Pada:
Isnin, 2 April 2012


“Benda ini fitnah. Saya tak tahu macam mana isu ini boleh timbul dan siapa yang mula membangkitkan isu ini. Saya berkemungkinan akan mengambil tindakan kepada individu yang menyebar fitnah ini. Orang yang reka cerita ini patut bertanggungjawab kerana isu ini melibatkan orang lain,
“Ini kali ketiga saya dikaitkan dengan Datuk K. Dua tahun lepas pun benda yang sama dan benda ini boleh timbul lagi walaupun saya dah menafikan perkara ini. Mereka yang menyebarkan fitnah ini memalukan saya dan juga menjejaskan rumahtangga orang lain. Saya mungkin akan saman individu tersebut.
“Saya pun tak faham, jika betul saya berkahwin, tunjukkanlah bukti. Bagi saya, jika tak ada bukti, tak payah buat cerita. Benda ini semua fitnah. Bila tulis benda tak elok yang saya sendiri tak buat, pandangan masyarakat akan buruk terhadap saya. Selagi saya tak ambil tindakan, selagi itu orang tak akan berhenti bercakap.”
Tag : Artis Janda , Datuk K , Gossip Artis , Pelakon , Rozita Che Wan , Siti Nurhaliza