Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ashraf Sinclair dedah rahsia 'jamu' bahagia dengan BCL

Isnin, 18 September 2017

Siapa sangka walaupun sibuk dengan urusan pekerjaan, pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari masih mampu membina keluarga yang cukup bahagia setelah 9 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, yang berusia 7 tahun.

Memetik portal BharianOnline, Ashraf menegaskan komunikasi dua hala menjadi tunjang yang mengukuhkan rumah tangganya dengan isterinya itu.

Katanya, setiap hari umpama proses mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam hingga tiada rahsia antara mereka sejak bergelar suami isteri sembilan tahun lalu.

"Kami sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai apa jua topik kerana bagi saya komunikasi ialah elemen terpenting dalam sesebuah perhubungan, apatah lagi selepas berkahwin.

"Bagi saya, isteri ialah teman hidup saya. Jadi, sangat mustahak untuk membabitkannya dalam setiap urusan harian saya. Sememangnya kami selesa berkongsi dalam segala segi.

"Secara peribadi, kami juga percaya terhadap komunikasi selain sikap tolak ansur kerana dalam perkahwinan juga ada pasang surutnya," katanya

Sekitar Hari Raya Ashraf Sinclair, BCL (17 gambar)

Rabu, 13 Julai 2016

Bunga Citra Lestari dedah kenapa tidak berlakon dengan suami

Selasa, 31 Mei 2016

Ramai juga khalayak tertanya-tanya mengapakah Bunga tidak berlakon dengan suami sendiri, aktor Malaysia, Ashraf Sinclair.
“Saya dan Ashraf sudah setuju bahawa kami ngak mahu terlalu expose berlakon berdua macam pasangan artis lain.

“Bukan langsung tiada tawaran buat kami berdua, tetapi alasannya kerana kami ngak mahu terlalu dilihat bersama, nanti penonton jemu.

“Ini kerana, dalam majlis-majlis hiburan ada yang kami tampil berdua, begitu juga di dalam iklan komersil banyak menampilkan kami berdua selaku duta produk.

“Saya dan Ashraf sibuk dengan karier sendiri. Ashraf ketika ini sedang sibuk dengan penggambaran sinetron terbaru, jadi sebab itulah dia tidak dapat menemani saya untuk promosi filem My Stupid Boss di KL,” ujar Bunga kepada Mangga Online.

Bila Bunga Citra Lestari bertudung (video)

Rabu, 18 Mei 2016

Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan perasaan seronok dan berasa selesa apabila mengenakan hijab. Malah kelihatan lebih ayu dari kebiasaan.

Tidak dinafikan ramai yang terkejut dengan perubahan ini, namun jelas BCL, dia berhijab adalah untuk menjayakan sebuah watak dalam filem terbarunya iaitu Jilbab Traveler: Love Sparks in Korea.

Di dalam filem itu, BCL memegang watak Raina seorang wanita bertudung yang mengembara ke Korea Selatan untuk melanjutkan pelajaran.

Sekitar harijadi BCL oleh Ashraf Sinclair (4 gambar)

Selasa, 29 Mac 2016


Mesranya pasangan suami isteri, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari ketika menyambut ulangtahun isterinya itu yang ke-33 yang jatuh pada 22 Mac yang lalu.

Nora Danish, Nedim kantoi bercuti di Bali? (2 gambar)

Isnin, 5 Oktober 2015

Ramai telah mengetahui yang hubungan Nora Danish dan Nedim dah berakhir beberapa bulan lalu. Namun ada yang menyangka mereka hanya berlakon untuk menyembunyikan gosip mengenai hubungan mereka.

Terbaru mereka dikatakan bercuti ke Bali melihat kedua-dua akaun Instagram ini. Instagram milik Nora yang bergambar dengan Bunga Citra Lestari. Manakala Instagram milik Ashraf Sinclair pula bergambar dengan Nedim.

Jadi kebetulan atau dah kantoi ni?

BCL tidak puasa di siang hari? (17 gambar)

Khamis, 9 Julai 2015


Menjadi kritikan apabila Bunga Citra Lestari (BCL)memegang sebotol air minuman ketika siang hari di bulan Ramadan hadapan sebuah vending machine ketika dia berada di Tokyo Jepun.

Komen negatif dan positif pastinya menjadi sebati dengan kontroversi seperti ini. Ada yang mengomen yang BCL tidak berpuasa dan ada juga yang beranggapan BCL datang bulan dan ada juga beranggapan dia membeli untuk anak sulungnya.

Mana satu yang betul? Allah lebih mengetahui..

Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari di Greece (15 gambar)

Jumaat, 5 Jun 2015


BCL, Ashraf Sinclair bercuti di Los Angeles (17 gambar)

Selasa, 6 Januari 2015

Awal tahun ini pasangan selebriti, Bunga Citra Lestari dan suaminya, Ashraf Sinclair serta anak mereka, Noah telah pergi bercuti ke negara Uncle Sam, Amerika Syarikat.

Mereka telah memilih Baverly Hills, Los Angeles untuk menghabiskan masa bercuti ketika musim sejuk di sana. -Facebook bclofficialpage

Ashraf Sinclair, BCL buat ritual 'sesat'?

Khamis, 13 November 2014

Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari difahamkan telah membuat satu ritual yang dinamakan 'vow renewal'. Kalau korang nak tahu vow renewal ni sebenarnya dibuat untuk menyambut anniversary perkahwinan mereka ke-6 yang diraikan di Bali.
There is no dark corner of your heart I will not explore, no flaw or feature too frightening to know – there’s no depth to which I dare not go, for you, my love, are a universe. And I mean to inhabit all of you”
Buat mereka yang tak tahu, ‘vow renewal’ ini kebiasaannya dilakukan oleh pasangan suami isteri di barat yang mahu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. -gambar hotlips

Gambar Noah nak masuk usia 4 tahun

Rabu, 7 Mei 2014

Noah anak kepada Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari kini dah nak masuk usia 4 tahun. Dalam usianya yang semakin membesar itu, Noah memang seorang kanak-kanak kacukan yang sangat periang.

Lihat sahaja foto dibawah ini, pastinya rumahtangga Bunga dengan Ashraf memang cukup bahagia. Bila nak dapat adik lagi Noah. ^^ layan..

Gambar Raya - BCL & Ashraf Sinclair

Jumaat, 16 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini. Bunga Citra Lestari dan suaminya, Ashraf Sinclair serta anaknya, Noah.

Gambar Anak Ashraf Sinclair, BCL edisi Julai

Jumaat, 12 Julai 2013

Dah besar panjang anak Ahyraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari ni. Usianya sepertinya sudah 3 tahun. Takde apa-apa perbezaan ketara sangat, cukup bahagia gitu. Sempat ke Disney Hong Kong baru-baru ini, mungkin cuti-cuti. -Instagram AshrafSinclair

Gambar Anak Ashraf, BCL yang Terkini

Rabu, 24 April 2013

Dah semakin besar dah melihat gambar anak kepada pelakon seberang Ashraf Siinclair dan juga isterinya yang juga selebriti, Bunga Citra Lestari bernama Noah.

Gambar dibawa bukanlah harijadi Noah mungkin hanya bersahaja sebagai mencuit dan mengembirakan hati si anak. Memandangkan Noah lahir pada bulan September.



Gambar Terkini, Ashraf, BCL dan Anaknya

Jumaat, 22 Mac 2013


Pasangan dari dua buah negara berbeza, Ashraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari kini cukup berbahagia dengan seorang anak tunggal yang kini berusia 2 tahun lebih, Noah.

Boleh dikatakan keluarga bahagia ini kini masih lagi aktif dalam beberapa drama / filem di Indonesia.


Anak Ashraf, BCL Diajar Solat Seusia Dua Tahun

Isnin, 13 Ogos 2012

Anak yang dididik dengan agama dari saat dia kecil lagi adalah didikan yang terbaik menjadi anak yang bakal mengingati Tuhan kelak. Bahkan didikan agama juga merupakan suatu yang penting yang tidak boleh diambil enteng, kegagalan dalam didikan agama juga boleh menjerumus kepada kepada anak yang menimbulkan banyak masalah fizikal dan rohani.

Anak kepada Ashraf Sinclair dan juga Bunga Citra Lestari, Noah Sinclair yang kini berusia dua tahun sudah dibiasakan dalam aktiviti mengerjakan solat. Beberapa keping gambar Noah Sinclair diajar solat telah dikongsikan bersama oleh ibubapanya sendiri di laman sosial masing-masing. Mungkin inilah keluarga selebriti pertama yang memaparkan kebahagian anak diajar dengan didikan agama sewaktu usia dua tahun.

Gambar BCL sosial tersebar?

Rabu, 28 Disember 2011

Sungguh tak terduga mengenai penyebaran gambar mirip Bunga Citra Lestari isteri kepada Ashraf Sinclair. Tidak dipastikan adakah ini gambar sosial Bunga selepas/sebelum berkahwin dengan Ashraf, atau hanya orang lain yang mirip Bunga. Yang menjadi persoalan disini, adakah ini Bunga dan benarkan Bunga masih mengulangi kelakuannya yang dahulu (sebelum kahwin). Namun ada desas desus mengatakan ini hanya lah trik untuk propaganda mengagalkan usaha Bunga Citra Lestari yang bakal keluar dengan album baru beliau tidak lama lagi.. Zzz..

Tema Lanun sambutan hari jadi anak Ashraf & Bunga

Rabu, 28 September 2011

Wah bukan main lagi sambut ulang tahun anak sendiri dengan tema 'lanun' (Play Park). Itulah cara Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari dalam keriangan mereka berdua menyambut ulang tahun anak kesayangan mereka, Muhammad Noah baru-baru ni. Tema Lanun ni dibuat adalah sengaja dipilih memandangkan ianya bersesuaian dengan tempat sambutan majlis berkenaan.

"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," tambah Ashraf.

"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambah Bunga lagi. -via

gambar anak Asyraf Sinclair, BCL

Jumaat, 22 Julai 2011

Besarnya sudah Noah Sinclair anak kepada Asyraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari aka BCL. Umur Noah 10 bulan nak masuk setahun dah. Comel memang comel, sebab ayah dan mama dia pon ganteng dan cantik. Rambut pun dah panjang, siap belah tengah lagi tue fesyen. Ngeh3. Apa-apa pun semoga berbahagia selalu ya mbak BCL dan om Ashraf. :)

gambar terbaru keluarga Ashraf, BCL

Selasa, 21 Jun 2011

Penampilan Ashraf Sinclair memang banyak berbanding Bunga Citra Lestari kalau kat drama di Malaysia, terutama yang terbaru, Sejuta Cinta Marshanda. Kalau nak dibandingkan dengan Bunga, mungkin Ashraf tidak sepopularnya. Mungkin kelibat Bunga agak terbatas beberapa bulan yang lalu disebabkan sibuk menjaga anak sulungnya yang kini dah besar panjang nak hampir setahun.

-klik untuk besarkan
Melalui majalah Femina edisi terbaru ini menampakkan keluarga mereka sememangnya cukup bahagia. Selain menyatakan yang berat BCL sudah turun sehingga 46KG dan juga masih menyusukan badan untuk anaknya, Noah (nama daripada Rasul dan Nabi).