Pada:
Ahad, 19 Julai 2009

“Sebenarnya, saya memang tidak suka menjaja cerita peribadi kerana bimbang peminat berasa bosan. Tetapi apabila ramai orang bertanya termasuk media yang ingin mengetahui siapa teman istimewa saya sekarang, setiap kali bertemu dalam majlis, biarlah saya beritahu sedikit sebanyak mengenai dirinya.
“Apa yang boleh saya katakan, si dia bukan selebriti sebaliknya terbabit secara profesional dalam bidang penyiaran. Hubungan kami bermula selepas diperkenalkan seseorang dan lama kelamaan ia menjadi semakin intim. Terus terang, saya terpikat dengan penampilan dirinya sebagai seorang Muslimah. Si dia juga memenuhi kriteria gadis idaman yang saya cari selama ini iaitu perwatakan dan personaliti menarik, tenang dan matang.

“Sebenarnya, dalam soal mencari jodoh ini, saya tidak kisah sama ada calon isteri saya itu bertudung atau tidak kerana apa yang penting kami selesa dan serasi untuk hidup bersama kelak. Terus terang, setakat ini hubungan kami memang serius dan saya juga merancang untuk bertemu keluarganya dalam tempoh terdekat ini,” katanya. -hMetroSemoga Zizan cepat berkahwin dan membina hidup bekeluarga. So Sweet cerita Zizan ni.
Tag : Artis Bercinta , Gossip Artis , Pelakon , Rozita Che Wan , Zizan Nin

