Anak Safura Meninggal Dunia

Pada: Rabu, 14 September 2011
Dipetik melalui sumber Twitter milik pelakon Amyza Aznan @amyzaaznan, dimana kata Amyza memberitahu kepada peminatnya bahawasanya anak kawan karib beliu yang juga penyanyi, Safura, meninggal dunia kelmarin 13 September, selepas waktu Maghrib. Anak ke-3 Safura yang berusia 3 tahun itu disahkan meninggal akibat demam panas, wallahualam berpunca daripada apa.

Inilah foto kenang-kenangan Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri gambar) bersama keluarganya. Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

al-Fatihah. Semoga Roh anak Safura dicucuri Rahmat Allah. Sabar dan tabahlah Safura, di pintu Syurga nanti dia pasti akan menanti kehadiran mu. Amin.
[via]

Tag : , , , , ,