Sam masih lagi ahli kumpulan Bunkface!

Pada: Sabtu, 19 Februari 2011
Sam Bunkface dikhabarkan bakal menarik diri daripada kumpulan Bunkface dan menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu The Azenders. Kata sumber, keputusan tersebut dibuat kerana Sam mempunyai beberapa masalah dalaman dengan Bunkface selain tidak gemarkan publisiti dan dunia glamor. Maka, tempat Sam akan digantikan oleh Myo, salah seorang daripada ahli kumpulan Oh Chentaku.

Selain itu ahli kumpulan Bunkface yang lain iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot. Sam menjelaskan khabar angin mengenai penarikan dirinya daripada kumpulan tersebut adalah tidak benar tetapi mengakui dia mempunyai kumpulan baru, The Azenders.

"Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders (projek sampingan Sam) kerana ia sebuah kumpulan yang baru dan lebih segar (lagu)." kata Sam. -mStar

Tag : , , ,