Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aizat dah punya kekasih hati baru!

Khamis, 24 Februari 2011

Kisah Aizat dan Liyana Jasmay sudah pun berlalu, cinta mereka sudah terkubur. Masing-masing buat haluan sendiri. Nak ke kiri, kanan, atas, bawah itu terserah anda. Yang penting selamat lah. Kisah hidup Aizat kini makin bertambah sukses, apabila ada orang ternampak Aizat berpimpin tangan dengan gadis jelita ketika hendak masuk sebuah konsert baru-baru ini. Ni tahap pegang-pegang ni kiranya bukan kawan biasa, dah confirm kekasih tu. Kalau betulah sumber ini, jangan menangislah peminat Aizat diluar sana tue ya. :) Peace!

khabarnya penyanyi popular Aizat Amdan sekarang ini sedang bahagia bermain cinta? betulkah tekaan Mangga ni? ini bukan cerita rekaan yer..Baru-baru ni Mangga dapat berita daripada seorang teman Mangga yang kebetulan terserempak dengan Aizat di sebuah konsert yang baru berlangsung di Kuala Lumpur tempoh hari.

Katanya lagi, Aizat datang dengan seorang perempuan cantik, dan mereka kelihatan mesra berdua. Malah, mereka juga dilihat berpimpinan tangan sewaktu memasuki kedalam dewan konsert.

Amboi..nampaknya bukan Liyana Jasmay saja yang sudah bertemu kekasih baru, malah teman tapi mesranya dahulu juga sudah ada kekasih hati.

Aizat pernah beritahu Mangga dulu, dia sudah bersedia bercinta malah, dia juga dapat menulis lagu-lagu yang baik sekiranya berada dalam hubungan cinta. Hmm..lepas ni pasti lagu-lagu Aizat bertambah meletop!

Mangga muda doakan Aizat bahagia dengan cinta barunya, dan lepas ni bolehlah Aizat berkongsi cerita dengan Mangga tentang kekasih baru itu yer... -ManggaOnline

Gambar Tiz Zaqyah di zaman persekolahan

Kalau ingatkan zaman persekolahan mesti ada yang teringat kisah-kisah nakal di waktu itu kan. Kalau tidak nakal tidak sah lah. Tak kisahlah apa jua aksi/pencapaian, asalkan ada peninggalan atau kenangan. Beruntunglah zaman-zaman persekolahan tahun 2005 sehingga sekarang, tahun itu handphone berkamera sudah tercipta. Tapi kalau ada kamera filem lagi lah orang tabik spring. Nak beli kamera digital masa tu masih masih lagi mahal, 'megapixel' pun hong. Hehe.

Lain lah cerita Tiz waktu zaman sekolahnya dulu yang sempat diambil gambar untuk kenang-kenangannya sepanjang hayat. Tahunnya kurang dipastikan namun apa yang boleh dilihat Tiz tidak ubah juga seperti pelajar-pelajar biasa. So enjoy dan riang gembira. Susah nak agak masa depan orang, tip-top sekarang Tiz dah jadi filem star. Kalau siapa pernah jadi Boyfriend dia dulu sampai sekarang tak ke untung. Hehe.

Aliah Lee Abdullah dua kali keguguran!

Jarang kita melihat/dengar khabar berita bekas isteri Aziz M.Osman ni lagi kan. Selepas bercerai dan berkahwin dengan Zekri pada Januari 2010 yang lalu. Namun bahtera rumahtangga yang dibina mempunyai dugaan yang besar, dugaan dari segi kurniaan anak daripada Ilahi. Setahun dan berlalu episod perkahwinan mereka, Aliah kini sudah dua kali keguguran. Memang sesuatu yang sukar diterima, namun apa kan daya, kita tidak boleh melawan takdir. Hanya yang mampu bersabar dan mencuba lagi. Bukan rezeki, anak yang keguguran itu pasti akan menunggu ibu dan bapanya di pintu Syurga kelak.

"Saya dan suami memang nak anak sangat tapi sayangnya tahun lalu, saya mengalami dua kali keguguran. Mungkin tak ada rezeki lagi kot. Jadi mahu tak mahu, kami terpaksa terima keadaan itu dengan seadanya. Lagipun, usia kami pun dan meningkat. Jadi, rasanya tak sesuai kot memiliki anak pada usia yang macam ni. Apapun, kami bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan terhadap kami sebelum ini. Saya ada lima anak hasil perkahwinan lalu dan suami juga ada dua orang anak. Jadi biarlah tumpuan kami kini hanya pada anak-anak yang sedang membesar ini." -sumber Murai.

Selamat tinggal dunia lakonan - Azizah Mahzan

Rabu, 23 Februari 2011

Pelakon Azizah Mahzan bertekad untuk meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti dan kurang berprofessional. Menurut Azizah kepada dalam laman mStar baru-baru ini, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

Soal skrip itulah yang membuatkan Azizah menjadi tidak karuan. Hatinya yang dulu ingin mengundurkan diri dari bidang lakonan, kini sudah tercapai. Azizah bakal meninggalkan dunia lakonan dengan langkah yang terbaik yakni perubahan menutup kepala (tudung). Dan sebagai peminat-peminatnya, anda semua doakan lah yang terbaik untuk Azizah. Selepas ini Azizah akan ke luar negara mencari rezeki di sana dimana dia mahu bekerja sendiri (businesswoman). Semoga berjaya Azizah. :) -Sumber mStar

Danny bakal bertunang dengan pramugari AirAsia

Perkenalan singkat selama tujuh bulan diantara pelakon dan pengacara tv, Danny dengan seorang pramugari AirAsia bernama Zaidatul Norfazleen Zakaria (Leen) akan menghantar rombongan peminangan tidak lama lagi yakni bertarikh 20 Mac di Kampar, Perak. Tahniahlah kepada Danny (bekas kumpulan X-Factor) yang akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Soal pernikahan pula kata Danny kepada wartawan Utusan baru-baru ini, dia dan Leen kemungkinan akan melangsungkan akad nikah penghujung tahun ini. Maknanya ada 6-7 bulan dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi Danny dan Leen sepanjang menjadi tunang. Hehe. Doakan sahaja mereka tabah menghadapinya yang akhirnya perjalanan itu sampai ke mahligai yang diidam-idamkan. :)

Zizan RL, Dira confirm pengacara Melodi!

Tahniah kepada Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar kerana bakal mengantikan Wahid dan Fara Fauzana dan sekaligus pengacara bagi rancangan hiburan, Melodi TV3 pada awal Mac 2011. Memang tekaan yang dibuat selama ini dimana desas desus yang bertiup kencang akhirnya di sahkan oleh pihak TV3 baru-baru ini. Zizan dan Dira merupakan artis baru yang diberi kepercayaan penuh untuk mengendalikan program itu, memandangkan kedua-duanya mempunyai potensi dan peminat yang ramai, masih fresh gitue.

Wahid dan Fara yang sudah 6 tahun bersama Melodi akhirnya mengundurkan diri. Biasalah adat kan, mestilah ganti-ganti. Bagi peluang kat orang lain pula. Rezeki ada dimana-mana, Fara dan Wahid selepas ini masih lagi ada orang/pihak yang nak punya lah, jangan risau punya la. hehe.

Bob Lokman sertai parti PAS!

Selasa, 22 Februari 2011

Kalau bidang seni dicampurkan dengan bidang politik rasanya sudah kureng enak lagi didengar. Bidang seni banyak berhibur, orang yang suka berhibur lebih tidak suka berpolitik, mahu jiwa berasa seronok tanpa isu-isu yang melanda. Tapi tidak dengan pelakon komedi, Bob Lokman. Bob Lokman sudah merasakan diri harus berubah dan membantu orang lain dengan bakat yang ada. Membantu parti PAS untuk berdakwah dalam bidang lakonan.

Kata Bob dia sertai PAS dan menerima saranan ustaz-ustaz disana agar berlakon untuk watak-watak yang baik dan tidak menyimpang daripada ajaran agama yang sebenar, supaya rezeki berlakon itu nampak lebih halal dan diberkahi. Apa-apa pun hala tuju masing-masing itu terletak kepada individu sendiri, yang pasti berubah kepada kebaikkan bukan berubah kepada kejahatan. Peace!

Neelofa kekasih baru Shahz Jaszle, putus Maria Farida!

Ada sumber memberitahu kepada editor Bharian, Zubir dalam ruangan sisipan BPop yang lalu mengenai hubungan cinta Shahz-Maria sudah pun berakhir kira-kira tiga minggu lalu! Berdasarkan risikan, cinta Shahz-Maria tidak mampu bertahan lama selepas berlakunya pertengkaran besar menerusi telefon antara kedua-duany.

Difahamkan lagi, Maria bengang apabila dia mendapat perkhabaran Shahz berkawan rapat dengan heroin Azura, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22. Khabarnya keintiman Shahz dan Neelofa bukan saja ketika penggambaran yang menuntut mereka bercinta serta berkahwin sebagai Zack dan Azura (drama Azura 2011) malah berlarutan di luar lokasi pula tue. Inilah yang dinamakan sebagai cinta lokasi. Sama halnya ketika Shahz dan Maria ketika penggambaran Asmara pertengahan tahun yang lalu.

Menurut sumber itu lagi, cinta lokasi antara Shahz dan Neelofa tidak berakhir di Paris dan London (set lokasi) sebaliknya masih berlarutan hingga ke hari ini, sekali gus menuntut Shahz memutuskan ikatan percintaannya bersama Maria hanya menerusi SMS saja!

isteri Jimmy nusyuz, failkan perceraian?

Jimmy Shanley difahamkan akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah pada tarikh 8 Mac 2011 mengenai permohonan nusyuznya (derhaka) yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy. Kisah keretakan rumahtangga Jimmy bermula pada awal bulan November 2010 yang lalu, tapi Jimmy menafikan hal berkenaan dan mengatakannya ianya hanya gosip liar.

Tapi begitulah kesudahannya, makin disorok, makin kantoi. Jimmy kelihatan sekali lagi dilihat ke mahkamah pada Januari 2011. Jimmy yang dihubungi media menelalui SMS berkata, dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana mahu menjaga hati keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu berhubung perkara ini. -sumber mStar

Fiza Elite dan Kekasih Barunya

Isnin, 21 Februari 2011

Fiza Elite ni sememangnya seorang yang boleh dianggap cantik dan menawan. Kalau berlakon pun tak calang-calang berlakon, memang masyukk. Tapi begitulah lumrah dunia, bila tiada persefahaman dalam perkahwinan, maka jalan yang dibenci oleh Allah di ambil, cerai. Fiza bercerai dengan suaminya pada bulan 8 atau 9, tahun lepas, kurang sedikit mendapat liputan media, cuma sumber-sumber local yang boleh dipercayai menyampaikan berita itu.

Tapi mungkin benar perceraian itu berlaku, apabila sebuah sisipan BiPop baru-baru ini memberikan tajuk 'Lepas idah.....'. Fiza selepas idah pun dapat kekasih baru, cepat tak terkata gitu. Takpalah Fiza, asalkan bahagia. Cepat-cepatlah rancangkan perkahwinan, bina hidup rumahtangga yang kekal sehingga akhir hayat.

Zizan buat rancangan tv sendiri..

Zizan Raja Lawak bakal muncul dengan program persendirian yang diberi nama Zizan Show. Zizan Show akan bersiaran mulai 28 Februari 2011, setiap Isnin, pukul 9.30 malam di Astro Warna (saluran 132). Zizan Show menampilkan Zizan diiringi DJ peribadi dan beberapa penari peribadi dengan menghidangkan lima segmen iaitu ‘Top 6 Pilihan Zizan’, ‘Prank Bersama Zizan’, ‘Sesi berbual bersama penonton dan tetamu jemputan’, ‘Zizan Di Luar Sana’ dan ‘Anak Bayang’.

Menerusi segmen ‘Top 6 Pilihan Zizan’, Zizan akan berbual mengenai enam perkara pilihannya seperti 6 kriteria jika nak jadi awek Zizan, 6 pengalaman paling memalukan Zizan dan pelbagai perkara lain yang kelakar tentang Zizan. Yang 4 lagi tu, korang tengok lah di Astro Warna, kalau belum ada, silalah melanggan untuk kesenangan dunia, akhirat tidak, sebab Astro Warna tempat lawak-lawak. Hehe.

Misha Omar jadi isteri ke-3 Datuk?

Memang sunnguh mengejutkan sekali apabila sisipan Utusan edisi Minggu mengatakan yang penyanyi 'seram', Misha Omar sudah berkahwin. Kahwin ok lah, tapi ini kahwin untuk jadi isteri ke-3. Maknanya madu tiga lah ni. Suami Misha tu katanya bernama Datuk K juga. Bukan Datuk K hak milik Dato' Siti, yang ini Datuk K lain punya daerah. Hehe. Tunggu sahajalah jawapan Misha mengenai perkhabaran tidak rasmi ini, kalau betul tahniah lah, kalau tidak, korang diluar sana masih ada peluang lagi. Hehe.

Popular sungguh nama Datuk K di kalangan orang industri hiburan kita ni. Tapi yang ini bukan Datuk Khalid suami kepada Siti Nurhaliza. Ini Datuk K yang lain okey.

Bapa saudara kepada Datuk K kawan baik kepada kawan ofis Joyah. Dia pun berceritalah kepada teman Joyah. Katanya, sudah sah Misha dah jadi isteri ketiga kepada anak saudaranya seorang usahawan yang cukup berjaya di Kelantan itu.

Tarikh kahwin tak pula diberitahu tapi apa yang membuatkan Joyah nak pitam, dengar khabarnya Misha menerima hadiah wang lebih kurang RM1 juta ringgit, rumah dan lain-lain aset yang cukup banyak.

Amboi, untung betul jadi Misha Omar, rezeki cukup murah sebab dapat hadiah begitu banyak. Untung badan orang cantik dan popular macam Misha.

Kalau benar seperti mana yang disampaikan, rasanya tak terlambat untuk Joyah ucap selamat pengantin baru. -Utusan

Dato' Siti Nurhaliza hadir ke pelancaran masjid baru

Ahad, 20 Februari 2011

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin dan suai Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang hadir di majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, kelmarin, Sabtu. Masjid yang dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa, itu akan disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi.

Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 adalah satu badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Ia bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam.

Yayasan itu turut berfungsi dalam pembangunan agama khasnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung.-mStar

Sam masih lagi ahli kumpulan Bunkface!

Sabtu, 19 Februari 2011

Sam Bunkface dikhabarkan bakal menarik diri daripada kumpulan Bunkface dan menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu The Azenders. Kata sumber, keputusan tersebut dibuat kerana Sam mempunyai beberapa masalah dalaman dengan Bunkface selain tidak gemarkan publisiti dan dunia glamor. Maka, tempat Sam akan digantikan oleh Myo, salah seorang daripada ahli kumpulan Oh Chentaku.

Selain itu ahli kumpulan Bunkface yang lain iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot. Sam menjelaskan khabar angin mengenai penarikan dirinya daripada kumpulan tersebut adalah tidak benar tetapi mengakui dia mempunyai kumpulan baru, The Azenders.

"Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders (projek sampingan Sam) kerana ia sebuah kumpulan yang baru dan lebih segar (lagu)." kata Sam. -mStar

Stacy, Akim sedang bercinta?

Desas desus mengenai finalist Akademi Fantasia ini diantara Stacy dan Akim yang kini hangat bercinta mula menjadi perhatian media. Kisah cinta yang timbul ini disebabkan kemesraan yang dilakukan mereka berdua. Namun begitulah lumrah hiburan, mereka pasti menafikan apa yang telah diperkatakan, dan menganggap mereka hanya kawan rapat sahaja.

Sehinggalah khabarnya ibu Stacy merestui kalau Stacy kahwin dengan Akim. Bercinta tak jadi masalah, tapi bab-bab kahwin tu yang menjadi satu persoalan. Stacy bakal mualaf? Zzz. Gambar ManggaOnline

Maya Karin dan Irina Melati

Jumaat, 18 Februari 2011

Sebelum ni ada izyan paparkan episod adik-beradik Maya Karin terutama adik lelaki Maya. Tapi kini izyan nak paparkan pula adik perempuan Maya Karin, Irina Melati. Irina Melati dan Maya Karin digandingkan dalam sebuah sisipan dalam HarianMetro. Mungkin dek kerana kecantikan Irina Melati yang setanding kakaknya, maka mereka digandingkan bersama-sama. Kenapa tidak, sehinggakan syarikat L'Oreal Malaysia mahu menjadikan Irina Melati sebagai duta produk mereka, memandangkan Irina Melati seorang peguam di kota raya London.

Datuk Baharuddin sambut lahir cucu ke-20

Pelakon veteran yang dikenali ramai Datuk Baharuddin Omar atau dikenali dengan nama Anjang Aki yang kini berusia 75, dikhabarkan baru-baru ini dimana beliau sudah menerima kelahiran cucu yang ke-20 pada pagi hari Rabu. Cucu lelakinya yang ke-20 itu dilahirkan oleh anak perempuan keenamnya di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

"Saya jangka cucu saya dilahirkan semalam (Selasa) kerana jatuh pada sambutan Maulidur Rasul. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana semuanya selamat." kata Anjang Aki kepada mStar.
Ps: tahniah lah, semoga bertambahlah umat Nabi Muhammad SAW. :)

Remy Ishak ditendang sampai cedera!!

Kesihan sungguh dengan pelakon kacak, Remy Ishak ni. Dah lah kena 'bedal' dulu oleh gengsterism kini ditendang pula sampai dikatakan tulang rusuknya cedera. Adoi, apa nak jadi ni. Kuat sangat di 'bedal' kang tak lama lagi Remy guna tulang besi lah ni. Tapi nasiblah tak cedera teruk sangat kata Remy, cuma kecil sahaja, dan tak ditahan di wad. Ini kata Remy di portal Gua. :)

“Saya mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan ketika menjayakan satu babak pergaduhan dalam filem terbaru saya berjudul ‘Barajiwa’. Ketika melakukan babak itu, saya telah ditendang sehingga menyebabkan tulung rusuk saya lebam.

“Selepas ditendang, saya tak boleh bangun dan telah dibawa ke klinik untuk menjalani ujian x-ray. Ia cedera kecil saja, tapi sebab ia melibatkan bahagian dalam, jadi agak merisaukan juga. Nasib baiklah insiden ini berlaku pada hari terakhir penggambaran,” kata Remy ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon filem 'Cun!' baru-baru ini oleh wartawan Gua.

gambar Neelofa pakai tudung labuh

Khamis, 17 Februari 2011

Siapa gerangan Neelofa ni? mesti ramai yang tidak tahu siapa gadis yang bernama Neelofa ni. Neelofa ni merupakan pemenang Dewi Remaja tahun 2010 yang lalu. Kalau siapa yang mengikuti perkembangan Dewi Remaja mesti dia kenal dengan Neelofa. Masa Dewi Remaja 2010 tu Neefola tak bertudung a.k.a tak tutup kepala. Tapi baru-baru ini agak mengejutkan sedikit kerana Neefola pakai tudung, tudung bukan alang-alang tu, tudung labuh lagi.

Mengikut daripada informasi yang diterima, Neelofa pakai tudung labuh selepas putus cinta dengan kekasihnya. Yang itu kurang dipastikan lagi, sebab belum disahihkan dengan empunya badan. Tapi baru-baru ni Neelofa kelihatan memakai tudung labuh di suatu kelas/majlis ilmu oleh DATUK DR. HARUN DIN. Wallahualam lah mana satu yang benar. Apa-apa pun Neelofa memang orang yang cantik, lihat sahaja gambarnya di Google (taip Neelofa) pasti semua terpegun. Hehe.

Shah Rukh Khan dalam DON 2 di Melaka

Selepas dapat 'title' Datuk, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) kini semakin tidak mahu melupakan Malaysia, apatah lagi Negeri Melaka yang memberikan beliau gelaran berkenaan. SRK sekarang berada di negeri Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya yang bernama DON 2. Tidak ketinggalan peminat nombor satu di Negeri Melaka, Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Tempat-tempat pilihan SRK adalah Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi adalah tempat untuk lokasi penggambaran filem DON 2 dimana turut disertai 140 kru filem itu dan akan berakhir di Berlin, Jerman nanti. Filem DON 2 akan ditayangkan pada Disember 2011 nanti. Tunggu taw~ tempat Malaysia dimata dunia. -Sumber Bernama | TheStar

Sekali kereta Erry Putra kena curi da..

Erry Putra mengalami nasib yang agak malang bulan ini apabila kereta Proton Waja berwarna hitam miliknya hilang dicuri di kawasan rumahnya di Bukit Jalil pada pagi Selasa yang lalu. Erry menyedari kehilangan keretanya (WNQ 4910) ketika ingin keluar ke lokasi penggambaran sebuah drama di sekitar ibu negara.

Erry terkejut apabila mendapati keretannya sudah tiada di tempat yang biasa diletakkannya. Yang buat Erry risau banyak dokumen dalam keretanya itu, biasalah orang bekerjaya. Selepas itu Erry pun pergilah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tapi Erry tak usah risau sangat soal kereta sebab Erry masih lagi mempunyai satu kereta jenis Toyota Wish. Hehe. -sumber mStar

Yasmin Hani nak kahwin dah..

Rabu, 16 Februari 2011

Biarpun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan, namun ianya sama sekali tidak pernah membuatkan pelakon dan juga pengacara, Yasmin Hani yang berusia 32 untuk serik untuk bercinta lagi. Yasmin Hani mengakui sudah mula terasa sunyi dengan kehidupan sebagai gadis bujang dan dalam waktu yang sama, mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga miliknya sendiri. Kini dia sudah mempunyai kekasih hati, namun dirahsiakan siapa orang itu.

"Cukuplah, saya beritahu yang kini saya sedang menajlinkan hubungan cinta dengan seseorang. Siapa dia tidak perlulah saya war-warkan di sini. Pengalaman yang lalu membuatkan saya serik untuk bersikap sangat terbuka.

"Kini saya faham kenapa segelintir artis tidak mahu mendedahkan pasangan mereka kerana mereka tak mahu masyarakat akan tertawakan bila berlakunya perpisahan.

"Kami belum ada apa-apa perancangan pun untuk majlis perkahwinan. Tetapi apa yang boleh saya katakan, majlis itu nanti mungkin diadakan dalam skala yang kecil sahaja dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan rapat." kata Yasmin kepada portal Murai.