Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Izara Aishah, Adib Khalid umum tarikh kahwin (3 gambar)

Sabtu, 8 Julai 2017

Izara Aishah dan kekasih, Adib Khalid (anak Datuk Seri Khalid) yang sudah bercinta selama 3 tahun, bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 17 November depan. Menurut Izara tarikh berkenaan dipilih hasil perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak selepas majlis merisik oleh keluarga kekasihnya, Adib Khalid, petang semalam.

Majlis berkenaan berlangsung secara tertutup di kediaman pelakon J Revolusi itu di Shah Alam. Ia hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Izara Aishah, Adib Khalid umum kahwin...

Rabu, 26 April 2017

Pada awal tahun ini, desas-desus bertebaran mengatakan pasangan Adib Khalid dan Izara Aishah bakal bernikah. Namun, ianya tidak disahkan mahupun dinafikan Izara berikutan tiada sebarang kata sepakat atau kepastian berhubung perkara itu.

Baru-baru ini melalui laman Instagram, Adib berterus-terang yang dia dan Izara sudah bersedia untuk disatukan pada tahun ini.

"Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua. Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini.

Pastinya ramai peminat pasangan serasi ini yang tidak sabar untuk mengetahui tarikh perkahwinan mereka itu nanti. Kami mendoakan segala yang dirancang bakal berjalan dengan lancar." -kata Adib

Bentuk badan terkini Izara Aishah, ini komen peminat...

Jumaat, 3 Februari 2017

Dengar khabar yang Izara Aishah kini semakain langsing dan amat menawan. Peminatnya di Instagram juga mula perasan akan perubahan ini. Ramai yang ingin mengetahui tips dan penjagaan Izara berbadan demikian.

Seksinya pakaian Izara Aishah, WOW! (3 gambar)

Selasa, 23 Ogos 2016

Izara Aishah menjadi bahan kecaman dan komen negatif selepas dia tampil dengan pakaian yang dianggap menjolok mata.

Izara mengenakan pakaian yang nampak jarang dengan dipadankan inner warna kulit, seolah-olah tak kena dengan imejnya yang sopan dan elegan walaupun menutupi hampir semua tubuhnya.

Mengandung ke tu? ini jawapan Izara Aishah (3 gambar)

Jumaat, 4 Mac 2016


Jawapan selumber dari Izara Aishah apabila ada seorang follower menanyakan mengenai perutnya yang dikatakan berbadan dua..

Seksinya Izara Aishah di Meletop Era (5 gambar)

Khamis, 3 Mac 2016




Izara Aishah tampil di Anugerah MeleTOP Era dengan penampilan yang seksi. Berbaju merah, dengan bunga-bunga yang menutupi bahagian dadanya, beliau kelihatan begitu jelita.

Seperti biasa, netizen dan peminat akan terus berbalah dengan pemakaian artis kesayangang mereka di media sosial.

Aksi cium, Izara Aishah 'ok sahaja' tapi..

Jumaat, 20 November 2015


Dengar khabar yang pelakon manis, Izara Aishah ada membuat aksi cium dalam filem terbaru iaitu, Sinaran.

Walaupun babak itu seakan nampak real tapi Izara mempunyai alasan yang tersendiri yang memberanikan dirinya berbuat demikian.
"Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan menggunakan 'camera trick' untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku,"

"Saya ok sahaja ketika melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan maklumbalas negatif penonton. Saya harap penonton faham dan tidak menghukum, kerana saya memang tidak mencium Syarif," jelas Izara Aishah petikan MediaHiburan

Pengakuan Neelofa mimpi kahwin dengan Fahrin! (video)

Isnin, 4 Mei 2015

Neelofa buat kejutan di rancangan Meletop yang dihostkan bersama Ahmad Nabil. Tamu undangan ketika itu adalah penerbit, Osman Ali (pengarah sama yang mengarah filem Ombak Rindu), Fahrin Ahmad dan Izara Aishah bersempena untuk mempromosi filem Pilot Cafe.

Bukan bersoal pasal filem Pilot Cinta yang dikatakan bakal meletop tahun ni tapi yang paling menarik adalah Neelofa akui yang dia ada bermimpi dengan Fahrin.

Bermimpi dapat kahwin dengan Fahrin dan kemudian terus telefon Fahrin. Wah bukan main lagi Neelofa jujur ni kan, kalau berkenan, kami doakan agar mereka dijodohkan bersama. Amin

Video tu minit ke-13.


Aksi panas Remy Ishak, Izara Aishah

Jumaat, 17 April 2015

Bukan main lagi babak Remy Ishak dan Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Salah satu babaknya adalah aksi mereka berasmara di tepi pantai. Filem arahan pengarah Osman Ali diadaptasi melalui novel Ahadiat Akashah.

20 gambar Adib Khalid, hensem kau jah!

Sabtu, 24 Januari 2015

Siapa tidak kenal dengan Dato' Seri Khalid M. Jiwa (Dato' K), lebih-lebih lagi isterinya, Dato' Siti Nurhaliza. Namun bukan itu yang disoalkan, anaknya pula yang menjadi sasaran media, Adib Khalid gara-gara bercinta dengan seorang selebriti terkenal, Izara Aisyah.

Kalau dilihatkan Adib Khalid ni orangnya hensem kaw-kaw, ikut keturunan ayahnya yang hensem-hensem tu. Memang cair lah wanita kalau tengok Adib Khalid ni.

Apa yang tak kena dengan gambar Izara Aishah ni? (4 gambar)

Rabu, 10 Disember 2014

Pelakon cantik, Izara Aishah telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-22 di Pavilion Center Court baru-baru ini. Namun jangan hairan kenapa ada tanda anak panah hitam itu, mungkin ianya jahitan semata-mata.

Tiada orang nak tayangkan asetnya percuma-percuma okey kalau sudah popular. Kan. -gambar Forum Cari.

Gambar kekasih Izara Aishah

Isnin, 26 Mei 2014

Memetik portal Bharian semalam, Izara Aishah kini difahamkana sudah mempunyai kekasih hati. Ianya dibuktikan lagi dengan gambar mesra dia dengan kekasihnya yang bernama Adib itu yang juga merupakan anak kepada seorang jutawan di Malaysia ni.

Namun Izara mahu menyembunyikan identiti sebenar kekasihnya itu kepada umum dengan alasan tiada sebab penting baginya untuk mendedahkannya.
“Saya mengenalinya sejak di Tingkatan Dua lagi dan usia kami sebaya. Yang pasti, dia bukan artis dan sudah bekerja. Setakat ini, tiada masalah dalam percintaan kami dan saya sangat senang mendampinginya."- izara

Penubuhan Fan Club Menyusahkan! - Izara Aishah

Isnin, 6 Januari 2014

Menurut portal GUA, Izara Aishah dikatakan tidak menafikan yang dia tidak mempunyai apa-apa pertubuhan kelab fan untuk dirinya. Bagi Izara itu semua poyo belaka (eceh. tambahan ayat pula).

Tapi memang itu lah yang ingin dikatakan oleh Izara sendiri yang mahu bersikap adil kepada semua pihak tak kira peminat mahupun penaja.
“Saya tak buat kelab peminat sebab saya tak mahu peminat saya berada dalam satu kelompok sahaja. Saya rasa tak adil jika hanya ahli kelab peminat saja yang mendapat layanan atau dapat meluangkan masa dengan artis kesayangan mereka. Saya tak rasa rugi sebab bagi saya, lagi seronok jika ia dibuat dengan lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu dalam satu kumpulan sahaja.

"Saya juga tidak percaya dengan penubuhan kelab peminat kerana ia hanya akan menimbulkan masalah dan juga salah faham. Sebelum ini ada pihak pernah buat kelab peminat tanpa pengetahuan saya dan mempergunakan duit orang lain untuk membuat T-shirt dan sebagainya. Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, saya lebih selesa untuk tidak mempunyai kelab peminat,” -Izara

Tidak Boleh Berpeluk Dalam Berlakon - Kekasih Izara Aishah

Jumaat, 27 Disember 2013

Izara Aishah ada menyatakan yang dia belum lagi bersedia untuk berkahwin disebabkan syarat yang dikemukan oleh boiprennya. Izara yang kini berusia 21 tahun mengakui boiprennya mahu dia mengurangkan aktiviti lakonan sebelum dan selepas menjadi isteri.

Namun syarat Izara juga bukan calang-calang, meminta agar diberikan 7 tahun lagi dalam dunia seni sebelum berkahwin dengannya. Sebelum ini Izara akui yang dia sudah mengenali lelaki itu 7 tahun dahulu.
"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.

"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja,"

"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.

"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," -Izara. mStar

Pak Cik Airport Terima Tawaran Berlakon

Rabu, 6 November 2013

Menurut sumber, pakcik yang dihina oleh bini Mat Yo beberapa bulan lalu, kini menerima rezeki untuk berlakon untuk sebuah drama tv dekat TV9.

Drama itu berjudul yang diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang ke-2 itu adalah untuk tayangan slot Aurora di Tv9.

Gambar Cantik Izara Aishah Bergaun Pengantin

Selasa, 6 Ogos 2013

Cantik dan anggun juga melihat gaya Izara Aishah mengayakan gaun pengantin untuk majalah Pengantin edisi September ini. Memang kalau lihat dia kahwin satu hari nanti, pastinya seperti puteri dari kayangan yang sedang berkahwin. Hehe. Jom lihat. Siap video gitue. -Facebook Pesona Pengantin

Gambar Izara Aishah Sebagai Duta Brands

Khamis, 6 Jun 2013

Pelakon manis, Izara Aishah baru-baru ini menerima rezeki yang tidak diduga, menjadi duta baharu kepada produk kesihatan Brands, Innershine Pati Prun.

Dengan pemilihan Izara sebagai duta baharu, maka ianya bermakna tempat Maya Karin yang menjadi duta produk berkenaan sebelum ini telah tamat kontraknya. -gambar RotiKaya

4 Pelakon Jelita Jadi Undian

Rabu, 27 Mac 2013

Keempat-empat selebriti ni memang kelihatan anggun dan menawan sekali. Mereka terdiri daripada Nora Danish, Izara Aishah, Neelofa dan Hanez Suraya.

Mereka mengambil gambar bersama ini ketika berada di Johor Baharu bersempena road show ABPBH2012. Cuba undi mana yang lebih cantik.


Zizan Razak Hiasi 2 Majalah

Khamis, 27 Disember 2012

Tuah Zizan Razak dnegan menjadi penghias muka hadapan majalah untuk dua majalah bulan ini. Bukan sahaja tuah badan, namun tuah juga digandingkan dengan wanita-wanita dalam majalah itu. Yang pertama digandingkan dengan 3 wanita selebriti anggun, di majalah Hai dan kedua di majalah FeMag dengan Kaka Azraff yang siap berpegangan tangan di kapal milik penerbangan FireFly. -gambar Facebook Zizan Fan Page

3 Selebriti Penghias Majalah - Undian

Selasa, 25 Disember 2012

Tiga selebriti yang terkenal dan aggun masa kini, Erra Fazira, Maya Karin dan Izara Aishah telah menjadi penghias muka hadapan bagi bulan akhir untuk 2012. Erra di majalah Keluarga, Maya di majalah Cosmopolitan dan Izara di majalah Jelita. Ketiga-tiga memang nampak cantik dan anggun. Tapi kita undi lah siapa diantara mereka yang mendapat undian tertinggi di bawah gambar ini. Selamat bercuti.