Datuk K Umrah, Siti Nurhaliza 'Dinner'

Pada: Rabu, 5 Ogos 2009
Tidak ada isu yang mungkin dibangkitkan disini, cuma usik2 sedikit rumahtangga penyanyi number satu negara, Siti Nurhaliza dengan suami tercintanya Datuk K. Kelmarin (3/8) Siti Nurhaliza memberitahu yang dia baru balik menghantar suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K ke lapangan terbang KLIA untuk mengerjakan umrah sebelum bulan Ramadhan menjelma.
"Dia (Datuk K) mengerjakan umrah dengan anaknya, Asyraf. Saya tak dapat ikut kerana pada 6 Ogos ini saya sudah terikat dengan majlis makan malam Jusco.
"Saya tak boleh nak batalkan untuk menghadiri majlis itu kerana mereka sudah membuat persiapan," katanya mengenai majlis yang akan dilakukan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu. -mStar

Tag : , , ,