pun geleng kepala dengan sikap Izara yang semakin lama semakin menjadi-jadi tu.

"Dengar cerita lagi bukan itu kali pertama dia buat macam tu. Ada beberapa sesi fotografi pun dia datang lambat. Alasannya tak tahu jalan, jalan raya sesak dan macam-macam lagi yang buat orang menyampah.

"Kalau rasa tak tahu jalan tu, kenapa tak google maps awal-awal? Dalam beberapa program pelancaran pun mesti dia lewat dengan alasan yang sama. Nampak sangat tak berdisiplin orang baru macam dia ni," rungut wartawan. -Utusan

Tag : , , , ,