Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nurul Syuhada dedah faktor dia kembali mengacara

Jumaat, 10 Jun 2016

Nurul Syuhada Nurul Ain memeberitahu yang dia kini akan menjadi pengacara selepas 4 tahun menyepi. Nurul memberitahu yang dalam masa tempoh 2 tahun lalu, dia menumpukan perhatian terhadap anak kembarnya, Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan

Setelah kedua-duanya berusia setahun lapan bulan, Nurul mengambil keputusan untuk bekerja semula. Memetik portal SinarHarian, Nurul menegaskan itu semua adalah disebabkan faktor anak-anaknya yang kini sudah ada pengasuh.

Suaminya, Raja Amir juga turut menyokong untuk Nurul turun padang semula menjadi pengacara.

Kenyataan mengejutkan dari Nurul Syuhada...

Rabu, 25 Mei 2016


Pengacara Nurul Syuhada kembali semula ke bidang penyiaran dengan mengendalikan rancangan Salam Dhuha di Astro Oasis selepas dua tahun berehat bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Nurul menerima tawaran untuk mengendalikan program bual bicara berkenaan selepas kedua-dua cahaya matanya kini semakin membesar.

Gambar terkini anak kembar Nurul Syuhada Nurul Ain

Jumaat, 4 September 2015


Penampilan Terbaharu Pengacara TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain
Inilah gambar cahaya mata kembar terkini anak kepada pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain dan Raja Amir. Cahaya mata kembar ini berjantina lelaki dan perempuan yang lahir pada bulan September tahun lalu.

Nama anak lelaki telah diberi nama Raja Abdul Mateen manakala anak perempuan pula dinamakan Raja Nour Emaan.

Gambar anak kembar Nurul Syuhada

Selasa, 2 Disember 2014

Ni lah dia anak pengacara, Nurul Syuhada Nurul Ain dengan suaminya, Raja Amir Shah. Nama anak kembar mereka berdua ini adala Raja Nour Emaan dan Raja Abdul Mateen (tak tahu sebelah mana kalau lihat gambar di bawah ini). Usianya kini dah 2 bulan lebih.

Jom layan.. -Gambar MediaHiburan

Nurul Syuhada terima Master UM (gambar)

Jumaat, 14 November 2014

Tahniah kepada Nurul Syuhada Nurul Ain yang menerima ijazah Master dari Universiti Malaya yang baru-baru ini berlangsungnya majlis konvoksyen Universiti terulung itu.

Walaupun baru beberapa minggu melahirkan anak kembar, Nurul yang dalam keadaan pantang, berani dan bersemangat untuk datang menerima sijil ijazah Master ini.

Nurul Syuhada selamat melahirkan anak kembar!

Selasa, 23 September 2014

Malaysia Hari Ini (MHI) semalam ada menyiarkan panggilan telefon bekas pengacara Majalah 3 dan program itu, Nurul Syuhada Nurul Ain telah memberitahu yang dia selamat melahirkan anak kembar sehari sebelum itu.

Yang mengembirakan lagi, jantina kedua-duanya berbeza, seorang perempuan dan lelaki. Satu proses pembedahan untuk seorang bayi dan seorang lagi bayi secara normal.
"Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," -Nurul Syuhada

Gambar Nurul Syuhada Yang Terkini

Khamis, 2 Mei 2013


Dah semakin cantik dan ayu sunggu melihat Nurul Syuhada Nurul Ain bertudung dalam setiap penampilannya. Pengacara yang menjadi perhatian ramai ini adalah kerana memakai tudung setelah letak jawatan dari Majalah Tiga. Kini dia cukup bahagia dengan suaminya, dan masih lagi menunggu untuk zuriat sulung mereka. -gambar Instagram Nurul Syuhada





Nurul Syuhada dan Suami

Sabtu, 9 Mac 2013

Nurul Syuhada Nurul Ain dan suaminya Raja Amir yang bernikah pada Julai 2011 yang lalu kini masih lagi menunggu untuk menimang anak sulung.

Dan Nurul juga difahamkan masih menunggu rezeki itu tidak kira bila-bila masa. Namun keceriaan Nurul di laman sosialnya menampakkan dia dan suaminya kini cukup bahagia.





Gambar Nurul Syuhada Bertudung

Selasa, 26 Februari 2013

Cantik sungguh melihat personaliti, Nurul Syuhada Nurul Ain ni bertudung, sejuk hati dan tenang mata melihat. Perubahan yang menampilkan dirinya kini sudah bertudung mula terlihat sejak bulan Ogos 2012 yang lalu.

Namun sayangnya, tidak lagi bersama Majalah Tiga dan menjadi pengacara sambila di MHI (Malaysia Hari ini). Apa-apa pun kita layan dulu gambar Nurul ini. -gambar Instagram Nurul Syuhada

Nurul Syuhada di Majalah Hijabista

Isnin, 7 Januari 2013

Lama sudah tidak melihat kelibat Nurul Syuhada Nurul Ain bekas pengacara Majalah 3 kesayangan ramai.

Dalam diam dia kini lebih dikenali walaupun telah meninggalkan dunia pengacaraan. Buktinya, menjadi model muka hadapan majalah Hijabista edisi Jan 2013.

Memang kelihatan cantik dan begitu menawan sekali Nurul dengan tudung dan make-up yang dipakainya.


Gambar Nurul Syuhada Bertudung, Resign Sebab Pengorbanan

Selasa, 18 September 2012

Isu perletakan Nurul Syuhada Nurul Ain dalam Media Prima bukanlah menjadi perbualan hangat gara-gara dia tersasul cakap mengenai keterlanjuran dirinya menggunakan kata yang menimbulkan pelbagai reaksi ketika laporan lintas langsung sewaktu Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada awal September lalu.

Ianya juga bukan juga khabar angin yang menyatakan dirinya di 'offer' gaji tinggi di syarikat televisyen lain. Sebab utama adalah mengenai rumahtangganya, dan Nurul nekad letak jawatan setelah mengenakan tudung pada dirinya.

Memetik portal Kosmo! semalam, Nurul memberitahu dirinya sebenarnya hanya mahu meluangkan masa sebagai seorang isteri dan surirumah kepada Raja Amir Raja Azwa yang dikatakan selepas setahun berumahtangga masing-masing sibuk dengan kerjaya dan setelah 6 bulan bernikah mereka berdua seperti tidak memberi ruang untuk menikmati kehidupan normal sebagai suami isteri.

Selain itu, dikhabarkan juga Nurul akan melanjutkan pelajarannya tidak lama lagi disamping berada disisi suaminya. Semoga berjaya. :)

Nurul Syuhada Letak Jawatan di TV3

Jumaat, 7 September 2012

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di TV3 bukan kerana imejnya yang sudah berhijab. Keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.

“Peletakan jawatan saya tiada kena mengena dengan perubahan saya sekarang sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.

"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” =Nurul. -Via
Nurul akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).

Nurul Syuhada Kini Bertudung?

Jumaat, 10 Ogos 2012

Makin hari makin ramai selebriti yang mahu berubah kepada arah kepada kebaikan. Dan yang terbaru adalah personaliti TV, Nurul Syuhada Nurul Ain yang memakai tudung. Kelibat Nurul mengenakan tudung itu diketahui setelah dia muncul semalam dalam rancangan TV, Malaysia Hari Ini.

Akibat daripada tindakan atau perubahannya itu, maka ramai orang yang rasa terkejut dan memberikan respon yang positive melalui akaun Twitter dan Facebook. Tapi tidak diketahui samaada ianya akibat dek sponser atau pon betul-betul punya perubahan. Apa-apa pon, syukurlah Alhamdulillah yang termampu terkata kalau ianya satu perubahan.

Nurul Syuhada, Raja Amir bulan madu Oktober

Isnin, 25 Julai 2011

Pengacara program Majalah Tiga Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, dan suaminya Raja Amir Syah Raja Azwa, 29, merancang untuk berbulan madu di Paris pada bulan Oktober depan. Kata Nurul, mereka akan menumpukan perhatian kepada bulan suci Ramadan dan Syawal terlebih dahulu bagi mengenali lebih rapat keluarga kedua-dua belah pihak sebelum berbulan madu.

“Kita akan berpuasa dan sambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belahpihak.

“Insya-Allah selepas semua selesai pada bulan Oktober kita akan berbulan madu di Paris,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Sabtu. [via]

gambar pernikahan Nurul Syuhada, Raja Amir

Isnin, 18 Julai 2011

Tahniahlah kepada pengacara M3 aka Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, di Binjai On The Park, KLCC, pada malam Sabtu selepas solat Isya, 16 Julai 2011. Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan pada hari Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.


[via | via]

Nurul Syuhada Nurul Ain diminta mohon maaf?

Jumaat, 15 Julai 2011

Difahamkan pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain telah didakwa membatu api-api kan keadaan di dalam sebuah post di fan page Facebook (MisteriDanKeajaibanAlam.FakeAndFact). Tidak difahami kenapa boleh terjadi begitu, sedangkan kalau dilihat post yang dilampirkan di fan page berkenaan cukup sensitif. Dorang ni pon satu hal, tak rujuk dengan pakar ilmuan, ustaz-ustaz, ulama-ulama tapi pergi rujuk di Facebook yang rata-rata semua cakap main copy paste jerk.

Seeloknya hindarkan daripada perkara-perkara yang sensitif, lagi-lagi isu Agama, bangsa dan maruah. Manusia sekarang ni berani-berani betul, tanya soklan pon yang diluar batas pengetahuan akal fikiran. Beginilah senang, lu fikirlah sendiri. hehe.

Dalam email yang dihantar kepada Murai, pihak tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap penyampai Majalah Tiga, Nurul Shuhada Nurul Ain. Mereka mendakwa Nurul Syuhadah telah bersikap biadap kerana memburuk-burukkan page mereka. Pada awalnya, telah berlaku ketidaksalah fahaman di antara page mereka dengan sebuah page facebook yang lain.

Akibat campur tangan daripada Nurul Syuhadah seperti yang didakwa, ianya telah menyebabkan pergaduhan. Apa yang dikesalkan oleh pihak mereka, mengapa Nurul Syuhadah harus berbuat begitu?

Dakwa mereka lagi, sepatutnya Nurul Syuhadah harus menjadi orang tengah untuk meleraikan serta mendamaikan pergaduhan tersebut. Bukannya menjadi batu apa dengan memburuk-burukkan page mereka.

Disebabkan itu juga, pergaduhan yang tercetus ini khabarnya masih belum selesai lagi dan atas sebab itu, pihak mereka mahu Nurul Shuhada Nurul Ain segera membuat permohonan maaf. [via]

Gambar bakal suami Nurul Syuhada, kahwin Julai 2011

Rabu, 4 Mei 2011

Nah jangan terkejut ye, ni lah dia bakal suami kepada pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain. Nama bakal suami Nurul ni bernama, Raja Amir Raja Azwa berusia 29 tahun, 2 tahun lebih tua daripada Nurul. Kerjayanya merupakan sebagai pegawai bank (pegawai bahagian apa tak tahu pula, kot-kot pegawai sekuriti, hehe). Yang paling menariknya lagi Nurul mengumumkan (perancangan) mereka akan menjadi Raja Sehari pada Julai 2011. Jadi segala teka teki sudah pun terjawab, yang penting kita doakan sahaja semuanya berjalan lancar.

“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul kepada mStar

Nurul Syuhada dah nak kahwin?

Jumaat, 18 Mac 2011

Pengacara rancangan program tv, Majalah 3 di TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang kini berusia 27 tahun masih lagi berahsia mengenai tarikh perkahwinannya. Jangankan tarikh perkahwinan, calonnya sahaja kita belum tahu lagi kan. Ada desas desus pihak yang mengatakan Nurul nak kahwin tahun ni. Nampaknya dari raut wajah Nurul sepertinya mengiyakan desas desus itu. Kata Nurul dalam di laman web mStar mengatakan

“Insya-Allah, kalau ada berita baik, saya akan kongsi bersama dengan anda semua. Itu semestinya. kita tunggu dan lihat."
Sepertinya respon ini menguatkan lagi khabar berkenaan. Hehe. Nurul biarlah rahsiakan bila tarikh tu, kami nak tahu siapa calonnya aja. Kan3. :)

Perangnya rambut Nurul Syuhada

Ahad, 19 September 2010

Tengok tak rancangan berbentuk info, Majalah Tiga baru-baru ni, mengisahkan penderitaan rakyat di Pakistan. Memang sedih dan terharu sungguh dengan nasib mereka. Tapi tiba-tiba pla tak jadi sedih, sebab terlihat pengacaranya Nurul Syuhada Nurul Ain. Bukan nak menyibok apa, tengok Nurul ni rambut dia makin berwarna perang lah, kalau ada hitam sikit2 kira ok lah, tapi macam dah tak dah, semua perang macam minah salleh. Kalau kekal warna tue, xbleh rasanya Nurul nak solat, tapi harap2 tak kekal warna tue.. sebab warna hitam rambut Nurul lagi manis, apatah lagi kalau pakai tudung. Pergh.. Peace no War..

Nurul Syuhada, Mejar Faiz Putus

Rabu, 26 Ogos 2009

Dengar khabar dari orang rapat dari Kustem, Nurul Syuhada (host rancangan Majalah 3) telah pun memutuskan untuk tidak lagi bersama Mejar Faiz (angkasawan negara). Mereka dijadualkan bertunang pada 4 Julai lalu, namun segala perancangan itu telah musnah dan tidak dapat direalisasikan atas sebab masih terlalu awal banget. Dalam hal yang lain, Nurul diberitahu melalui sumber berkenaan, telah mencari penganti Faiz yakni, seorang pelajar dari Incef, nama pelajar berkenaan Raja Amir.



Jodoh itu ketentuan Allah, maka kita tidak boleh mengatakan mereka tiada jodoh. Mana tahu satu hari nanti, hati mereka berubah, kan3. Apa-apa pun selagi tak membuat maksiat dalam mencari cinta, maka carilah cinta itu dengan penuh kesabaran dan hanya semata-mata hanya keredhaanNYA.