Yuna akan bertudung, menyanyi di Amerika

Pada: Isnin, 8 Februari 2010
Pada awal bulan Mac depan, Yuna ditemani pembantu peribadinya akan berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan meninjau keadaan di sana, melihat sejauh mana penerimaan peminat muzik di situ terhadap lagu-lagunya. Jika maklum balas yang diterima memberangsangkan, besar kemungkinan anak kelahiran Kuantan, Pahang ini akan menetap di AS dan melebarkan sayapnya di situ. Lebih mengagumkan bila dilihat imej yang ditampilkan adalah seorang wanita Muslimah bertudung.

Tatkala ditanya jika melihat penampilannya itu satu cabaran buatnya bila di AS, jawabnya:
"Bila pihak Indie-Pop membuat tawaran mereka, mereka sudah tahu saya bukan seperti kebanyakkan penyanyi lain. Tetapi mereka amat yakin, positif dan memahami tuntutan agama saya.
"Mereka faham saya tidak akan berubah. Fokus mereka adalah pada muzik saya. Itulah sebabnya mengapa saya tertarik untuk bekerjasama dengan mereka," ujarnya yang sedang dalam proses merakam album sulungnya. Setakat ini, empat buah lagu sudah siap dirakam, tiga daripadanya dalam Bahasa Melayu, sementara lima lagi dalam Bahasa Inggeris. -Gua

Tag : , , ,