Selami rumahtangga Norman, Memey

Pada: Jumaat, 9 Disember 2011
Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 25, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Kini sudah beberapa bulan berlalu, kehidupan rumahtangga mereka sepertinya begitu bahagia sekali. Mari kita lihat apa yang ada dan terjadi dengan rumahtangga mereka. Hidup berumahtangga memang indah, apatah di awal permulaan episod, tapi harap-harap ianya berterusan sehingga selama-lamanya.

"Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan apa yang boleh saya katakan, saya amat bahagia dengan kehidupan saya sekarang.

"Jadi, kalau hendak keluar ke mana-mana sahaja, tiada apa yang perlu difikirkan lagi dan sesungguhnya kami amat gembira dengan apa yang kami lalui sekarang ini," jelas Memey sewaktu ditemui pada majlis perasmian Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Abang seorang yang ringkas dan dia aktif bersenam di gimnasium serta jarang makan nasi, maka, makanan yang perlu saya masak kebanyakannya jenis kukus, panggang dan bakar.

"Makanan barat menjadi keutamaan abang. Tetapi, kadang-kala, saya masak juga masakan Melayu kerana mahu ubah selera dan saya masak apa yang dia suka.

"Belum lagi. Buat masa ini masih kosong lagi. Masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Apa pun, kami memang tidak merancang dan menerima rezeki yang datang." -Via

Tag : , , , , ,