Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kelentit Rindu nama kedai Ahya Rosli.. nama lucah?

Rabu, 1 Jun 2016

Ahya Rosli anak kepada Normah Damanhuri mempertahankan nama kedai shisha miliknya yang berada di Jalan Genting Klang, Setapak, iaitu Kelentit Rindu bukan sebagai nama lucah.

Ianya diambil bersempena nama sejenis cendawan Kelentit Kering (Microparus Xanthopus).

Gambar Mira Filzah ini diedit lucahkan!

Khamis, 14 April 2016

Punya jahat sehinggakan pelakon cantik Mira Filzah diedit sehingga menjadi bahan lucah sesetenag pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang diambil ketika majlis hari jadi Mira baru-baru ini, sekeping gambar telah diedit sehingga tersebar di laman sosial.

Sabarlah Mira, biarlah orang seperti ini mendapat balasan dari Tuhan.

Apa yang dipegang oleh selebriti ini? OMG....

Ahad, 22 November 2015


Imej lucah muncul ketika selebriti bergambar

Satu gambar kumpulan pelawak penghibur kanak-kanak yang dikenali sebagai Chuckle Brothers bersama-sama dengan seorang wanita di sebuah restoran baru-baru menjadi viral.

Persoalannya mengapa ia mendapat perhatian dan menular menerusi laman makro Twitter itu? Jika diperhatikan betul-betul, terdapat imej yang kelihatan seperti alat sulit lelaki di dalam cawan yang dipegang wanita itu.

Gambar yang dimuat naik melalui laman sosial Restoran Solita itu telah membuatkan kesemua netizen yang melihat gambar tersebut turut terhibur.

Mana tidaknya, imej ‘lucah’ itu bukanlah sesuatu objek yang betul, namun ia hanyalah lengan tangan wanita itu yang mengelirukan. ha ha ha.

Pelawak terkenal minta gambar bogel - Sasha

Selasa, 31 Mac 2015

Mungkin kita mengandaikan seorang pelawak popular seorang ni, tapi harap-harap bukan dia. Semalam, ada seorang wanita tampil mendedahkan ada seorang pelawak terkenal seorang playboy.

Sasha bukan nama sebenar tampil berbuat demikian bagi mengelakkan ramai lagi wanita menjadi mangsa penipuannya.

Apa yang tak kena dengan gambar pelakon ni?

Jumaat, 16 Januari 2015


Hakhak. Viral betul la sapa-sapa buat benda macam ni. Nak popular laju sangat kat laman sosial.

Panas! Video lucah Fazura?

Rabu, 31 Disember 2014

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada menyiarkan yang Nur Fazura menjadi mangsa video lucah yang disebarkan pihak tertentu melalui sistem e-Mail untuk menjatuhkan kerjayanya.

Video seminit itu dihantar ke wartawan akhbar berkenaan pada 23 Disember lalu.

Fazura menafikan sekeras-kerasnya hal demikian dan kini sudah membuat laporan terhadap SKMM.
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” -Fazura

Siti Salehah bergambar lucah (7 gambar)

Khamis, 11 September 2014

Pelakon cantik manis, Siti Salehah mengecohkan dunia hiburan apabila pengikut laman sosial Instagram miliknya mendakwa Siti telah memuatnaik gambar 'lucah' ketika pergi bercuti ke Pulau Tioman beberapa hari yang lalu untuk berskuba dengan rakan-rakanya.

Namun Siti Salehah menganggap ianya bukan gambar yang keterlaluan yang boleh dicop sebagai gambar lucah.
"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan (gambar diatas) kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial,"

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," Siti Salehah petikan portal mStar

Anzalna makan aiskrim~

Khamis, 14 Ogos 2014

Agak sedih kadang kala mentaliti dan adab segelintir pengguna laman sosial main lepas cakap sahaja. Kadangkala berdouble meaning yang mereka komentarkan.

Isu terbaru apabila pelakon, Anzalna memakan aiskirm disebuah pusat peranginan yang tidak diketahui dimana. Aiskirim diibaratkan sebagai suatu yang negatif oleh pengomen-pengomen di dalam gambar diatas. (klik gambar untuk besarkan)


Jadi perlu ke lepas ini korang tidak men-selfie-kan diri ketika makan aiskrim? -gambar forum Cari

Gambar seksi Adi Putra tersebar?

Isnin, 31 Mac 2014

Kecoh apabila sekeping gambar yang didakwa bekas suami kepada Nooraida Abdul Mutalib yang juga seorang wanita yang mengakui menjalinkan hubungan rahsia dengan Adi Putra secara atas talian (online) pada hujung tahun lalu, telah mendedahkan sekeping gambar kepada umum melalui laman sosial miliknya baru-baru ini.

Tidak tahu samaada gambar ini adalah si Adi Putra atau bukan. Namun ramai yang beranggapan bentuk badan Adi lebih tegap berbanding ini jika dilihatkan melalui filem KL Gangster.

Isteri Kepada Isu Skandal Adi Putra Diceraikan

Sabtu, 21 Disember 2013

Ahli perniagaan Amiruddin Othman, 56 mengakui telah menceraikan isterinya yang juga merupakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandal pelakon Adi Putra, iaitu Nooraida Abdul Mutalib, 30, dengan talak satu pada 19 Disember 2013.

Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, semalam.
"Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.

"Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar", jelasnya sambil menahan sebak.
Tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus 'No Further Action' (NFA) sebelum ini.

Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.
"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.

"Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang",katanya.
Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil. -malaysiandigest.com

Adi Pandai Memujuk Minta Gambar Panas - Nooraida

Selasa, 3 Disember 2013

Kecoh juga dahulu bila seorang wanita tampil memberikan penjelasan dimana pelakon Adi Putra dan dirinya saling berkongsi gambar panas.

Wanita bernama Nooraida Abdul Mutalib itu mendakwa Adi pada mulanya mahu 'test market' namun tanpa disedari telah intim kepada hubungan diluar dugaan.
"Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.

"Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini,"

"Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi," -Nooraida. -SinarHarian
Penjelasan Nooraida ini masih lagi dalam siasatan, namun tidak diketahui samaada kebenaran atau nak menjatuhkan nama Adi Putra.

Zarina Anjoulie Lavocah bertudung!

Jumaat, 19 November 2010

Bila berbicara mengenai pelakon drama Anak Pontianak, ramai yang hanya dapat membayangkan kontroversi yang menyelubungi artis muda ini. Oh, pelakon pontianak yang ada gambar lucah tu ya! Itulah jawapan yang sering terpacul apabila ditanya pada mereka sama ada kenal pada empunya nama Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Anjoulie Lavocah.

Daripada gambar lucahnya yang tersebar di dalam alam maya, imej seksi berparti yang dikatakan melampau hinggalah kes dia ditahan pihak berkuasa berkenaan kes dadah yang sudah selesai itu. Walaupun sudah empat tahun di dalam industri seni ini, Zarina Anjoulie terus diselubungi bayangan seorang artis yang mempunyai reputasi yang kurang enak.

Kontroversi gadis berusia 24 tahun ini lebih meletup dan dibicarakan berbanding kerjayanya sebagai seorang pelakon. Namun, apabila melihat kelibat artis berkenaan di pentas peragaan Festival Fesyen Islam (IFF) yang berlangsung di Hotel JW Mariott, Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang terkejut melihat si seksi itu manis menutup aurat.

Lengkap bertudung menutupi setiap sudut aurat malah disertai jubah yang indah membaluti tubuhnya, tiada siapa menyangka pada mulanya dialah artis yang penuh kontroversi itu. Melihat sisinya yang lain pada majlis itu, ada yang tertanya-tanya adakah dia sudah mendapat seru untuk ke arah itu ataupun Zarina yang mesra disapa Anjou masih Anjou yang seksi, hanya bergaya mengikut arahan si pereka.

“Saya mengaku penampilan saya hari ini hanyalah sekadar menjalankan tugas saya sebagai model bagi koleksi busana Khadani Sdn. Bhd. Saya mengagumi rekaan Khadani kerana gabungan jubah dan corak batik ini membuatkan si pemakai kelihatan elegan walaupun menutup aurat.
“Malah saya ada berangan andai kata saya mahu bertunang ataupun bernikah suatu hari nanti, saya mungkin akan cuba mencari busana yang sesuai di Khadani. Soal sudah mendapat hidayah atau tidak saya rasa tidak perlulah dibicarakan sebab itu antara saya dengan Tuhan dan saya percaya ianya perlukan keikhlasan tanpa paksaan sesiapa.
"Saya mula memperagakan pakaian Khadani sejak berumur 19 tahun lagi namun, ini adalah pertunjukan fesyen terbesar saya bersama mereka. Mungkin sebelum ini tidak ramai yang perasan. Yalah, bila saya pakai seksi barulah para wartawan lebih perasan bukan? Asal berjumpa sahaja, mesti ditanya tentang imej seksi seperti tiada cerita lain yang mahu dicanang.
“Janganlah tanya tentang saya seksi atau apa. Saya dah muak dengan soalan itu dan saya yakin pembaca di luar sana pun dah tak larat dengar cerita-cerita yang tidak membangun ini," ujar Anjou kepada Utusan.

Amir Luqman dulu dan sekarang

Isnin, 19 April 2010

Amir Luqman adalah seorang pereka fesyen yang semakin hari semakin meningkat naik namanya. Dah ramai artis yang menjadi model dan peragaan baju yang direkanya. Termasuklah Ida Nerina. Tidak ada apa-apa yang boleh dihebohkan disini, cuma bentuk fizikal Amir makin lama juga makin berubah. Kata orang dia memiliki bentuk badan yang kini lebih kearah Slim and slander, bila ditanya kepada empunya badan, Amir sendiri, rahsianya adalah tak payah makan nasi. Lihatlah gambar dibawah, gambar miliknya yang berada dalam Facebook.

Model melampau gayakan aksi separa lucah

Selasa, 16 Mac 2010

Apa nak jadi dengan dunia model abad ni. Semakin berani dan semakin berpotensi mendedahkan berhampiran dengan bahagian-bahagian sulit. Semata-mata kerana wang, maka harga diri juga boleh dijual beli dengan mudah. Tidak tahu lah kalau model di bawah ni bukan dari orang yang beragama Islam. Aksi seperti model-model daripada barat sahaja. Motif mungkin mahu menarik orang untuk membeli barangan 'sex' yang ditawarkan. Banyak lagi rezeki yang halal boleh dikerjakan. Oh Dunia... Nauzubillah..

Zarina An Julie Mohon Kemaafan

Isnin, 28 Disember 2009

Sebagai manusia Zarina An Julie tetap akur dengan kesalahan yang dilakukan dahulu (gambar lucah). Tetapi apa yang digusarkan apabila masih ada lagi yang tidak dapat menerimanya. Setiap orang melakukan kesilapan dan seharusnya diberi peluang kedua untuk menebus apa yang telah berlaku. Pintanya kini agar peminat dan orang dalam industri agar tidak memperlakukan dirinya dengan menolak mentah-mentah.

"Cukup-cukuplah orang nak bercerita mengenai kisah lama. Semua orang melakukan kesilapan dan saya juga berbuat demikian. Tapi mengapa masih lagi tiada ruang kemaafan?
"Sudah dua tahun kisah hitam itu berlaku tetapi mengapa mesti diungkit kembali cerita tersebut? Kalau boleh saya mahu melupakan apa yang telah terjadi tapi kalau orang asyik nak bercakap perkara yang sama sampai bila pun tak akan habis. Kalau nak cakap pasal kesal memang saya kesal dengan apa yang telah terjadi. Tapi apa yang saya kesalkan kenapa tiada ruang kemaafan? Kalau macam itu sampai bila-bilapun saya tak akan ke mana-mana," jelas gadis yang berusia 23 tahun ini.