Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gosip Azza Elite menyara kehidupan keluarga, suaminya?

Ahad, 4 Jun 2017

Perkembangan terbaru Azza Elite yang kini sudah berusia 39 tahun, dimana timbul cerita kononnya bekas penyanyi kumpulan Elite ni bekerja kuat untuk menanggung keluarga dan mempersoalkan, di mana suaminya?

Memetik portal mstarOnline, Azza menafikan hal itu sebaliknya dia dan suaminya, Azlan, 30 tahun menjadi tulang belakang untuk kejayaan pernaiagaan kosmetik yang mereka bina.

"Eh, tak baik cakap macam tu. Suami saya sentiasa ada menjadi tulang belakang di mana kami sekarang sama-sama sibuk menguruskan perniagaan produk keluaran Azza Elite Empire HQ antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.

"Sebagai artis dan lebih dikenali, di sini saya berperanan untuk mempromosikan barang dan seharusnya saya yang lebih menonjol kerana banyak di depan.

"Berbanding suami, dia uruskan bahagian pemasaran dan kami ada tugas masing-masing dalam memperkenalkan lagi produk-produk daripada Azza Elite Empire HQ," katanya kepada mStar Online.

Penampilan terkini Zarina Ann Julie yang mengejutkan..

Isnin, 27 Jun 2016

Punca keguguran Azza Elite buat kali ke-4..

Ahad, 7 Februari 2016

Dikhabarkan yang Azza Elite telah ditimpa musibah dimana dia keguguran buat kali ke-4. Usia kehamilannya ketika itu adalah 6 minggu.
Azza mengakui punca daripada keguguran itu adalah dia sering kerja berat.

“Saya anggap semua ini ujian yang akan terus menguatkan diri. Belum rezeki saya untuk menjadi ibu. Suami juga sangat kuat berdepan apa yang dilalui ini. Insya-Allah kami akan terus mencuba”

“Kebetulan pada 31 Januari lalu saya ada tugas mengacara di Putrajaya. Tidak elok pula rasanya jika hendak ditolak tawaran itu kerana saya sudah mengesahkannya sejak awal. Bagaimanapun saya percaya, ia memang bukan rezeki saya lagi. Malahan, sebelum itu pun ada berlaku pendarahan juga seperti fasa mengandung sebelum ini”

“Memang saya tidak boleh bekerja teruk. Jika diikutkan kata doktor, mahu saja saya berehat saja di rumah. Bagaimanapun, saya ingatkan diri ini masih kuat, jadi saya buat kerja harian macam biasa. Maklumlah, kerjaya sebagai artis memerlukan saya melakukan pelbagai perkara untuk meneruskan kehidupan,” katanya memetik Bharian.

Sekitar resepsi Abby Abadi, M. Faizal (41 gambar)

Khamis, 20 Ogos 2015


Gambar Perkahwinan Abby Abadi dan Jai Ezzany
Sekitar perkahwinan dan persandingan Abby Abadi  dan Muhammad Faizal Zakaria pada 16 Ogos iaitu Ahad lepas di kediaman keluarga Abby.

Majlis ini berlangsung meriah dan turut dihadiri bekas suami Abby iaitu aktor Norman Hakim, isterinya Memey Suhaiza, serta ahli kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin, Linda Rafar dan Azza.

Tak ketinggalan memeriahkan majlis ialah tiga anak Abby dan Norman iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Sekitar pernikahan Abby Abadi, M. Faizal (4 gambar)

Ahad, 16 Ogos 2015

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, dan Muhammad Faizal, 41, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz semalam 15 Ogos 2015. Muhammad Faizal adalah wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan Abby diwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.

Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis kumpulan Elite, Azza dan Sasha Saidin.

Sementara itu, pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Taman Tasik Titiwangsa Ahad ini.

Bakal suami Abby Abadi yang baharu? (gambar & video)

Ahad, 7 September 2014


Dengar cerita Abby Abadi kini sudah mendapat penganti aka kekasih hati. Berita ini disahihkan lagi dengan beberapa keping gambar seorang jejaka yang bernama Khairul Azli telah dimuatnaik oleh Abby Abadi.

Dengan bergambar dengan kanak-kanak serta caption hari ulangtahun jejaka berkenaan. Azza Elite mengelar jejaka berkenaan sebagai ustaz.

Sasha Elite kini jadi model (16 gambar)

Isnin, 25 Ogos 2014

Dengarnya perkembangan terbaru penyanyi, Sasha Elite (Saidin) kini menjadi model. Mengikut info dari portal Murai, dia difahamkan terbang ke Padang, Indonesia untuk sebuah majlis pertunjukan fesyen.

Majlis itu adalah Islamic Fashion Festival (IFF) pada 25 hingga 28 Ogos. Sasha juga tampil dengan imejnya yang kini berambut putih perang.

Gambar Azza Elite Terkini

Rabu, 10 Julai 2013

Di awal bulan Ramadan ini, baik dan baguslah kalau kita melihat yang indah-indah, sejuk di hati. Azza Elite yang sudah sedia maklum kini bertudung tetap aktif dalam aktiviti sehariannya seperti berlakon dan dengan promosi produknya. Dia dan suaminya kini cukup bahagia walaupun masih belum ada rezeki anak dari zuriat mereka. Apa-apa pun semoga terus sukses dan berbahagia di bulan Ramadan ini.

Gambar Azza Elite Pergi Mengundi/Kempen

Selasa, 7 Mei 2013

Memetik daripada Instgaram AzzaElite yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite, Azza telah memuatnaik gambar dirinya dan juga beberapa rakan artis lain seperti Zain dan Rozita Che Wan, serta artis senior yang lain pergi mengundi untuk PRU13 yang lalu.

Sebelum hari mengundi, Azza merupakan seorang yang aktif berkempen untuk parti Barisan Nasional sekitar negeri-negeri di Semananjung.




Azza Elite Bertudung?

Isnin, 28 Januari 2013

Betul ke Azza Elite dah mengenakan tudung sepenuhnya pada diri beliau. Mungkin sukar untuk kita bayangkan, namun terdapat beberapa bukti gambar yang dia telah bertudung yang telah dimuat naik dalam laman Instagram miliknya.

Kalau betul, syukurlah, kita juga amat bergembira dengan berita ini. Semoga Azza dan suami yang kini sudah 10 bulan mendirikan rumahtangga dalam keadaan bahagia hendaknya. :)
updates 29/1 petikan mStar: Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

Azza Elite Dikhabarkan Keguguran Anak Sulung

Jumaat, 7 September 2012

Ini berita yang agak menyedihkan, pelakon dan juga penyanyi, Azza Elite yang disahkan hamil anak sulung pada bulan Ogos lalu dengan usia kandungan hampir masuk sebulan dua minggu dikhabarkan telah mengalami ensiden keguguran semalam.

Ini disahkan sendiri oleh Azza melalui komentarnya yang dipetik melalui portal Gua.
“Cukuplah saya katakan memang benar saya mengalami keguguran. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Tolong berikan masa kepada saya untuk bertenang.

"Terus-terang saya katakan, perasaan saya benar-benar terganggu kerana banyak pihak yang menghubungi saya bertanya perkara yang sama,” -Azza
Semoga tabah menjalani dugaan hidup ini. Azza dan Azlan diijabkabulkan pada bulan April 2012 yang lalu.

Azza Elite Disahkan Hamil 3 Minggu

Jumaat, 24 Ogos 2012

Berita yang diterima ini adalah berita yang dipetik melalui laman portal MediaHiburan dimana Azza Elite dikhabarkan sudah mengandung/hamil. Usia kandungan bayi sulung Azza adalah 3 minggu. Ianya satu petanda yang baik, malah Azza sendiri bersyukur kerana zuriatnya dengan Azlan itu tiba pada bulan Ramadan yang lalu.

Baguslah, selepas ini, kena berhati-hati bila buat kerja, banyakkan berehat dari buat kerja yang berat dan merunsingkan. Azza dan Azlan diijabkabulkan pada 1 April yang lalu.

Gambar Perkahwinan Watie Elite. Joey

Rabu, 2 Mei 2012

Watie Elite (janda anak satu) dan Joey akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka selepas hampir lima bulan berteka-teki. Watie dan Joey telah selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dengan berwalikan adik Watie.

Baru-baru ini mereka telah mengadakan majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir. Watie dan Azza dengan Azlan Zulaily teruja dapat bersanding bersama-sama.

Pada majlis tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah kerabat diraja Pahang iaitu Datuk Tengku Kamaruzaman. Manakala artis yang turut hadir adalah Mawi dan isteri, Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin. -Via

Gambar Pernikahan Azza Elite, Azlan

Isnin, 2 April 2012

Akhirnya dengan beza 9 tahun, Azza Elite, 34 dan Azlan, 25 sah bergelar suami isteri semalam apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa. Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan dengan Wang hantaran sebanyak RM10 ribu.

Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha. Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetaplkan lagi. -Via

gambar Syokkahwin | mStar

Inilah dia bakal suami Azza Elite

Khamis, 12 Januari 2012

Ini lah dia bakal suami kepada Azza (Elite), seorang pramugara syarikat penerbangan swasta AirAsia, Azlan Zulaily yang dijangka berlangsung pada 1 April depan. Hensem juga orangnya kan. Tak perlah, asalkan mereka bahagia dah cukup. He. Dengar khabar, Azza tak lama lagi bakal muncul dengan ‘single’ terbaru berjudul Boleh Jalan.

Nabil RL akan ke Suria FM?

Rabu, 4 Januari 2012

Nabil Raja Lawak memperluaskan lagi kerjaya seninya selepas ditawarkan menjadi deejay stesen radio Suria FM pada Januari ini. Pemilihan Nabil dibuat selepas dia berjaya dalam satu sesi uji bakat yang diadakan di stesen rahttp://www.blogger.com/img/blank.gifdio berkenaan pada hujung tahun lalu.

"Macam mana tahu ni? Saya tak nak komen. Tunggulah pihak Suria FM yang buat pengumuman. Tapi saya mengaku pernah dipanggil untuk diuji bakat sebelum ini," katanya.
Ditanya adakah dia bakal menggantikan penyampai Breakfast@Suria, Sharifah Shahira yang akan tamat kontrak pada 24 Januari ini, Nabil berkata dia tidak akan menggantikan sesiapa di stesen itu.
"Tidak akan ganti sesiapa. Tunggulah pengumuman mereka nanti," ujarnya ringkas.
Selain Nabil, antara artis yang turut dipanggil diuji bakat oleh Suria FM adalah Azza (Elite) dan Amy Mastura. -Via

Azza Elite kahwin awal tahun 2012

Selasa, 27 Disember 2011

Selepas lama hidup tanpa dibelai kasih sayang seorang suami selama 5 tahun, Azza Elite akhirnya bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara pada awal tahun depan. Keputusan itu diambil setelah melihat penerimaan baik daripada jejaka tersebut terhadap statusnya dan anaknya, Marissa Janna, 6.

"Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya.

"Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya.

"Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda.

"Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangn bersama.

"Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang," katanya. -Via

Kumpulan Elite berkumpul dengan anak-anak mereka

Rabu, 2 Jun 2010

Dalam keluaran terbaru majalah Media Hiburan untuk bulan Jun 2010 ini telah meletakkan muka depan (cover) dengan dihiasi kumpulan Elite dan juga anak-anak mereka yang kian membesar dewasa. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1996 ini masing-masing dah berkahwin dari (Sasha) Sasha binti Saidin, (Watie) Norwati binti Sadali, (Abby) Arbaiyah binti Abdul Manan dan (Linda) Azlinda binti Rafar kecuali (Azza) Nor Azzarima binti Zawari. Selepas mereka membawa haluan masing-masing ada juga kes cerai, kes bersama kekasih dan banyak lagi lah. Walaupun kumpulan mereka ada yang silih berganti namun yang asal tetap menjadi perhatian kerana mempunyai bakat kumpulan wanita yang terbaik sehingga kini.

Lagi gambar Azza Elite, Rozita Che Wan Seksi

Jumaat, 28 Mei 2010

Pada Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF8) Rozita Che Wan pun turut datang. Tapi pakaiannya, memanglah cantik dan mengiurkan, tetapi skirt pendek paras atas lutut yang bila duduk menyerlahkan keputihan pehanya tak berapa elok pada pandangan. Lagipun Rozita Che Wan baru saja pulang dari umrah, bukankah lebih elok jika memakai pakaian yang lebih sopan. Kalau boleh bila balik dari menunaikan ibadat, pakaian kenalah jaga sikit. Ialah seolah-olah umrah tu pergi melancong pula bila balik penampilan tidak dijaga.

Bukan saja Rozita yang seksi, Azza bekas anggota kumpulan Elite pun bukan main sakan lagi gayanya. Kalau skirt Rozita pendek, Azza punya lagi pendek. Kalau iya pun nak bergaya, fikirkanlah kesesuaian majlis. Kalau boleh bila pergi ke majlis yang ramai peminat, berpada-padalah sikit bergaya. Apatah lagi masa AF8 hari itu, sebahagian besar penontonnya remaja dan orang muda. Bukan apa nanti jadi bahan mengata pula. -Bharian

Azza Elite dipukul kekasih

Ahad, 10 Januari 2010

Bimbang selepas menerima ugutan melalui SMS, pelakon yang juga bekas penyanyi sebuah kumpulan popular, Azza Elite membuat aduan polis baru-baru ini sebelum terpaksa ‘diiringi’ ke balai polis bersama teman lelakinya selepas artis jelita itu mendakwa dipukul kekasihnya itu. Bagaimanapun, dia dilaporkan enggan memberi butiran lanjut mengenai rahsia yang ingin dihebohkan itu.

Dalam laporan itu, artis berkenaan mendakwa dia menerima SMS ugutan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali dan meminta polis menyiasat. Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 pagi, polis menerima panggilan daripada Azza mendakwa dia dipukul teman lelakinya yang dikenali sebagai Farhan di rumah artis itu di kawasan Bukit Antarabangsa di sini.

Sepasukan polis bergegas ke rumah artis terbabit dan dia bersama teman lelakinya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum kedua-dua mereka dibawa berjumpa pegawai penyiasat. Ketika di balai polis, artis berkenaan dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan Farhan serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Kira-kira jam 5 pagi, dia bersama pasangannya dibawa berjumpa pegawai penyiasat sebelum keterangan direkodkan dan proses itu selesai setengah jam kemudian.

Mengulas mengenai SMS ugutan itu, Abd Jalil berkata, polis sedang menyiasat dengan melakukan pemeriksaan nombor telefon bimbit itu untuk menjejaki pemiliknya. Kes membabitkan artis wanita itu pernah menggemparkan negara apabila dia membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul teman lelakinya ketika pulang daripada menghadiri sambutan tahun baru, dua tahun lalu.