Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zizan Nin dah bercerai sebulan lalu.. PANAS!

Isnin, 15 Februari 2016

Pelakon Zizan Nin, 42, mengaku sudah bercerai dengan isterinya, Fazilah Hani Harun, 35, sejak sebulan lalu. Pelakon filem Tanda Putera ini ketika dihubungi berkata, perceraian itu berlaku kerana tiada persefahaman.
"Saya belum bersedia untuk komen lebih lanjut. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan berilah ruang untuk saya berdepan dengan semua ini," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, dakwaan mengenai Zizan sudah bercerai sudah diperkatakan namun pelakon itu tidak pernah mengesahkannya.

Zizan juga menafikan dia mengelak daripada pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan berhubung perceraiannya itu.
"Saya bukan lari daripada media, cuma dalam kes ini saya tidak boleh komen lebih-lebih. Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita.

"Perkara sudah jadi. Saya reda dengan ketentuan Allah SWT. Siapalah kita ingin melawan takdir," katanya.

Rumah Zizan Nin Untuk Majlis Anak Yatim

Selasa, 21 Mei 2013

Baru-baru ini Zizan Nin dan isterinya, Fazilah Hani yang juga pembaca berita NTV7 telah mengadakan house warming seacara sederhana bersama media dan anak-anak yatim di kediaman rumahnya. Dengan aktiviti sumbangan daripada badan bukan kerajaan tampil memberikan sumbangan ringan kepada anak-anak yatim.

Memang baik hati sungguh Zizan. Namun bukan niat Zizan untuk menunjuk-nunjuk rumahnya itu cuma dia mahu berterima kasih kepada pihak menaja yang menaja perkakasan elektrik dan dapur yang ada dirumah barunya itu. Dimana penaja itu juga merupakan penyumbang kepada bebenan anak-anak yatim itu tadi. Maksudnya lokasi hosue warming diadakan di rumah baru Zizan dan Hani.

Jadi  rumah itu perlu ada 'orang baru' selepas ini. Hehe.  -Gua










Gambar Selebriti Pakai Baju Melayu Lelaki

Sabtu, 18 Ogos 2012

Lord's Tailor salah satu jenama pakaian terkenal di Malaysia telah menampilkan pakaian Raya edisi baju Melayu lelaki pelbagai warna. Dan koleksi baju Melayu lelaki tersebut telah di pamerkan oleh beberapa orang selebriti lelaki terkenal seperti Shaheizy Sam, Norman Hakim, Fahrin Ahmad, Zizan Nin, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fizo Omar dan Que Haidar.

Yang paling menarik adalah samping yang mereka pakai, samping tenunan benang dan butang mutiara dari Borneo North Pearls by Salikin Sidek. Kalau korang nak pilih siapa sebagai satu keserasian ketika 1 Syawal nanti? -gambar Murai



Rumahtangga Zizan Nin mula retak?

Isnin, 24 Januari 2011

Kalau beberapa minggu lepas ramai yang terkejut bila mendengar berita kurang sihat tentang pasangan pilihan ramai daripada pasangan selebriti, siapa lagi kalau bukan pelakon, Vanida Imran dan suaminya Rashidi Ishak yang dikatakan ke mahkamah syariah, namun perasaan itu tetap yakin dan tabah apabila Vanida dengan lantang menjelaskan, niat mereka ke sana adalah untuk menemani anak saudaranya sahaja untuk tujuan tertentu.

Kini gosip mula kedengaran yang dipetik daripada laman sesawang ManggaOnline apabila daripada pasangan selebriti, pelakon suka ramai, Zizan Nin dan juga isterinya yang juga pembaca berita swasta, Fazilah Hani pula dikhabarkan hadir ke mahkamah syariah. Dengar-dengar mereka ke sana adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling demi memulihkan rumah tangganya yang mengalami sedikit masalah.

Apa-apa pun ini cuma khbar belum rasmi lagi, kita tunggu kenyataan rasmi daripada Zizan di media mengenai hal ini. Tapi tak kan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin kan, hantu kot kasih goyang. haha.

Zizan Nin lupa asal usul (lupa daratan)?

Ahad, 16 Mei 2010

Jika sebelum ini ada pihak yang menuduhnya tidak memberi kerjasama dan membiarkan peminat membuat pelbagai spekulasi serta berteka-teki mengenai majlis perkahwinannya, nampaknya, selepas berkahwin pun masih ada segelintir pihak yang tidak berhenti membuat fitnah terhadap Zizan Nin. Terbaru, Zizan dikatakan sudah lupa asal usulnya dari kampung yang serba kekurangan, bongkak, mengabaikan perasaan keluarga, tidak mengenang jasa ibu bapa dan tidak berbaik dengan masyarakat setempat di kampungnya di Sungai Besar, Selangor.

Menurut surat pembaca itu lagi sikap Zizan pada ibunya juga dikatakan sudah berubah apabila kembali dari luar negara sehinggalah dia bergelar artis. Kata pembaca itu lagi dalam suratnya mengandungi dua helai itu, apabila pulang ke ke kampung, Zizan juga tidak pernah bertegur sapa dengan masyarakat sekeliling di mana dia dibesarkan termasuk ketika keluarganya mengadakan tahlil 100 hari untuk arwah ibunya dulu.

Ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini, cerita dan gambar yang dipaparkan di akhbar dan majalah hanya berkisar mengenai diri Zizan dan keluarga mentuanya saja. Pembaca itu juga mengakui dia tercari-cari di manakah gambar Zizan bersama bapa tiri, adik-beradik dan sanak- saudara sebelah keluarganya sendiri. Tambahnya lagi, dia juga sudah tidak menghormati Zizan selepas mengetahui tembelang sebenar Zizan dan lakonannya untuk mengabui mata peminat.

Kata Zizan, dia tidak pernah membelakangkan keluarga terutama bapa tirinya selama ini kerana sedar dia dibesarkan arwah ibu kandung dan bapa tirinya. Zizan juga mengatakan dia tidak mengenali adik-beradik kandungnya sehinggalah dewasa. Justeru, katanya, dia tahu siapakah pengirim surat itu yang sebenar iaitu orang yang kecewa kerana tidak mendapat layanan daripadanya tapi tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya kerana tidak ingin memburukkan keadaan.

Justeru, dia berharap pihak yang menyebarkan fitnah itu supaya menghentikan perbuatannya yang sia-sia itu kerana ia boleh menjejaskan nama baiknya sekeluarga. SS simpati dengan apa yang dilalui Zizan. Nampaknya, sudah berkahwin pun masih ada segelintir pihak yang ingin mengganggu kebahagiaan yang dikecapinya ketika ini. Semoga Zizan dan isteri, Hani Harun tabah berhadapan dengan ujian itu kerana ia juga ujian Allah untuk menguji keimanan setiap hamba-Nya yang lemah di dunia ini. -hMetro

Persandingan Zizan Nin, Fazilah Hani

Isnin, 22 Mac 2010

Majlis persandingan pasangan pengantin baru pelakon Zizan Nin, 37, dan Fazilah Hani Harun, 30, berlangsung secara sederhana namun meriah di Dewan Perdana Felda, malam kelmarin (20/3). Majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman dengan menggunakan gabungan warna putih suci dan merah jambu dihiasi denganbunga-bungaan yang menceriakan lagi majlis. Kira-kira 1000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin.-mStar

Gambar Pernikahan Zizan Nin dan Fazilah Hani

Ahad, 21 Mac 2010

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Zizan Nin sah bergelar suami kepada pembaca berita saluran NTV7, Fazilah Hani Datuk Harun pada jam 9.40 malam (19/3). Majlis akad nikah pelakon ini telah berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan hanya dihadiri saudara-mara terdekat. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Abdullah bin Hashim, Pendaftar Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan mas kahwin sebanyak RM651.

Barang-barang hantaran yang diberikan oleh Zizan kepada Hani ialah sireh junjung, telekung, beg tangan, kasut jenama Jimmy Choo dan set alat mekap daripada M.A.C. Manakala hantaran Hani kepada Zizan terdiri daripada sejadah dan Al-Quran, sireh junjung, sepasang kemeja, kasut, dompet dan tali pinggang Gucci, set wangian DKNY, set penjagaan kulit Lab Series dan manisan. Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada jam 8 malam (20/3). -Gua

Zizan Nin, Fazilah Hani selamat ditunangkan

Isnin, 8 Mac 2010

Zizan Nin akhirnya selamat bertunangan kelmarin (7/3) dengan pilihan hatinya,Seorang gadis bertudung dan bertugas sebagai penyampai di NTV7, Fazilah Hani Harun, Cantik orangnya, tinggi lampai dan sepadan sangat dengan Zizan. Manakala majlis pernikahan akan berlangsung pada 19 Mac ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Orangnya tak banyak cakap, tak pandai nak 'huha sana, huha sini'.

Sekarang sudah sampai jodoh dan Zizan akan bernikah dalam suasana sederhana. Majlis pernikahannya juga secara sederhana saja sebab Zizan dan bakal isterinya suka kepada kesederhanaan, tak perlu canang keliling negeri, minta sponsor sana sini. Apa yang penting, kehidupan selepas berkahwin.

Zizan Nin kahwin pada 19 Mac, tanpa tajaan

Sabtu, 27 Februari 2010

Sudah sekian lama menanti, pelakon kacak Zizan Nin mengumumkan bakal bernikah dengan Fazilah Hani Harun pada tarikh 19 Mac 2010 ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Zizan bagaimanapun enggan mengiyakan khabarnya wanita itu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran ntv7 itu. Cukuplah dia mengatakan telah mengenali hati budi wanita bertudung yang cantik jelita itu sejak dua tahun lalu setelah bertemu dalam sebuah majlis di ibu kota.

Hanya sebuah resepsi persandingan yang akan dibuat di sebelah pihak perempuan pada 20 Mac ini di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Zizan yang mengimpikan resepsi berkonsepkan dalam taman berkata majlis itu akan berlangsung secara sederhana tanpa tajaan mana-mana pihak.

Jambang Zizan Nin melebat gila

Khamis, 18 Februari 2010

Mengenai status kahwinnya, pelakon yang mula popular menerusi iklan Pond’s itu bertukar fikiran baru-baru ini apabila enggan mengumumkan tarikh perkahwinannya. Menurut Zizan Nin, dia mengambil keputusan tersebut kerana menghormati permintaan pihak keluarga wanita. Zizan tidak juga tidak lokek berkongsi cerita tentang konsep perkahwinannya itu nanti. Katanya, majlis resepsi tetap mengikut konsep perkahwinan dalam taman walaupun bakal diadakan di dalam dewan tertutup. Persalinan untuk majlis itu juga sudah siap katanya. Jambangnya harus dicukur tak ketika kahwin nanti? hehe.

Zizan Nin 2010 tamatkan zaman bujang?

Rabu, 6 Januari 2010

Sejak bulan lepas, bermacam-macam cerita yang disampaikan tentang Zizan Nin. Ada yang mengatakan dia akan melangsungkan perkahwinannya pada Januari ini. Tak kurang juga yang melaporkan jejaka ini sudah menamatkan zaman bujangnya pada 18 Disember lalu. Puas diasak, namun Zizan memang berat mulut untuk berkongsi. Yang dapat didedahkan, perancangannya adalah untuk berkahwin pada tahun ini walaupun tarikh belum ditetapkan lagi.

“Saya nak dapatkan sesuatu yang ‘solid’ dulu sebelum dikongsikan dengan para media dan peminat. Bukan senang nak merancang satu perkahwinan. Tapi saya tidak akan merahsiakan perkahwinan saya,” jelasnya yang sudah mengenali bakal isterinya itu lebih setahun lalu. berusia lewat 20-an, sejuk mata memandang dan seorang yang sederhana dalam semua aspek
Apabila ditanya apa yang membuatnya mengambil keputusan menyunting gadis itu sebagai teman hidupnya, jawab jejaka berusia 36 tahun itu yang pernah meletakkan target usia 27 tahun sebelum ditundakan kepada 32 tahun untuk berumahtangga,
“Kami saling mencintai dan jodoh yang membuat saya terpikat padanya.”

Zizan Nin dah nak Kahwin

Sabtu, 19 Disember 2009

Akhirnya jejaka berwajah manis dan pelakon serta pengacara serba boleh, Zizan Nin bakal menamatkan zaman'bujangnya' tidak berapa lama lagi. Ini kerana ketika ditemui oleh media waktu menghadiri majlis pembukaan sebuah pusat kesihatan, pelakon ini mengakui bahawa beliau kini sibuk membuat segala persiapan yang patut untuk majlisnya akan datang. erm?

Apabila di tanya tentang siapa gerangan gadis yang bertuah, Zizan Nin mengakui bakal isterinya datang dari kalangan bukan selebriti.
“Dia orang biasa dan bukannya selebriti. Kami sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu. Saya dan dia menjadi rapat selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan”
Mereka berdua yang telah menghadiri kursus perkahwinan Aidiladha lalu bakal di satukan bulan hadapan dengan restu keluarga. Kami suka personaliti Zizan Nin yang bekerjaya sebagai selebriti namun dapat menghindarkan diri dari gossip liar.

Zizan Nin dah Punya Kekasih

Ahad, 19 Julai 2009

Khabarnya berita, si dia yang telah berjaya mencopet hati Zizan adalah gadis berusia 30 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Bagaimanapun, buat masa ini Zizan atau nama sebenarnya Azizan Nin, 36 dan pernah digosipkan dengan pelakon jelita Rozita Che Wan belum bersedia mendedahkan secara terperinci butiran gadis yang bertakhta di hatinya itu. (lor nak berahsia2 lagi, ini yang borink ni nak didengar, takut kena serbu kot kekasihnya tue).

“Sebenarnya, saya memang tidak suka menjaja cerita peribadi kerana bimbang peminat berasa bosan. Tetapi apabila ramai orang bertanya termasuk media yang ingin mengetahui siapa teman istimewa saya sekarang, setiap kali bertemu dalam majlis, biarlah saya beritahu sedikit sebanyak mengenai dirinya.
“Apa yang boleh saya katakan, si dia bukan selebriti sebaliknya terbabit secara profesional dalam bidang penyiaran. Hubungan kami bermula selepas diperkenalkan seseorang dan lama kelamaan ia menjadi semakin intim. Terus terang, saya terpikat dengan penampilan dirinya sebagai seorang Muslimah. Si dia juga memenuhi kriteria gadis idaman yang saya cari selama ini iaitu perwatakan dan personaliti menarik, tenang dan matang.
“Sebenarnya, dalam soal mencari jodoh ini, saya tidak kisah sama ada calon isteri saya itu bertudung atau tidak kerana apa yang penting kami selesa dan serasi untuk hidup bersama kelak. Terus terang, setakat ini hubungan kami memang serius dan saya juga merancang untuk bertemu keluarganya dalam tempoh terdekat ini,” katanya. -hMetro
Semoga Zizan cepat berkahwin dan membina hidup bekeluarga. So Sweet cerita Zizan ni.