Memey digesa jadi perempuan bermaruah

Pada: Isnin, 8 Februari 2010
Peminat: bukan saja saya malah ramai wanita di luar sana yang saya rasakan agak marah dengan Memey dengan apa yang dilakukan. Rupanya Memey memang tak serik lagi. Selepas kejadian hitam kononnya menjadi pemusnah rumah tangga Abby sekarang dia seolah-olah sengaja nak menunjuk-nunjuk bahawa dia dapat menguasai anak-anak Abby pula.

Memey sepatutnya tidak boleh berkelakuan sedemikian. Jadilah perempuan yang ada maruah. Saya bukanlah peminat setia Abby. Tapi kalau inilah yang berlaku bukan saja Abby, wanita lain juga akan marah. Apa yang saya nak tekankan di sini, cukup-cukuplah cari kontroversi.

Tag : , , ,