Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Berita mengejutkan dari Faye Kusairi

Khamis, 28 September 2017

Faye Kusairi yang berkahwin dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta pada 9 April lalu mengumumkan dia kini telah berbadan dua. Usia kandungannya sudah hampir 3 bulan.
Faye Kusairi telah mengesahkan hamil 3 bulan. Perkara itu disedarinya selepas mengalami loya-loya dan kerap kali muntah serta hilang selera makan beberapa minggu lalu.

“Pada awalnya, saya hilang selera makan dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan. Tapi beberapa minggu selepas itu saya muntah-muntah dan apa yang saya makan keluar balik. Bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat”

“Boleh dikatakan simptom itu masih ada dan saya juga cuba hadkan aktiviti saya kerana kandungan ini masih baru,

“Suami dah tahu dan dia juga teruja untuk menantikan anak ini yang dijangka lahir sekitar April depan. Malah dia juga sering mengingatkan saya untuk memperlahankan aktiviti dan tidak lasak seperti selalu”

“Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan rasa loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak memberi sokongan moral sejak mengetahui saya hamil,” kata Faye

Elly Mazlein beri kejutan untuk ayahnya.. rupanya...

Selasa, 12 September 2017

Bukan main lagi penyanyi Elly Mazlein membuat kejutan kepada ayahnya tersayang, dengar berita dari HarianMetro yang dia telah menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarkan bernilai sekitar RM200,000.

Elly berkata, hadiah itu bakal diberikan selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini.

Bekas suami Elly Mazlein minta 'diskaun' nafkah anak

Khamis, 13 Julai 2017

Elly Mazlein menganggap pengurangan nafkah anak yang diminta bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta dari RM1,500 kepada RM500 sebulan sebagai tidak masuk akal.

Menurut Elly, bayaran nafkah anak sebanyak RM500 yang diminta Azmi itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.
"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya," katanya.
Elly berkata, dia tidak terkejut dengan permintaan Azmi yang dikemukakan menerusi peguamnya itu kerana sudah menyangka dia akan berbuat sedemikian.
"Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, semalam.

"Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu," katanya kepad HarianMetro.

Azmi kata Elly tak bagi anak beraya dengannya, ini jawapan Elly...

Isnin, 3 Julai 2017

Dengar khabar yang bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta tidak dapat beraya dan bermalam dengan anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia, 1 tahun 3 bulan.

Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina, membidas kenyataan isteri Azmi, Faye yang memuatnaik status berkenaan walaupun pada hakikatnya itu anak kandungnya. Menurut Elly dia sudah memberikan alasan kukuh kenapa Azmi tidak dapat beraya dengan anaknya sendiri salah satunya adalah anak kecilnya masih menyusu badan, sekali gus memaklumkan perkara itu juga sudah diputuskan mahkamah sehinggalah kanak-kanak terbabit berusia lima tahun.

"Macam mana kakak Lina nak bagi pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai. Sefhia masih menyusu badan, ada hati nak ambil Sefhia sampai empat hari di hari raya.

"Sefhia pun tak kenal kamu dan juga orang keliling kamu. Kalau Sefhia menangis tak berhenti empat hari, tak ke kamu mendera budak itu. Persiapan Sefhia RM1,500 tak dapat lagi. Mahu cerita pasal heartbreak (patah hati)?" katanya menerusi Instagram.

Kalau nak saya, sila serius, usaha dan sabar! - Elly Mazlein

Isnin, 8 Mei 2017


Agak mustahil jika tiada yang mahu mendekati dan memikat Elly Mazlein selepas begelar ibu tunggal. Namun bagi Elly, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan dan ingin melihat dahulu sejauh mana mereka serius untuk mengisi kekosongan hatinya.

"Saya anggap semua yang hadir itu hanya sebagai kawan. Jika benar ingin serius, mereka perlu berusaha dan bersabar menanti hingga pintu hati saya kembali terbuka untuk bercinta.

"Terpulang kepada kebijaksanaan mereka bagaimana mahu memenangi hati saya. Orang cakap, kalau hendak seribu daya, jika tidak mahu seribu dalih,"

"Jika ditakdirkan saya bercinta atau ingin mendirikan rumah tangga satu hari nanti, saya berjanji tidak akan menyembunyikannya daripada pengetahuan umum. Majlis itu nanti akan dibuat secara terbuka.

"Untuk apa saya menipu mereka yang selama ini banyak membantu dan menyokong kerjaya seni?,

"Tidak perlu ciri lelaki idaman kerana jika sudah bertemu jejaka yang serasi, saya cuma berdoa hubungan kami dipermudahkan. Tidak usahlah bercinta lama-lama," katanya kepada BH Online.

Luahan terbaru Elly Mazlein terhadap bekas suaminya...

Selasa, 14 Mac 2017

Elly Mazlein meluahkan rasa tidak puashatinya terhadap bekas suaminya kerana tidak hadir ke majlis ulang tahun anak mereka minggu lalu. Elly memberitahu yang bekas suaminya, Azmi Hatta sibuk 'berperang' sampai tiada masa untuk mengambil tahu tentang hal anaknya, Putri Sara Sefhia, setahun.

Malah menutut Elly, Azmi selalu tidak memberi nafkah anak tepat pada waktunya.
“Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup. Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa," katanya pada Utusan Online.
Paling merobek hatinya bila Azmi langsung tidak mengucapkan selamat hari lahir kepada anaknya yang menyambut ulang tahun pertamanya pada 9 Mac lepas.
“Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada."

Sekitar majlis ulang tahun pertama anak Elly Mazlein

Sabtu, 11 Mac 2017

Elly Mazlein bersama anaknya, Putri Sara Sefhia sempena ulangtahun hari lahir anaknya yang pertama di Hammock Club, Setia Eco Glades Cyberjaya baru-baru ini.

Elly Mazlein ada kekasih baru?

Selasa, 7 Februari 2017

Setelah bercerai dengan Azmi Hatta beberapa bulan lalu, ada khabar yang mengatakan Elly Mazlein bakal dapat penganti suaminya itu dimana dia kini berkenalan dengan seorang lelaki

Namun bagi Elly, dia enggan memberikan sebarang komen tentang gosip berkenaan.

"Ya, memang ada lelaki hadir dalam hidup saya kini tapi tak perlulah dikecohkan. Buat malu saja. Tak kiralah dari mana datangnya lelaki itu, apa pekerjaan dan status dirinya, saya tidak akan menjadikan perkara remeh temeh itu sebagai keutamaan dalam hubungan mendatang.

Kalau orang kata harta dan wang ringgit itu penting untuk menjayakan perkahwinan yang bakal dibina, tapi saya pula memilih kejujuran dan kesetiaan. Hanya lelaki jujur dan setia saja yang layak menerima cinta saya. Kedua-dua perkara itu sangat penting dalam menjamin komunikasi antara dua pihak itu berjalan lancar. Cukuplah kealpaan saya menerusi perkahwinan terdahulu yang telah membikin hidup saya huru hara. Saya dah tak nak macam itu lagi. " kata Elly memetik portal Utusan

Elly Mazlein bertudung bawal akikah Sefhia (23 gambar)

Khamis, 2 Februari 2017

Punca Elly Mazlein pasang kamera CCTV

Isnin, 16 Januari 2017


Elly Mazlein memberitahu dia baharu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya sebagai langkah keselamatan untuk diri sendiri dan anaknya.

Elly berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku selain memastikan individu yang tidak bertanggungjawab dapat dikesan di kawasan kediamannya.

"Tahap kawalan di rumah saya memang agak ketat sekarang, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Saya juga baru pasang CCTV untuk keselamatan kerana tidak mahu ada individu yang buat onar atau tidak bertanggungjawab berada di kediaman saya," ujarnya kepada mStar Online.

Faye Kusairi, Azmi Hatta akhirnya akan berkahwin...

Ahad, 15 Januari 2017

Pelakon Faye Kusairi mengakui beliau dan kekasihnya, pengarah Azmi Hatta sudah merancang untuk menamatkan zaman bujang aka kahwin selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran.

Susah nak cari masa saya dan dia (Azmi) yang betul-betul sesuai. Daripada segi persiapan pun kami tak buat apa-apa lagi kerana hari-hari sibuk buat persiapan penggambaran.

Apa juga keputusan untuk berkahwin adalah hal peribadi saya dan saya buat apa juga yang saya rasa ia membuatkan saya gembira dan bukan untuk orang lain gembira.
Faye sebelum ini menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap beliau adalah punca keruntuhan rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta.

Walaubagaimanapun, Faye enggan lagi memikirkan perkara berkenaan dan tidak risau sekiranya keputusan untuk berkahwin ini juga mungkin akan mengundang kritikan.

Sekitar Hari Jadi Elly Mazlein ke-36 (13 gambar HD)

Jumaat, 23 Disember 2016

Elly Mazlein dituduh curang dengan lelaki di sebuah hotel?

Jumaat, 16 Disember 2016

Ada pihak yang mendakwa bekas suami Elly Mazlein, Azmi pernah menangkap Elly berlaku curang dengan lelaki lain di sebuah hotel. Dakwaan itu membuatkan Elly tidak berdiam diri dan berusaha meminta agar bekas suaminya tampil dengan bukti beliau curang. Kritkan dan cacian juga Elly pernah terima ketika ini.
Saya kuat kerana sokongan peminat. Apa pun cacian, hinaan oleh pihak yang dengki, teguh akar kepercayaan peminat menjadi kekuatan. Jangan mudah mengaku kalah. Saya bukan baru dalam industri, dua dekad pengalaman banyak mengajar.

Jangan anggap saya artis baharu, yang gigih merangkak ketakutan dengan kontroversi. Maaf cakap, saya kuat dan tidak gentar. Dulu mungkin saya berdiam, pendam segala rasa tapi kini tidak lagi.

Cuma satu permintaan yang disulam ketegasan, jangan kacau saya! Jangan sesekali mengungkit budi yang pernah ditabur, usah dipermainkan emosi peminat dengan cerita-cerita sampah yang tidak ada buktinya.

Mulut-mulut puaka yang penuh hasad dengki juga tolong berdiam. Usah sesekali berlagak seperti tahu segalanya tentang saya. Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan drama yang sama. Cukup!" kata Elly memetik Utusan Online

Elly Mazlein mahu bertudung, TAPI...

Jumaat, 9 Disember 2016

Baru-baru ini aktres Elly Mazlein telah dilantik menjadi duta pakaian muslimah iaitu Neng Geulis. Menyedari dirinya belum bersedia untuk bertudung, namun Elly memberitahu dia berasa bertanggungjawab untuk mencetuskan ilham pakaian yang betul-betul menutup susuk tubuh seorang wanita muslimah.

"Sekarang tak pakai tudung tetapi saya rasa bertanggunjawab untuk menjaga bahagian-bahagian tersebut. Jadi insya-Allah satu hari nanti saya dan semua orang akan berubah, saya pun nak bertudung.

"Walau bagaimanapun, kadang-kadang ada orang yang tak suka dengan kita macam-macam dia akan ungkit. Jadi saya rasa bila saya menjaga dari segi sensitiviti, saya tetap perjuangkan gaya itu kepada mereka yang bertudung.

"Oleh itu bila saya telah ditawarkan untuk menjadi duta, ini adalah apa yang saya mahukan, eksklusif Elly apa yang saya suka, pada masa yang sama memudahkan mereka yang bertudung, bahkan bahagian belakang pun tertutup," ujarnya.

Azmi Hatta akhirnya jenguk anaknya dengan Elly Mazlein

Rabu, 7 Disember 2016

Krisis antara Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta mungkin sudah berakhir apabila pengarah itu dilihat melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia buat pertama kali, semalam.

Penyanyi dan pelakon itu, meluahkan rasa syukur menerusi akaun Instagram apabila ayah kepada bayinya yang kini berusia sembilan bulan melawat si kecil di kediamannya di Cyberjaya, semalam.
"Syukur, Sefhia tidak menangis walau pun terlalu lama tidak berjumpa dengan bapanya. Semoga lawatan ini berterusan demi masa depan anak," kongsinya.
Sementara itu, menerusi status sama, Elly yang menyandang gelaran ibu tunggal selepas melahirkan Sefhia pada 9 Mac lalu seakan memberi peringatan supaya bekas suaminya mengutamakan kepentingan bayi berkenaan.
"Bercinta tidak salah, asalkan hak anak jangan disia-siakan. Jangan dihalang apabila bapa ingin berjumpa dengan anaknya dan jangan asyik bercinta sampai lupa darah daging sendiri," katanya memetik BharianOnline.

dik, sudah-sudahlah menipu diri sendiri! - Ramli MS

Khamis, 17 November 2016

Juri tetap Gegarvaganza musim ketiga (GV3), Datuk Ramli MS menempelak kelompok peminat fanatik selebriti supaya jangan berterusan menghuru-harakan kehidupan sendiri disebabkan isu artis.

Katanya, kepada individu yang gemar memaki hamun dan mengata, secara sinis beliau menasihatkan mereka supaya belajar menghormati diri sendiri dahulu.
"Pada yang nak hamun, mengata, sila hormat diri sendiri. Kau masuk rumah orang sesuka hati, tetapi 'private' rumah kau. Jangan huru-harakan kehidupan kau.

"Tiada guna saya menyekat anda kerana tidak mustahil anda buka akaun palsu lain. Adik, sudah-sudahlah menipu diri sendiri. Cepat atau lambat kau kena hadapi kenyataan dalam bentuk positif," katanya dalam status Instagram, semalam.

Ini komen Elly Mazlein terhadap kak Ogy. Hormat sampai tahap 'ibu'!

Rabu, 16 November 2016

Elly Mazlein mengakui yang dia masih mempunyai rasa hormat terhadap Fauziah Ahmad Daud aka Ogy Ahmad Daud sebagai orang yang lebih tua dan berpegalaman dalam dunia seni, walaupun menyedari Ogy mengkritiknya di program realiti Gegar Vaganza 3 (GV3) pada 6 November lalu.
"Pada saya banyak cara dia boleh bercakap termasuk menegur saya secara peribadi jika tidak berpuas hati tetapi perkara sudah pun berlaku dan saya ingin lupakan sahaja.

"Biarpun dia serang saya tetapi saya tetap menghormatinya bukan sahaja sebagai pelakon senior dan orang yang lebih tua daripada saya tetapi melihatnya sebagai seorang ibu.

"Hendak bergaduh pun sampai bila? Ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan saya terima sahaja apa yang orang hendak katakan kepada saya,

"Apabila Kak Ogy mengatakan dia kenal saya, saya sebenarnya tidak mengenalinya secara peribadi untuk mengulas panjang tentang tujuannya mengkritik saya.

"Kami bekerjasama pun 11 tahun lalu dan itu pun dia hanya sempat mengarah separuh sahaja drama berkenaan sebelum diganti orang lain kerana masalah tertentu," ujarnya. ujarnya kepada mStar Online.

Pertahankan suami Ramli MS, Alyah dikecam dan diugut

Jumaat, 11 November 2016


"Sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis."
Isteri kepada juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Ramli MS, Datin Alyah, ugut akan mengambil tindakan terhadap peminat setia Elly Mazlein sekiranya tidak menghentikan 'perang' di laman sosial.

Menurut Alyah, ia adalah jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.

Video sedih full Dato Vida pujuk Elly Mazlein, Tak Benar Undur Diri!

Rabu, 9 November 2016

Kritik Elly Mazlein, Ogy Ahmad Daud Tak Mahu Mengaku Kalah!

Susulan kecaman yang diterima pelakon terkenal, Ogy Ahmad Daud selepas mengkritik secara terang-terangan penyingkiran Elly Mazlein daripada program Gegar Vaganza, nampaknya pelakon itu tak mahu mengalah.

Sebelumnya, Ogy dikatakan telah membuat para pengikut Elly Mazlein dan juga netizen marah dengan kenyataannya yang begitu pedas.
"Memang dia patut keluar..dok drama kehidupan je kat atas pentas.."
Ternyata kenyataan tersebut tidak disenangi ramai dan menganggap Ogy bercakap sesuka hatinya tanpa mengira perasaan orang lain.

Tak mahu mengalah, pelakon tersebut membalas menerusi laman Instagram,

"Ini IG saya dan saya berhak untuk menulis apa yang saya nak. You all tak suka saya dan tak suka baca komen saya tak perlu baca.

"Saya pun tak hard up nak jadi juri GV. Dan saya nak kais pagi ke, tak hidup mewah ke yang saya tak ganggu orang lain meminta-minta," ujar Ogy memetik portal Cari