Sekitar Acara Shout Awards 2009

Pada: Ahad, 19 Julai 2009
Shout! Awards menjanjikan persembahan-persembahan hebat dari reggae-rapper Sean Kingston dan barisan artis – artis tempatan yang berlaku kelmarin (17/7). Artis-artis hebat tempatan seperti Reza Salleh, Mia Palencia, Paolo Delfino, One Buck Short, Pop Shuvit, Jin Hackman, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Pesawat, Nikki, Joe Flizzow dan Rahim Maarof memberikan persembahan hebat.

Shout! Awards diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah banyak mempengaruhi industri Muzik, Filem, TV dan Radio tanahair. Rancangan yang akan berlangsung selama 2 ½ jam ini akan menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang telah memberi revolusi baru dalam industri hiburan tempatan.

Ia juga merupakan satu platform yang baik untuk peminat memilih dan melihat ke mana arah tuju industri hiburan Malaysia. Shout! Awards merangkumi anugerah khas untuk TV, Filem, Radio dan Muzik. -mStar
KATEGORI MUZIK

Anugerah Rockstar: Bunkface

Anugerah Popstar: Stacy

Anugerah Power Vocal: Jaclyn Victor

Anugerah Flava (Hip Hop/R&B): Joe Flizzow

Anugerah Break Out (Best New Act): Bunkface

KATEGORI TV DAN FILEM

Anugerah Best On Screen Chemistry (sepasang): Upin dan Ipin (Upin & Ipin TV Series).

Anugerah Fresh TV Series (Siri TV baru termasuk Drama dan/ atau Sitcoms): Ghost

Anugerah Breakthrough Film: Kami

Anugerah Favourite TV Program (Bukan Drama): Filed Trip! USA

Anugerah Favourite TV Host: Naz - The Breakfast Show

KATEGORI RADIO

Anugerah Coolest Radio Announcer: JJ

Anugerah Favourite Radio Show: Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)

KATEGORI THE WORKS

Anugerah Stylo (Anugerah Paling Bergaya): Dynaz Mokhtar

Anugerah Hot Chick: Marion Caunter

Anugerah Hot Guy: Faizal Tahir

THE ULTIMATE SHOUT! AWARD: Bunkface

Tag : , , , ,