Bunga Citra Lestari hamil 4 bulan

Pada: Khamis, 29 April 2010
Seperti kebanyakan ibu-ibu yang pertama kali hamil, rasanya bagi yang mampu samalah seperti artis dari seberang yang berkahwin dengan artis dari Malaysia, Bunga Citra Lestari turut tidak ketinggalan menganjurkan kenduri kesyukuran untuk menyatakan kesyukuran kerana hamil 4 bulan. Bagaimanapun, majlis tersebut dilakukan secara tertutup dari wartawan. Namun turut mengundang beberapa orang anak yatim. Perkara itu diberitahu oleh seorang pembantu rumah Bunga.

"Iya ada acara pengajian tapi nggak mau diganggu, acaranya tertutup. Hanya kedua keluarga besar saja yang hadir," katanya yang ditemui di kediaman Bunga di Jakarta Selatan.
Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai kehamilan Bunga, secara tradisinya dalam Islam, kenduri kesyukuran diadakan apabila kandungan artis jelita itu sudah memasuki bulan keempat. Dia dan Ashraf Daniel Sinclair selamat dinikahkan pada bulan November 2008 yang lalu. -mStar

Tag : , , ,