Along, Zila tamatkan zaman tunang

Pada: Ahad, 10 Januari 2010
Selepas puas mencari tarikh sesuai, akhirnya pasangan Along Cham dan Zila Seeron bersepakat memilih 23 Januari ini sebagai hari mereka diijabkabulkan. Ketika dihubungi petang semalam, Along dalam perjalanan menghantar kad jemputan kahwinnya kepada rakan-rakan dan sanak saudara. Pelakon filem komedi Adnan Sempit ini berkata, majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan di rumah Zila serentak dengan persandingan yang bertemakan rona hijau dan hitam.

"Kami akan bernikah dan bersanding pada 23 Januari ini di rumah Zila. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari depan di Johor Bahru," ujar Along.

Tag : , , ,