Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Luahan manis Datuk K, Siti Nurhaliza sempena 11 tahun perkahwinan

Rabu, 23 Ogos 2017

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah meluahkan perasaannya terhadap isterinya, Datuk Siti Nurhaliza yang kini sudah genap 11 tahun mendirikan rumahtangga bersama.

Siti Nurhaliza, suami di Palestin (7 gambar)

Jumaat, 17 Februari 2017

Asyraf Datuk K kini berlakon...

Isnin, 28 Disember 2015

Asyraf Khalid (anak tiri Mak Iti CTDK) kini bergelar pelakon dalam drama berjudul Penjara Hati untuk siaran Astro Ria. Meskipun hanya sebagai pelakon tambahan, ia dapat menangkis ejekan yang mengatakan Asyraf hanya nasik himpit CTDK dan suka menempel retis-retis.

Selain Asyraf Khalid yang berlakon sebagai doktor dalam drama ini, Penjara Hati turut dibintangi oleh Syukri Yahya, Tia Ariffin, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Anak tiri Siti Nurhaliza kahwin (3 gambar)

Isnin, 2 November 2015

Dengan sekali lafaz, anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza, Muhammad Asyraf Khalid sah bergelar suami kepada model dan pelakon, Nurtria Wulandari Ariffin, sebentar tadi.

Majlis berlangsung di Hotel Majestic dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -Bharian

20 gambar Adib Khalid, hensem kau jah!

Sabtu, 24 Januari 2015

Siapa tidak kenal dengan Dato' Seri Khalid M. Jiwa (Dato' K), lebih-lebih lagi isterinya, Dato' Siti Nurhaliza. Namun bukan itu yang disoalkan, anaknya pula yang menjadi sasaran media, Adib Khalid gara-gara bercinta dengan seorang selebriti terkenal, Izara Aisyah.

Kalau dilihatkan Adib Khalid ni orangnya hensem kaw-kaw, ikut keturunan ayahnya yang hensem-hensem tu. Memang cair lah wanita kalau tengok Adib Khalid ni.

Aksi peluk bahagia Siti Nurhaliza, Datuk K (4 gambar)

Selasa, 28 Oktober 2014


Memang kelihatan sweet dan bahagia sungguh gambar yang dimuatnaik Dato' Siti Nurhaliza dengan suaminya, Datuk Seri Khalid ni kan. Berpelukkan sepasang suami isteri.

Ramai yang menyukainya bahkan dua keping gambar ini sudah di like 50,000 di Instagram. Namun ada juga yang tidak menyukai aksi ini dengan kata-katanya sendiri.

Nak tahu? tu baca kat bawah.. kuku..

Gambar sambutan harijadi Datuk K

Sabtu, 22 Februari 2014

Pada 19 Februari yang lalu, keluarga Datuk Siti Nurhaliza telah menyambut ulang tahun ke-55 suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat seterusnya acara memotong kek. Majlis sederhana itu diadakan di syarikat SimplySiti.

Nina Iskandar dengan Anak Datuk K?

Jumaat, 24 Januari 2014

Pelakon yang masih lagi baru dalam dunia seni naugan MiG, Nina Iskandar yang juga pelakon filem Muka Surat Cinta kini semakin naik namanya. Nina yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan anak Datuk Seri Khalid yang juga suami kepada Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid seakan-akan mahu menjawab dakwaan ini kepada umum.

Nina ditemui memetik portal MalaysianDigest.com mengakui yang Adib adalah peminatnya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Gambar Siti Nurhaliza v7 (lucu)

Khamis, 29 Ogos 2013

Ini adalah gambar versi ke-7 dari Datuk Siti Nurhaliza. Mukanya yang anggun dan ada juga yang lucu dibuat olehnya. Fesyen tudung pun sentiasa updates. Jadi lagilah terserlah kecantikannya. -Instagram ctdk

Gambar Datuk Khalid Yang Kembali Pulih

Jumaat, 19 April 2013

Dikhabarkan suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid kini semakin pulih dan kelihatan dia muncul di awam selepas teragedi kemalangan yang menimpa dirinya di jalanraya di Queenstown, New Zealand yang lalu.

Alhamdulillah jika semua sudah kembali pulih..



Gambar Dato' Siti Nurhaliza di pelancaran SimplySiti

Isnin, 16 April 2012

Setelah selesai ABPBH 2011 yang lalu, kini Dato' Siti Nurhaliza sudah pun selesai membuat satu perasmian produk terbaru keluaran SimplySiti Eau De Parfum (haruman untuk lelaki) yang berlangsung dengan tema Masquerade Ball bertempat di Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini. Duta produk ni pun turut hadir gak, Khairul Fahmi@apek. Selain tu kawan karib Siti, Rossa dan pengarah filem, David Teo juga turut kelihatan. Selain perasmian, acara memotong kek bersama suami tersayang, Datuk K.

gambar Budiey

RM100,000 untuk buktikan Datuk K kahwin lagi

Ahad, 15 April 2012

Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.

Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.

Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti.

Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.

"erkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut.

"Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."

Datuk K terima pangkat Kolonel Kehormat

Rabu, 4 April 2012

TAHNIAH kepada suami Dato' Siti Nurhaliza apabila Datuk K menerima pangkat ekslufif daripada institusi kententeraan Negara. Petikan daripada portal mynewshub memberikan butiran lanjut di bawah..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakaikan pangkat Kolonel Kehormat kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Ia disampaikan pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, Selasa.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Sebelum ini, penerbit filem terkenal, David Teo juga diberi penganugerahan pangkat kehormat yang membawa gelaran Mejar.

Rozita Che Wan saman penyebar fitnah kahwin dengan Datuk K

Isnin, 2 April 2012

Rozita Che Wan kini dalam tidak menentu apabila ada pihak tertentu memfitnahnya telah berkahwin dengan suami Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid atau lebih terkenal dengan nama Datuk K. Dimana dikatakan Dato' Siti Nurhaliza dimadukan. Telajak Perahu boleh berundur telajak kata, susah nak 'delete', 'erase', 'remove'. Begitulah kisah gosip liar yang bagi Rozita tiada maaf bagi mu selepas ini. Ikuti komen Rozita mengenai ini yang dipetik melalui laman GUA.

inilah informasi yang dikatakan telah memfitnah RCW, klik untuk besarkan
“Benda ini fitnah. Saya tak tahu macam mana isu ini boleh timbul dan siapa yang mula membangkitkan isu ini. Saya berkemungkinan akan mengambil tindakan kepada individu yang menyebar fitnah ini. Orang yang reka cerita ini patut bertanggungjawab kerana isu ini melibatkan orang lain,

“Ini kali ketiga saya dikaitkan dengan Datuk K. Dua tahun lepas pun benda yang sama dan benda ini boleh timbul lagi walaupun saya dah menafikan perkara ini. Mereka yang menyebarkan fitnah ini memalukan saya dan juga menjejaskan rumahtangga orang lain. Saya mungkin akan saman individu tersebut.

“Saya pun tak faham, jika betul saya berkahwin, tunjukkanlah bukti. Bagi saya, jika tak ada bukti, tak payah buat cerita. Benda ini semua fitnah. Bila tulis benda tak elok yang saya sendiri tak buat, pandangan masyarakat akan buruk terhadap saya. Selagi saya tak ambil tindakan, selagi itu orang tak akan berhenti bercakap.”

Dato' Siti Nurhaliza di Dubai, sambut harijadi

Khamis, 12 Januari 2012

Ulang tahun ke-32 Dato' Siti Nurhaliza mungkin sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, suami tercintanya Datuk Seri Khalid telah membawa Dato' Siti ke Dubai dalam rangka untuk meraikan sambutan hari jadi di sana. Cukup menarik dan menampakkan satu percutian yang sangat mewah, pusing-pusing bandar Dubai dengan kereta mewah. Ini hadiah percutian, tak tahu apa hadiah berbentuk fizikal pemberian Datuk Seri K. Mesti ada punyer tue.. Ferrari kot..

bila Dato' Siti Nurhaliza pakai topi

Selasa, 3 Mei 2011

Terjumpa gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza kat dalam Twitter miliknya. Gambar kali ni agak menarik, sebab Dato' Siti pakai topi. Gambar ni diamik ketika Dato' Siti dan suami pergi ke Oversea (macam gambar ke gambar baru ni erk??). Ya lah, takkan lah nak pakai selendang juga kot kan kat sana. Hehe. Ada juga seorang follower ni sempat gurau senda dengan Dato' Siti selepas Dato' Siti 'twitt' mengenai gambar di bawah ni. hihihi..

plat nombor KCT1 di mana letaknya?

Rabu, 13 April 2011

Ha masih ingat lagi entry mengenai hadiah istimewa Datuk K kepada Dato' Siti Nurhaliza?. Memang class hadiah tu, tidak dalam bentuk yang fizik kalau dilihatkan. Cuma hadiah sekadar nombor plat kenderaan sahaja, KCT 1 dengan harga RM66, 550 ringgit tue~. Nombor plat memang class, namun nak letaknya memang kat tempat yang ada class juga kan, nak Ferrari, Mercedes mesti cocok. Tapi tip-top, bukan kat jenis kereta-kereta mewah, kat Bike Dato' Siti pula dah. Tak pelah, value untuk bike tu mungkin RM100,000 lebih juga. Hikhik.

Bekas isteri Datuk K, Tengku Zawiyah mahu kahwin

Khamis, 3 Mac 2011

Bekas isteri Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa, Tengku Zawiyah Tengku Izham (kerabat diraja Kedah) bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Joseph King atau nama Islamnya, Rayyan JK Abdullah pada Mei ini. Datuk Joseph merupakan bapa tunggal kepada dua orang anak dan berusia 40an. Memeluk agama Islam awal Februari lalu, beliau merupakan usahawan yang berasal dari Sabah. Tahniah kepada Tengku dan Datuk, semoga berbahagia. :) -sumber Gua

Siti Nurhaliza gusti lengan dengan peminat

Ahad, 18 April 2010

Tengok daripada video, mungkin dah lama dah kot, memandangkan video itu menunjukkan Siti Nurhaliza belum lagi mengayakan atau memakai apa-apa penutup kepala. Tapi itu kisah dahulu, yang menariknya Siti juga pandai gusti lengan. Lawannya juga tidak kurang hebatnya, agak lama juga mereka bergusti. Sungguh mendapat perhatian umum ketika itu, almaklumlah waktu itu juga berlangsungnya pertandingan gusti lengan untuk lelaki di Putrajaya. Turut hadir juga, suami tercinta, Datuk Seri K. Siapa pemenang diantara Siti Nurhaliza dan peminatnya? anda saksikan sendiri. Hehe.

Siti Nurhaliza belum ada Plan Mahu Anak

Jumaat, 4 Disember 2009

Dalam tidak disangka-sangka, maka terjawablah isu hangat kepada soal anak yang melibatkan artis nombor satu negara, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K di Indonesia baru-baru ini. Siti Nurhaliza yang di temui di dada-dada media Indonesia di Kota Jakarta Selatan baru-baru ini sempat ditanyakan oleh beberapa media yang bertanyakan tentang kesediaan untuk memiliki anak kandung sendiri pada masa kini.

“Siti Nurhaliza berkata anak rezeki aturan Allah dan jika betul mahukan anak, Datuk K sudah pun mempunyai anak sendiri. Sekarang ini sebenarnya masih sibuk dengan kerjaya dan profession masing-masing, kalau kerja sudah selesai dan sukses, baru kami fikirkan tentang anak”, tambah Siti Nurhaliza yang berada di Indonesia atas jadual kerja yang padat.s