Ammar tunjuk belang nak ugut bunuh wartawan

Pada: Isnin, 8 Februari 2010
Tindakan berani Ammar di laman sosial Facebook yang begitu marah dan emosional dengan pihak media dikatakan kerana beberapa sebab tertentu. Kekasih Puteri Sarah Liyana itu, melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan. Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di statusnya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.

Pelbagai gelaran diberikan pelakon lelaki yang tidak sampai setahun jagung itu kepada wartawan tempatan termasuk 'bodoh' dan 'berpura-pura'. Entrinya di lawan sosial itu malam kelmarin berbunyi:

"Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they're ruining other people's lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA".

"well they're provoking me by making up stupid dumb story"

"Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD," katanya yang dipetik dari Facebooknya. -mStar

Tag : , , ,