Zizan buat rancangan tv sendiri..

Pada: Isnin, 21 Februari 2011
Zizan Raja Lawak bakal muncul dengan program persendirian yang diberi nama Zizan Show. Zizan Show akan bersiaran mulai 28 Februari 2011, setiap Isnin, pukul 9.30 malam di Astro Warna (saluran 132). Zizan Show menampilkan Zizan diiringi DJ peribadi dan beberapa penari peribadi dengan menghidangkan lima segmen iaitu ‘Top 6 Pilihan Zizan’, ‘Prank Bersama Zizan’, ‘Sesi berbual bersama penonton dan tetamu jemputan’, ‘Zizan Di Luar Sana’ dan ‘Anak Bayang’.

Menerusi segmen ‘Top 6 Pilihan Zizan’, Zizan akan berbual mengenai enam perkara pilihannya seperti 6 kriteria jika nak jadi awek Zizan, 6 pengalaman paling memalukan Zizan dan pelbagai perkara lain yang kelakar tentang Zizan. Yang 4 lagi tu, korang tengok lah di Astro Warna, kalau belum ada, silalah melanggan untuk kesenangan dunia, akhirat tidak, sebab Astro Warna tempat lawak-lawak. Hehe.

Tag : , , ,