Pada:
Selasa, 1 Mei 2012
Pasangan merpati dua sejoli ini pasti sedang tidak sabar menghitung hari untuk diijabkabulkan. Kini, gambar pra-perkahwinan mereka telah diriliskan untuk tatapan semua.Bertemakan "Best Man Win" kerana mahu memberikan gambaran mengenai kesungguhan Awal Ashaari dalam menambat hati Scha Al-Yahya.
Pasangan yang bakal menamatkan zaman bujang pada 4 Mei ini kelihatan anggun dan segak di dalam gambar mereka apabila Awal memakai sut tentera, manakala Scha pula tampil seperti perempuan Melayu terakhir dengan berkebaya putih.
Lokasi yang dipilih pula adalah di stesen keretapi.

Tag : Awal Ashaari , Gambar Artis , Majalah Remaja , Pelakon , Perkahwinan Artis , Scha al Yahya

