Yasmin Hani nak kahwin dah..

Pada: Rabu, 16 Februari 2011
Biarpun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan, namun ianya sama sekali tidak pernah membuatkan pelakon dan juga pengacara, Yasmin Hani yang berusia 32 untuk serik untuk bercinta lagi. Yasmin Hani mengakui sudah mula terasa sunyi dengan kehidupan sebagai gadis bujang dan dalam waktu yang sama, mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga miliknya sendiri. Kini dia sudah mempunyai kekasih hati, namun dirahsiakan siapa orang itu.

"Cukuplah, saya beritahu yang kini saya sedang menajlinkan hubungan cinta dengan seseorang. Siapa dia tidak perlulah saya war-warkan di sini. Pengalaman yang lalu membuatkan saya serik untuk bersikap sangat terbuka.

"Kini saya faham kenapa segelintir artis tidak mahu mendedahkan pasangan mereka kerana mereka tak mahu masyarakat akan tertawakan bila berlakunya perpisahan.

"Kami belum ada apa-apa perancangan pun untuk majlis perkahwinan. Tetapi apa yang boleh saya katakan, majlis itu nanti mungkin diadakan dalam skala yang kecil sahaja dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan rapat." kata Yasmin kepada portal Murai.

Tag : , , ,