Pada:
Selasa, 14 Julai 2009

“Dia bercinta dengan seorang pengarah drama. Semua orang produksi dah tahu. Kalau nampak muka Elly dalam TV, tengok la syarikat mana yang ambil dia berlakon? Mesti syarikat yang dimiliki pengarah tu,” jelas orang produksi.Khabarnya drama-drama arahan pengarah tersebut banyak disiarkan di stesen televisyen RTM. Sumber itu menjelaskan, pengarah yang dimaksudkan berumur 34 tahun dan sudah ada dua orang anak. Bila disiasat, rupa-rupanya pengarah itu sudah ada isteri. Maknanya kalau mereka jadi kahwin, si Elly akan jadi isteri nombor dualah atau dikenali sebagai madu.
Mengikut ceritanya juga, isteri pertama pengarah itu sudah dapat tahu percintaan Elly dengan suaminya. Itupun selepas si isteri “pasang kaki” nak intip dimana dia orang dating. Wow... kalau berlaku perang dunia ke-233, siapa nak jawab? Elly jawab Elly.. -Utusan
Tag : Artis Bercinta , Elly Mazlein , Gossip Artis , Pelakon

