Hadiah istimewa Datuk K kepada Siti Nurhaliza

Pada: Rabu, 13 Januari 2010
Hadiah istimewa yang diterima oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-31 semalam, 11 Januari kini sudah terjawab, malah lebih mewah berbanding daripada yang dahulu. Siti telah menerima hadiah sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) berwarna merah yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit, dahulu sebuah kereta Mercedes Benz yang bernomborkan plat yang menarik.

“Selain kasih sayang, saya menganggap hadiah pemberian suami ini berupa suatu kegembiraan,” ujarnya sambil menunjukkan beg tangan itu ketika sidang media sambutan ulang tahun dan pelancaran album duetnya dengan penyanyi Indonesia Krisdayanti iaitu CTKD di JW Marriott, Kuala Lumpur kelmarin.

Tag : , , ,