Bob Lokman sertai parti PAS!

Pada: Selasa, 22 Februari 2011
Kalau bidang seni dicampurkan dengan bidang politik rasanya sudah kureng enak lagi didengar. Bidang seni banyak berhibur, orang yang suka berhibur lebih tidak suka berpolitik, mahu jiwa berasa seronok tanpa isu-isu yang melanda. Tapi tidak dengan pelakon komedi, Bob Lokman. Bob Lokman sudah merasakan diri harus berubah dan membantu orang lain dengan bakat yang ada. Membantu parti PAS untuk berdakwah dalam bidang lakonan.

Kata Bob dia sertai PAS dan menerima saranan ustaz-ustaz disana agar berlakon untuk watak-watak yang baik dan tidak menyimpang daripada ajaran agama yang sebenar, supaya rezeki berlakon itu nampak lebih halal dan diberkahi. Apa-apa pun hala tuju masing-masing itu terletak kepada individu sendiri, yang pasti berubah kepada kebaikkan bukan berubah kepada kejahatan. Peace!

Tag : , , ,