Azza Elite dipukul kekasih

Pada: Ahad, 10 Januari 2010
Bimbang selepas menerima ugutan melalui SMS, pelakon yang juga bekas penyanyi sebuah kumpulan popular, Azza Elite membuat aduan polis baru-baru ini sebelum terpaksa ‘diiringi’ ke balai polis bersama teman lelakinya selepas artis jelita itu mendakwa dipukul kekasihnya itu. Bagaimanapun, dia dilaporkan enggan memberi butiran lanjut mengenai rahsia yang ingin dihebohkan itu.

Dalam laporan itu, artis berkenaan mendakwa dia menerima SMS ugutan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali dan meminta polis menyiasat. Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 pagi, polis menerima panggilan daripada Azza mendakwa dia dipukul teman lelakinya yang dikenali sebagai Farhan di rumah artis itu di kawasan Bukit Antarabangsa di sini.

Sepasukan polis bergegas ke rumah artis terbabit dan dia bersama teman lelakinya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum kedua-dua mereka dibawa berjumpa pegawai penyiasat. Ketika di balai polis, artis berkenaan dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan Farhan serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Kira-kira jam 5 pagi, dia bersama pasangannya dibawa berjumpa pegawai penyiasat sebelum keterangan direkodkan dan proses itu selesai setengah jam kemudian.

Mengulas mengenai SMS ugutan itu, Abd Jalil berkata, polis sedang menyiasat dengan melakukan pemeriksaan nombor telefon bimbit itu untuk menjejaki pemiliknya. Kes membabitkan artis wanita itu pernah menggemparkan negara apabila dia membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul teman lelakinya ketika pulang daripada menghadiri sambutan tahun baru, dua tahun lalu.

Tag : , , ,