Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lisa Surihani jadi Transformer

Jumaat, 21 Mei 2010

Pelakon cantik dan molek ni memang seorang yang lucu kadang kala. Baru-baru ni macam Lisa ada pergi ke salah sebuah resort bertemu peminat kali. Jadi dalam kesempatan itu, ntah dari mana Lisa dapat topeng versi Transformer yang dipakainya dalam bas persiaran. Topeng yang bercirikan Bumble Bee tue memang menarik dan cantik. Memang mencuit hati lah bila tengok adegan Lisa ni. Topeng besar, tapi badan Lisa pula yang kecil. hehe.

Gambar terbaru Fasha Sandha bertudung

Khamis, 20 Mei 2010

Memang anggunlah Fasha Sandha kalau pakai tudung dan berpakaian Melayu. Baru-baru ni Fasha Sandha ditemui sekitar majlis (tak tahu samaada perkahwinan/persandingan/resepsi ataupun akikah) dengan menyampaikan sumbangan sedikit kepada para tetamu yang datang. Jadi penampilan Fasha mestilah mengikut keadaan juga kan. Walaupun sebagai nama artis, Fasha juga tidak lupa memakai anak tudung dan tidak ketinggalan juga cara pemakanannya, gaya anak wanita kampung tue kalau dari pandangan Melayu, kalau dari sudut Islam, ikut sunnah Nabi, pakai tangan.. Menarik2..

Gambar Umie Aida yang langsing badan

Lain orang, lain caranya untuk melangsingkan badan. Bagi pelakon jelita, Umie Aida, dia gemar menggunakan teknik cold wrap. Cold wrap ialah teknik langsing badan yang popular dan telah digunakan sejak 25 tahun lalu. Akui Umie, cold wrap memudahkan pembakaran lemak di dalam badan dan rawatan itu tidak menyakitkannya. Isteri Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ini berkata dia begitu selesa menjalani rawatan pelangsingan sehingga boleh tertidur. Umie Aida kini bertambah langsing selepas menjalani rawatan Terapi LipoSonic.

-MARIE FRANCE BODYLINE

Kasihan Anne Ngasri kena lafaz cerai dua kali oleh suami

Pagi kelmarin (19/5), bertempat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur telah berlangsungnya sebutan kes pengesahan lafaz cerai pelakon, Anne Ngasri. Umum mengetahui, Anne telah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006, namun mahligai yang dibina selama empat tahun ini tidak dapat dipertahankan lagi. Berita perceraian pasangan ini sesungguhnya mengejutkan peminat industri tanah air kerana sebelum ini pasangan ini dilihat sebagai pasangan bahagia, apatah lagi mereka dikurniakan dua orang anak.

Difahamkan punca perceraian mereka adalah disebabkan pihak ketiga. Namun ketika para media mengajukan soalan ini kepadanya, Anne enggan mengulas lanjut tentang perkara ini. Abdul Wafi melafazkan cerai pada 25 Mac yang lalu pada jam 11.20 pagi di kediaman mereka di Shah Alam. Namun, apa yang lebih mengejutkan, Wafi sebenarnya pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini. Perbicaraan kes lafaz cerai mereka akan bersambung pada 14 Jun ini. Anne dan anaknya kini tinggal di rumah keluarga Anne di Jalan Ipoh. -Gua

Penyanyi rock, Mael XPDC dera anak, kena reman!

Rabu, 19 Mei 2010

Seorang vokalis sebuah kumpulan rock terkenal direman sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes memukul seorang anaknya yang berusia 16 tahun di rumah isteri penyanyi itu di Ledang dekat sini pada 10 Mei lalu. Artis itu direman sehingga esok ekoran kejadian yang dipercayai timbul akibat perselisihan faham. Difahamkan, anak penyanyi itu dipukul dengan tangan dan dihantar ke hospital untuk dirawat sebagai pesakit luar. Isteri penyanyi itu membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut Isnin lalu. -Kosmo

Misha Omar seksi di Sehati Sejiwa?

Kalau sekarang Misha Omar sibuk dengan menjadi pengacara program tv, orang luar juga tidak ketinggalan untuk menjadi penonton rancangan berkenaan. Sehati Sejiwa yang membariskan ramai pasangan-pasangan yang ideal, artis, romantik dan sebagainya merupakan program tv yang membolehkn penonton mengetahui serba seidikit rahsia diantara mereka. Namun dalam pada masa itu, ada seorang penonton nie amik gambar Misha kat tv rumahnya. Ketika dilhat dan di'zoom' kan gambar itu, kelihatan Misha nampak seksilah. Biar betul pakaiannya tue~..

JAG desak suami Zizie, Bung Mukhtar letak jawatan!

Sekumpulan 15 wanita mewakili Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) berkumpul di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur bagi mendesak Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar meletakkan jawatannya itu kerana telah memberi contoh yang buruk kepada masyarakat. Dalam bantahan secara aman itu, mereka berkata bahawa Bung telah menunjukkan teladan yang buruk dan menuntut agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen.

Bung dan isteri keduanya aktres Zizie Izette A Samad mengaku bersalah pada 20 April lalu kerana melakukan poligami tanpa persetujuan mahkamah. Pasangan tersebut telah diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin. Lima lelaki yang terlibat termasuk tiga adik- beradik Zizie yang juga mengaku bersalah di mahkamah yang sama kerana bersubahat. Zizie dan Bung berkahwin pada 16 Disember tahun lalu di Tman Melati.

Hadiah AF kereta Peugeot milik Stacy terlibat kemalangan

Selasa, 18 Mei 2010

Penyanyi kelahiran Sabah, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali Stacy, 20, terkilan kerana kereta dimenangi sebagai juara Akademi Fantasia ke-6 (AF6) remuk selepas terbabit kemalangan jalan raya di ibu negara, Ahad lalu. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Sabah itu bersyukur kerana abangnya yang memandu Peugeot 307 bernilai lebih RM70,000 itu terselamat dan hanya cedera, termasuk patah kaki.

Dalam insiden awal pagi Ahad (16/5), abang kepada Stacy yang dikenali sebagai Chelton, 26, nyaris maut apabila kereta dipandunya gagal dikawal sebelum merempuh pembahagi jalan di Bandar Baru Kinrara, Puchong. Ketika kejadian, Chelton berseorangan dalam kereta terbabit manakala penyanyi berkenaan difahamkan sedang bercuti dan hanya dimaklumkan insiden berkenaan oleh ahli keluarganya. -hMetro

benarkah Jue Aziz seorang playgirl?

Jue Aziz adalah antara artis yang paling 'hot' kat Malaysia ni. Tak percaya? Lihat gambar seterusnya. Ouch! Panas bukan nak cerita pasal ke'hot'tan Jue Aziz ini in fact dia memang hot pun. Baru-baru ini berterbangan gossip liar tentang ke'playgirl'an artis ini. Dia dikatakan ber'kawan' dengan empat lelaki. Siapa empat lelaki ini? Mereka adalah Hans Issac, Syawal AF5, Ally Iskandar TV3, dan Fahrin Ahmad. Mari kita tengok komen Jue Aziz tentang gossip liar ini.

Hans Issac
“Memang Hans ada bertemu saya di set penggambaran, baru-baru ini. Saya akui, berkawan rapat dengan Hans selepas putus cinta dengan Jehan (Miskin). Saya selesa berkawan dengan Hans kerana dia seorang yang caring. Namun, perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman baik. Terus terang saya katakan, saya belum bersedia dengan cinta, berilah saya ruang waktu lagi sebelum bertemu cinta baru"
Syawal AF5
“Shawal saya kenal ketika kami sama-sama menjayakan rakaman Muzikal Raya tidak lama dulu. Kami boleh ‘ngam’ kerana sekepala. Tak ada nak ‘control-control’ atau plastik. Shawal seorang yang kelakar, tapi sama seperti Hans, hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan"
Ally Iskandar TV3
"Ally pula kawan berborak, dia seorang pendengar yang setia. Tak ada apa-apa pun yang istimewa dalam persahabatan kami"
Fahrin Ahmad
“Fahrin, saya dah lama mengenali dirinya. Ketika saya mengenali Ako (Mustapha) dulu, dalam masa sama, saya turut mengenali dirinya. Saya akui, memang kami pernah keluar makan bersama. Tapi, tidak ada sebarang perasan yang wujud antara kami. Sehingga hari ini, antara saya dan Fahrin, kami kekal sebagai kawan baik"
Jue Aziz Playgirl?
"Tolong, saya bukan play girl! Maksud play girl, apabila bercinta dengan seseorang, dalam masa sama dia turut bermain cinta dengan lelaki lain, tapi saya bukan begitu! Pastinya selepas saya putus cinta, tidak ada sesiapa yang istimewa di hati saya.

“Saya berani beri jaminan, semua lelaki yang pernah dikaitkan dengan saya sejak akhir-akhir ini, sekadar kawan biasa. Saya tidak mudah terima cinta sewenang-wenangnya. I learnt from bad experience,”

Farid Kamil, Diana Danielle pergi tengok Thomas Cup 2010

Demam Piala Thomas dan Uber 2010 yang memberikan laluan kepada Malaysia untuk berentap dengan China, dalam separuh akhir, Jumaat lalu turut dirasai oleh pasangan kekasih, Diana D (Danielle) dan Farid Kamil. Hakikatnya, mereka berdua muncul di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur ketika ribuan penyokong Malaysia dengan penuh gembira memberikan sokongan kepada pemain Malaysia yang turun berentap.

Sumber mengatakan, Farid bergegas datang dari lokasi drama bersiri Legenda Budak Setan di Semenyih untuk mengambil Diana di rumah lalu mereka terus ke Bukit Jalil. Disebab kesesakan lalu lintas, mereka terlepas 'game' pertama membabitkan Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei. Khabarnya mereka berdua datang selepas mendapat pas VIP daripada produser Raja Azmi Raja Sulaiman yang juga isteri bekas jaguh badminton, Jalani Sidek.

Menariknya, habis permainan, peminat sukan pula menyerbu mereka untuk bergambar dan mendapatkan autograf.

Fahrin Ahmad, Adeline Tsen keluar dating??

Isnin, 17 Mei 2010

Ada lah seorang informer ni mengatakan yang dia mendakwa Fahrin Ahmad keluar makan dengan Adeline Tsen (pelakon Hotel Mania). Informer ni makan ditempat yang sama sekitar jam 11 malam, kebetulan dia ternampak kelibat Fahrin dan seperti Adeline di meja sebelah. Nama restoran tu Restoran Kayu Nasi Kandar, Dataran Sunway, Kota Damansara. Dakwanya lagi, kalau setakat makan dan sembang-sembang kosong tue xpalah tapi ternampak juga Fahrin sentuh bahu Adeline ketika mereka berjalan menuju kereta. iskh3.. Tapi siapa gerangan perempuan itu masih lagi menjadi tanda tanya. Informer cuma mendakwa ianya Adeline, tapi masih samar2..

Anuar Zain menang kes royalti album

Selepas empat tahun turun naik mahkamah, penyanyi Anuar Zain (14 Mei) berjaya dalam kes saman balas bagi menuntut royalti daripada syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound). Jumlah bayaran royalti tersebut bagaimanapun masih belum ditentukan kerana nilainya perlu ditaksirkan terlebih dahulu oleh Penolong Kanan Pendaftar sebaik sahaja penyanyi tersebut mengemukakan bukti berkaitan jumlah jualan album beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Dr. Prasad Sandosham Abraham turut memerintahkan Syncrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 40. Terdahulu, peguam yang mewakili penyanyi lagu Lelaki Ini, Aizul Rohan Anuar memberitahu, syarikat rakaman tersebut telah gagal mengemukakan laporan jualan album sebagaimana yang diarahkan mahkamah pada prosiding lalu.

Peguam, Max Yong yang mewakili syarikat rakaman itu mengakui perkara tersebut dan menyatakan kegagalan tersebut adalah berikutan Syncrosound telah tidak lagi beroperasi. Anuar memfailkan tuntutan balas dan pembelaan pada 20 Jun 2006 setelah beliau disaman oleh Syncrosound pada 21 April tahun yang sama. Syncrosound dalam samannya, mendakwa penyanyi itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pada 27 Disember 2007, Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aishah Ab. Rashid telah membatalkan tuntutan Syncrosound tersebut. Dalam tuntutan balasnya, Anuar mendakwa, beliau dan Syncrosound seharusnya merakam dan mengeluarkan sebuah album sahaja tetapi syarikat itu telah melibatkannya dalam lebih daripada dua buah album.

Namun begitu, dakwanya, syarikat itu tidak pernah memberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album-album tersebut seperti yang dikehendaki dalam perjanjian. Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu juga menyatakan sejak 23 Februari 2001, dia hanya menerima pembayaran royalti hasil penjualan kesemua albumnya dengan Syncrosound sebanyak RM2,000 sahaja. Sementara itu, Anuar ketika ditemui selepas tamat prosiding menyatakan rasa syukurnya kerana penantian selama empat tahun akhirnya berbaloi.
”Saya lega dengan keputusan hari ini, terima kasih kepada mahkamah. Harap selepas ini, mana-mana artis terutama artis baru, dapatkan bantuan peguam sebelum menandatangani apa-apa kontrak,” ujar Pemenang Artis Lelaki Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008.
Anuar memberitahu, kes itu melibatkan sebuah album solo dan beberapa album kompilasi yang diterbitkan ketika di bawah syarikat Syncrosound.Penyanyi itu juga sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah, sempat meluangkan masa dengan para peminatnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur. -Utusan

Radio Sinar FM! Radio No 1 Malaysia!

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Nelson mengenai populariti radio di Malaysia, ternyata Sinar masih lagi popular sehingga kini. Dengan mengalahkan Era dan Hot FM, maka Sinar kini lebih bergaya. Mungkin gandingan mantap daripada Raja Azura dan Salih Yacob membawa Sinar lebih diminati oleh golongan dewasa berbanding Hot FM yang lebih banyak iklan. Sinar juga mempunyai aktiviti luar yang menarik perhatian umum yakni program Perantis Sinar Pagi di Pasar Tani Stadium Shah Alam pada bulan Mac yang lalu. Tahniah lah keapda Sinar.

Usia Azean Irdawaty sehingga Oktober ini?

Ahad, 16 Mei 2010

Ajal maut adalah ketentuan Allah! Namun siapa yang tidak sedih apabila sudah diberitahu lebih awal bahawa hidup mereka tidak lama di dunia ini? Begitulah yang berlaku terhadap pelakon berbakat besar Azean Irdawaty yang mendakwa dia hanya mempunyai tempuh 2 tahun (bermula 2008) sahaja lagi untuk hidup! Jika telahan doktor yang meneliti kes barahnya itu benar, maka kemungkinan besar hayat Azean hanya sekitar Oktober 2010 ini sahaja. Ditambah pula dengan masalah anaknya Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 33, yang dihantar ke pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, membuatkan perasaan Azean bertambah hancur dan berkecai.

Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi?

Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran.
Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008 .

Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktor sebab ajal maut Tuhan yang tentukan. -myArtis

Zizan Nin lupa asal usul (lupa daratan)?

Jika sebelum ini ada pihak yang menuduhnya tidak memberi kerjasama dan membiarkan peminat membuat pelbagai spekulasi serta berteka-teki mengenai majlis perkahwinannya, nampaknya, selepas berkahwin pun masih ada segelintir pihak yang tidak berhenti membuat fitnah terhadap Zizan Nin. Terbaru, Zizan dikatakan sudah lupa asal usulnya dari kampung yang serba kekurangan, bongkak, mengabaikan perasaan keluarga, tidak mengenang jasa ibu bapa dan tidak berbaik dengan masyarakat setempat di kampungnya di Sungai Besar, Selangor.

Menurut surat pembaca itu lagi sikap Zizan pada ibunya juga dikatakan sudah berubah apabila kembali dari luar negara sehinggalah dia bergelar artis. Kata pembaca itu lagi dalam suratnya mengandungi dua helai itu, apabila pulang ke ke kampung, Zizan juga tidak pernah bertegur sapa dengan masyarakat sekeliling di mana dia dibesarkan termasuk ketika keluarganya mengadakan tahlil 100 hari untuk arwah ibunya dulu.

Ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini, cerita dan gambar yang dipaparkan di akhbar dan majalah hanya berkisar mengenai diri Zizan dan keluarga mentuanya saja. Pembaca itu juga mengakui dia tercari-cari di manakah gambar Zizan bersama bapa tiri, adik-beradik dan sanak- saudara sebelah keluarganya sendiri. Tambahnya lagi, dia juga sudah tidak menghormati Zizan selepas mengetahui tembelang sebenar Zizan dan lakonannya untuk mengabui mata peminat.

Kata Zizan, dia tidak pernah membelakangkan keluarga terutama bapa tirinya selama ini kerana sedar dia dibesarkan arwah ibu kandung dan bapa tirinya. Zizan juga mengatakan dia tidak mengenali adik-beradik kandungnya sehinggalah dewasa. Justeru, katanya, dia tahu siapakah pengirim surat itu yang sebenar iaitu orang yang kecewa kerana tidak mendapat layanan daripadanya tapi tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya kerana tidak ingin memburukkan keadaan.

Justeru, dia berharap pihak yang menyebarkan fitnah itu supaya menghentikan perbuatannya yang sia-sia itu kerana ia boleh menjejaskan nama baiknya sekeluarga. SS simpati dengan apa yang dilalui Zizan. Nampaknya, sudah berkahwin pun masih ada segelintir pihak yang ingin mengganggu kebahagiaan yang dikecapinya ketika ini. Semoga Zizan dan isteri, Hani Harun tabah berhadapan dengan ujian itu kerana ia juga ujian Allah untuk menguji keimanan setiap hamba-Nya yang lemah di dunia ini. -hMetro

Johan Raja Lawak trauma kena gelas di muka

Begitulah yang didedahkan Setiausaha Kehormat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Yusof Kelana kepada Harian Metro - 'Raja Lawak Trauma' - selepas berjumpa dengan Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim. Insiden dibaling gelas oleh pengarah Mohd Javed Mohd Nizar, meninggalkan kesan yang mendalam pada Johan. Bukan parut di muka yang dimaksudkan tetapi Johan sudah trauma gara-gara kejadian tersebut.

Dedah Yusof, Johan, yang digambarkannya seorang yang ceria dan periang, kini
"seperti terkejut dan tidak mahu tidak diganggu sementara waktu kerana trauma."
Tambahnya, Johan telah pun menceritakan kepadanya kisah di sebalik kejadian itu dan beliau akan membuat surat aduan kepada Seniman agar tindakan susulan dapat diambil. -Gua

Nisa Kasnoon, pembaca berita Astro Awani

Sabtu, 15 Mei 2010

Jika RTM membariskan Suriani Abdul Rahman sebagai pembaca popular bagi mereka, TV3 pula mempertengahkan Norazlina Redzuan yang tidak kurang hebatnya. Tapi tahukah anda pembaca berita Astro Awani, Nisa Kasnoon juga merupakan pendatang baru dalam episod membaca berita. Nisa memang manis kalau dibandingkan dengan yang dua lagi ni, bentuk badan pun ada. Jadi Astro Awani mempunyai Nisa untuk menarik penonton untuk melihat berita mereka.

Nabil Raja Lawak lupa ingatan akibat kemalangan

Sudah jatuh ditimpa tangga! Begitulah nasib yang menimpa Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad. Jam 12 tengah hari, Nabil telah kehilangan datuk kesayangannya. Niatnya untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis pengebumian arwah bertukar menjadi tragedi apabila dia sendiri terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Damansara. Kejadian berlaku pada 6.05 petang, di hadapan stesen minyak Petronas berdekatan Ikea. Nabil dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang ingin memasuki simpang. Apabila gagal mengawal motosikalnya, Nabil terjatuh.

Nabil mengalami luka di tangan serta kecederaan di rusuk belakang. Kesan hentakan itu juga menyebabkan Nabil mengalami gegaran di otaknya. Bagaimanapun, menurut pengurus Nabil, Latip, dia kini dalam keadaan stabil.
“Masa kemalangan, Nabil jatuh dan kepalannya terhentak di atas jalan. Dia mengalami gegaran di otak akibat hentakan itu dan dia pengsan. Bila dia terjaga, dia lupa ingatan. Kami ada tanya dia apa yang berlaku, tetapi dia langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku sepanjang hari ini.
“Sepatutnya Nabil kena tahan wad. Doktor arahkan dia diberi pengawasan selama 24 jam. Tapi dia tak nak. Dia nak balik rumah. Sekarang ini dia dijaga oleh P.A dia. Alhamdulillah, keadaan Nabil tak teruk sangat sebab dia pakai ‘safety suit’ ketika itu,” ujar Latip. -Gua

Saiful Apek kena tipu RM500,000!

Pelawak popular Saiful Apek atau Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 41, mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah syarikat penerbitan filem kerana tidak menjelaskan bayaran di atas pelaburan serta kerja-kerja lakonan yang dibuat menerusi dua buah filem. Menurut Apek dia sepatutnya menerima bayaran bernilai kira-kira RM500,000 menerusi dua buah filem berkenaan daripada syarikat terbabit yang mana kedua-duanya telah pun ditayangkan pada tahun 2005 dan 2006.

Dia yang hingga masih lagi merahsiakan nama syarikat penerbitan terbabit bagaimanapun bercadang untuk mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat ini bagi mendedahkan perkara ini kepada pihak umum. Apek berkata, dia sudah pun melantik peguam dan kes ini akan membawa ke mahkamah.

"Buat masa sekarang ini saya tidak akan mendedahkan syarikat mana dan filem mana yang dimaksudkan. Sedikit masa lagi saya bersama-sama peguam akan akan mengumumkannya dalam sidang media khas. Saya terpaksa mengambil tindakan mahkamah kerana ia melibatkan wang yang besar. Bagi saya ia adalah sesuatu penganiayaan terhadap punca utama rezeki saya. Kalau orang buat macam ini pada saya habislah saya.
"Bukan sahaja duit pelaburan saya tidak dibayar, malah duit hasil lakonan pun tidak diberi satu sen pun. Nak kata filem ini tak berjaya, tidak jug. Malah, apa yang saya tahu. kedua-duanya meletup di pawagam. Hingga hari ini saya berdiam diri dan menyembunyikan perkara ini. Apabila sekian lama menanti, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencari pengadilan. Lagi pun saya tak mahu ambil tindakan terburu-buru.
"Sebab. kalau saya hendak ambil tindakan undang-undang, ia haruslah dilakukan menerusi saluran yang betul. Saya juga bercadang unyuk membuat aduan kepada pihak Seniman," kata Apek ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kecoh Betul di pawagam Golden Screen Cinema di pusat membeli belah Tropicana City baru-baru ini. -Murai

Lelaki jangan harap sentuh Siti Nurhaliza

Jumaat, 14 Mei 2010

Status sebagai isteri kepada seorang konglomerat terkenal Datuk K, memanglah sesuatu yang harus dijaga apatah lagi ramai pihak cuba mengambil kesempatan. Namun Siti Nurhaliza memang pandai dalam soal menjaga maruahnya. Baru-baru ini ada acara atau sambutan yang dijayakan oleh Siti, dalam akhir acara berkenaan, semua kena pegang tangan, kat sebelah Siti ni ada seorang lelaki (nampak macam Chinese). Lalu Siti menggunakan selendangnya untuk melapik tapak tangan diantara mereka. Walaupun pelakin atas dah hilang namun prinsip, jangan harap dapat sentuh aku telah berjaya dilaksanakan. Melainkan mak andam yang auww sahaja dapat sentuh Siti. Hehe..

Fasha Sandha jadi ikan duyung

Mengikuti jejak seniwati veteran, Suraya Haron dan pelakon kacukan, Maya Karin Roelcke, seorang lagi pelakon jelita tempatan bertukar menjadi duyung. DUYUNG...Fasha berlatih berenang selama seminggu bagi sesuaikan diri dengan watak Cleo dalam Duyung Aridinatha. Dia tidak lain daripada aktres seksi Fasha Sandha yang membintangi drama bersiri terbaru, Duyung Aridinatha yang kini rancak menjalani penggambaran di Pulau Lang Tengah, Terengganu. Dalam drama arahan Adam Hamid terbitan Zeel Productions itu, Fasha melakonkan watak utama sebagai Cleo. Drama itu bagi mengisi slot Lagenda di TV3 tidak lama lagi.

Aleeza Kassim, suami tak jadi cerai

Pelakon dan peragawati, Aleeza Kassim menzahirkan rasa bersyukur setelah mahkamah kelmarin (13 Mei) memutuskan dia masih sah sebagai isteri kepada ahli perniagaan Mohd Fauzi Che Ros. Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, Aleeza memberitahu bahawa mereka akan kembali dan teruskan hubungan sebagai pasangan suami isteri. Pasangan ini bernikah pada 15 Julai 2006 dan belum dikurniakan cahaya mata.

"Alhamdulilah, segala sudah selesai, semuanya akan berjalan seperti dahulu. Kami mengikut keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah," ujarnya.
"Saya akan kembali menjalankan tugas sebagai isteri dan teruskan hubungan ini. Kini kami sudah kembali tinggal bersama sebagai pasangan suami isteri," katanya.
Kelmarin, Hakim Syarie Ghazali Ahmad membacakan keputusan bahawa pasangan ini masih lagi sebagai suami isteri selepas lafaz: "kita bercerai esok" yang didakwa diucapkan oleh Mohd Fauzi terhadap model jelita itu hanyalah hasrat dan tidak mendatangkan kesan sehingga terjatuh talak.