Sosilawati kahwin di Narathiwat

Pada: Selasa, 12 Januari 2010
Ditangkap basah? bukan mee basah ah. Apabila jutawan kosmetik popular, Datuk Sosilawati Lawiya kena 'tangkap' pada malam sambutan tahun baru minggu lepas, macam-macam versi hangat yang terkeluar di blog dan juga media. Pada awalnya sebuah laman web melaporkan Sosilawati ditangkap khalwat bersama seorang lelaki yang dipercayai duda beranak tiga di sebuah kondominium mewah. Ish! Kalau sudah kondominium mestilah mewah. Lagi pun jutawan, takkan hendak melepak di tempat murahan. Betul tak?

Tidak mahu terus-terusan dirinya diaibkan, sehari selepas cerita dia ditangkap khalwat tersebar di internet, Sosilawati keluar dengan kenyataan yang jauh lebih mengejutkan. Kali ini kepada akhbar pula.
"Dia suami saya. Kami sudah bernikah pada November lalu secara rahsia di Narathiwat," beritahu Sosilawati jujur.
Tidak ada angin, tidak ada hujan, ribut petir bagai, tiba-tiba taukeh NV ini mengesahkan yang dia sudah bernikah lagi, siap tunjuk surat nikah yang sah.

Tag : , , ,