Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Hot! Miera Liyana, Fauzi Nawai ada hubungan sulit? pegang tangan?
Sabtu, 18 Oktober 2014
Dengarnya Miera Liyana kini didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Fauzi Nawawi yang juga suami kepada Lisdawati. Ini timbul berikutan ada pihak yang melihat mereka berpegang tangan untuk menghadiri satu majlis hari jadi kawan mereka.
Ini ditambah lagi dengan kerjasama mereka untuk sebuah telefilem di Jakarta, Indonesia bertajuk ‘Pacarku Kehabisan Ongkos’ yang akan ditayangkan di stesen televisyen Indonesia dan Malaysia.
Namun memetik HarianMetro, Miera dan Fauzi menafikan gossip itu dan melabelkan ia sebagai satu yang tidak masuk akal.
Ini ditambah lagi dengan kerjasama mereka untuk sebuah telefilem di Jakarta, Indonesia bertajuk ‘Pacarku Kehabisan Ongkos’ yang akan ditayangkan di stesen televisyen Indonesia dan Malaysia.
Namun memetik HarianMetro, Miera dan Fauzi menafikan gossip itu dan melabelkan ia sebagai satu yang tidak masuk akal.
Anak sulung Rima Melati, Marchell (4 gambar)
Rabu, 1 Oktober 2014
Pelakon dari seberang, Marcell Siahaan difahamkan isterinya, Rima Melati selamat melahirkan anak sulung mereka berjantina lelaki pada 21 September yang lalu sekitar 9.13 pagi dengan nama Seth Ananda Siahaan.
Difahamkan lagi menurut portal MediaHiburan, Rima telah selamat bersalin secara pembedahan di Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta Selatan.
Difahamkan lagi menurut portal MediaHiburan, Rima telah selamat bersalin secara pembedahan di Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta Selatan.
Oki Setiana Dewi Sudah Berkahwin
Khamis, 9 Januari 2014
Pelakon dari negara seberang yang menjadi perhatian ramai juga di negara kita ni, Oki Setiana Dewi, 25, sudah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Ory Vitrio.
Majlis itu diadakan sekitar awal bulan Disember yang lalu secara tertutup di Batam, Jakarta. Mengikut sumber, jodoh Oki dengan Ory adalah daripada ditentukan hasil persetujuan orang tuanya.
Dengan hanya berkenalan tidak sampai sebulan dan bercinta selepas berkahwin seperti juga dalam filem Ketika Cinta Bertasbih hasil lakonannya sebagai Anna Atafunsina. Tahniah diucapkan.
Majlis itu diadakan sekitar awal bulan Disember yang lalu secara tertutup di Batam, Jakarta. Mengikut sumber, jodoh Oki dengan Ory adalah daripada ditentukan hasil persetujuan orang tuanya.
Dengan hanya berkenalan tidak sampai sebulan dan bercinta selepas berkahwin seperti juga dalam filem Ketika Cinta Bertasbih hasil lakonannya sebagai Anna Atafunsina. Tahniah diucapkan.
"Proses perkenalannya dengan Bang Rio, saya berdoa sama Allah memang ingin menikah kemudian dikasih. Terus ayah saya itu sangat selektif saya mau menikah jika jawabannya keluar dari mulut ayah saya. Siapa yang disetujui ayah saya juga setuju,
Aku menerima karena ayah saya setuju dan merestui. Karena saya percaya ridho Allah sama dengan ridho orang tua. Apalagi saya tidak pernah mendengar hal yang tidak baik tentang beliau lalu orang-orang juga bilang yang baik tentang beliau. Prosesnya sangat singkat," -Oki
Gambar Sebelum Rossa Mengerjakan Ibadah Haji
Jumaat, 12 Oktober 2012
Tidak lama lagi Hari Raya Qurban atau Haji akan menjelma dan pastinya kita tidak sabar-sabar untuk bercuti pada hari itu. Bagi selebriti seberang yang terkenal di Malaysia, Rossa, dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengerjakan ibadah haji berkenaan.
Baru-baru ini diadakan satu majlis kesyukuran di kediamannya di Jakarta untuk kepermergiannya ke Tanah Suci yang dijadualkan pada hari ini. -gambar detik.com
Gambar Seksi Lana Nordin di Jakarta
Rabu, 4 Julai 2012
Lama sudah kita mendengar kisah mengenai Pamela Anderson Malaysia ni, atau nama betulnya Lana Nordin. Tiptop timbul isu hangat baru yang melanda dirinya di negara orang. Indonesia. Dia berpakaian sangat seksi ketika menghadiri satu party. Mengikut laman seswang ManggaOnline, lokasi party ini adalah Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol. Gosipnya, adakah ini mencerminkan budaya Malaysia yang bersopan santun dalam segi berpakaian, renung-renungkanlah. Zz




konsert An Unforgettable Moment With Rossa
Khamis, 16 Jun 2011
Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani berjaya memukau hampir 700 penonton pada konsert mini An Unforgettable Moment With Rossa di Tropicana Golf and Country Resort, pada hari Khamis yang lalu. Pada konsert yang berlangsung jam 9 malam itu, Rossa diiringi sekumpulan pemuzik yang dibawakan khas dari Jakarta dan beraksi selama satu jam setengah dengan membawakan sebanyak 20 buah lagu popularnya. -gambar mStar














Ashraf Muslim bawa tunang makan angin
Selasa, 24 Mei 2011
Dengar khabar Ashraf Muslim dan tunangnya pergi ke seberang untuk membeli belah disana. Memang sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi baru bertunang. Tapi jangan fikir bukan-bukan dahulu, mereka ke sana bersama keluarga kedua-dua pihak. Mungkin selain makan angin, mereka juga sempat memilih pakaian pengantin di sana untuk majlis pernikahan mereka nanti. Tengok Ashraf still mantain hensem kan. Korang melepas, tunang dia yang jadi bini. Haha.












Foto pernikahan Kris Dayanti, Raul Lemos
Isnin, 21 Mac 2011
Aktress Kris Dayanti dan jutawan, Raul Lemos sah diijabkabulkan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya Jakarta, Indonesia dengan dihadiri kaum keluarga terdekat serta kenalan rapat pasangan itu. Kedua-duanya dinikahkan sendiri oleh bapa Kris dengan hanya sekali lafaz oleh Raul. Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Pasangan berkenaan juga saling menukar cincin perkahwinan jenama Bvulgari.



Sejurus selepas sah bergelar suami isteri, lelaki itu tanpa segan silu merangkul isterinya dan mengucup bibir Kris di dalam masjid berkenaan. Mereka berdua akan bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac ini. -gambar Gua | KapanLagi




Sejurus selepas sah bergelar suami isteri, lelaki itu tanpa segan silu merangkul isterinya dan mengucup bibir Kris di dalam masjid berkenaan. Mereka berdua akan bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac ini. -gambar Gua | KapanLagi
Maya Karin nafi pergi Jakarta dengan Remy
Rabu, 11 Ogos 2010
Hujung minggu lalu bersamaan 1 Ogos, timbul gosip mengatakan Maya Karin dan Remy Ishak menghabiskan masa bersama-sama di Jakarta, Indonesia. Gosip yang dimuatkan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu ini menyebut Maya dan Remy dilihat berdua-duaan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Jakarta. Dakwaan ini bagaimanapun disangkal sekeras-kerasnya oleh Maya. Menurut Maya, pada tarikh tersebut dia dalam perjalanan dari Langkawi ke Kedah kerana terlibat dengan pengambaran filem ‘Ombak Rindu’ arahan Osman Ali.

Kalau anda semua tidak percaya, pengarah filem saya, Osman Ali sanggup menjadi saksi. Dia ada memberitahu supaya menyuruh pihak media menelefonnya sendiri sekiranya tidak percaya dengan penjelasan saya. Memang pada waktu itu saya ada bersama-sama dia dan krew filem yang lain,” jelas Maya yang ditemui pada sidang akhbar teater Natrah musim kedua di Istana Budaya kelmarin. Dalam pada itu, Maya juga mencabar penyebar gosip supaya tampil memberikan penjelasan berserta bukti sekiranya ada.

“Perkara itu 100 peratus tidak benar dan saya menafikannya. Ini adalah fitnah kerana pada tarikh yang dinyatakan, saya dan Remy berada di dua lokasi yang berbeza. Pada 1 Ogos saya berada di Alor Setar, Kedah selepas selesai penggambaran di Langkawi. Kemudian, pada 2 Ogos itu pula saya berada di Thailand untuk penggambaran filem yang sama.
Kalau anda semua tidak percaya, pengarah filem saya, Osman Ali sanggup menjadi saksi. Dia ada memberitahu supaya menyuruh pihak media menelefonnya sendiri sekiranya tidak percaya dengan penjelasan saya. Memang pada waktu itu saya ada bersama-sama dia dan krew filem yang lain,” jelas Maya yang ditemui pada sidang akhbar teater Natrah musim kedua di Istana Budaya kelmarin. Dalam pada itu, Maya juga mencabar penyebar gosip supaya tampil memberikan penjelasan berserta bukti sekiranya ada.“Bagi saya kalau perkara itu berlaku di depan matanya, pasti dia sudah ambil kesempatan untuk merakamkan gambar saya dan Remy. Saya pun tidak tahu apa kenapa masih ada orang yang tidak puas hati dengan saya. Saya rasa hendak jumpa dengan sumber itu. Boleh saya tanyakan sendiri kepadanya dan minta dia kemukakan bukti,” tambah Maya lagi.
“Satu pembohongan besar. Itu yang boleh saya katakan berhubung isu ini. Pada tarikh yang disebutkan itu saya berada di sekitar Kuala Lumpur kerana sedang menjalani penggambaran telemovie ‘Air Mata Nursalina’. Kak Eirma Fatima boleh sahkan perkara ini kerana dia adalah pengarahnya. Penggambaran bermula dari 28 Julai hingga 6 Ogos, jadi mustahil saya boleh berada di Jakarta,” jelas Remy tegas. -Gua
Gambar aksi manja Natasha Hudson
Selasa, 15 Jun 2010
Gambar di bawah tidak lah keterlaluan sangat. Memang aksinya begitu tidak disangka-sangka juga, diambil daripada Utusan edisi kelmarin, akhbar Melayu yang popular. Disana diceritakan mengenai kekasih Natasha Hudson yang berada di Jakarta. Mengikut sumber daripada pihak yang terbabit, Natasha Hudson didakwa berulang alik daripada Kuala Lumpur ke Jakarta banyak kali. Memang tidak dinafikan lagi, sumber berkenaan melihat mereka berdua di sana. Memang kalau dah cinta, sehari tak jumpa memang tak boleh, Natasha Hudson juga yang ulang alik sana mari.
Bunga Citra Lestari hamil 4 bulan
Khamis, 29 April 2010
Seperti kebanyakan ibu-ibu yang pertama kali hamil, rasanya bagi yang mampu samalah seperti artis dari seberang yang berkahwin dengan artis dari Malaysia, Bunga Citra Lestari turut tidak ketinggalan menganjurkan kenduri kesyukuran untuk menyatakan kesyukuran kerana hamil 4 bulan. Bagaimanapun, majlis tersebut dilakukan secara tertutup dari wartawan. Namun turut mengundang beberapa orang anak yatim. Perkara itu diberitahu oleh seorang pembantu rumah Bunga.


Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai kehamilan Bunga, secara tradisinya dalam Islam, kenduri kesyukuran diadakan apabila kandungan artis jelita itu sudah memasuki bulan keempat. Dia dan Ashraf Daniel Sinclair selamat dinikahkan pada bulan November 2008 yang lalu. -mStar

"Iya ada acara pengajian tapi nggak mau diganggu, acaranya tertutup. Hanya kedua keluarga besar saja yang hadir," katanya yang ditemui di kediaman Bunga di Jakarta Selatan.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai kehamilan Bunga, secara tradisinya dalam Islam, kenduri kesyukuran diadakan apabila kandungan artis jelita itu sudah memasuki bulan keempat. Dia dan Ashraf Daniel Sinclair selamat dinikahkan pada bulan November 2008 yang lalu. -mStar
Aleeza Kassim pergi Jakarta semasa kes cerai
Isnin, 19 April 2010
Berita mengenai runtuhnya mahligai perkahwinan model dan artis popular, Aleeza Kasim bukan lagi rahsia. Dalam diam-diam, Aleeza Kassim rupa-rupanya sudah bercerai talak satu sejak Februari lalu. Menurut maklumat yang disiarkan, perceraian mereka berlaku di Hyatt Saujana, Subang Jaya. Entah apa masalah Aleeza dengan bekas suami, Mohd Fauzi Che Ros, tiada siapa yang tahu. Apa yang penting, perceraian mereka bukan berpunca daripada peranan orang ketiga, tegas Aleeza.
Perkahwinan mereka hanya dapat bertahan tiga tahun dan tujuh bulan sahaja. Betapa hebat dan cerianya majlis persandingan Aleeza di Palace Of The Golden Horses sekitar Julai 2006 lalu. Meriah! Lain ceritanya pula, apabila menurut sumber rasmi mengatakan desas desus, Aleeza sekarang sedang berada di Jakarta. Dia terbang ke sana petang Khamis lalu dan dijangka pulang hari ini (19/4).
Tidak dipastikan sama ada Aleeza membawa hati patah atau mencari kekuatan jiwa. Apa-apa pun, tunggulah 21 April nanti, sebab, diberitahu menjelang tarikh itu, kes perceraian mereka akan dibacakan di mahkamah. -Kosmo
Perkahwinan mereka hanya dapat bertahan tiga tahun dan tujuh bulan sahaja. Betapa hebat dan cerianya majlis persandingan Aleeza di Palace Of The Golden Horses sekitar Julai 2006 lalu. Meriah! Lain ceritanya pula, apabila menurut sumber rasmi mengatakan desas desus, Aleeza sekarang sedang berada di Jakarta. Dia terbang ke sana petang Khamis lalu dan dijangka pulang hari ini (19/4).Tidak dipastikan sama ada Aleeza membawa hati patah atau mencari kekuatan jiwa. Apa-apa pun, tunggulah 21 April nanti, sebab, diberitahu menjelang tarikh itu, kes perceraian mereka akan dibacakan di mahkamah. -Kosmo
















