Zizan Nin lupa asal usul (lupa daratan)?

Pada: Ahad, 16 Mei 2010
Jika sebelum ini ada pihak yang menuduhnya tidak memberi kerjasama dan membiarkan peminat membuat pelbagai spekulasi serta berteka-teki mengenai majlis perkahwinannya, nampaknya, selepas berkahwin pun masih ada segelintir pihak yang tidak berhenti membuat fitnah terhadap Zizan Nin. Terbaru, Zizan dikatakan sudah lupa asal usulnya dari kampung yang serba kekurangan, bongkak, mengabaikan perasaan keluarga, tidak mengenang jasa ibu bapa dan tidak berbaik dengan masyarakat setempat di kampungnya di Sungai Besar, Selangor.

Menurut surat pembaca itu lagi sikap Zizan pada ibunya juga dikatakan sudah berubah apabila kembali dari luar negara sehinggalah dia bergelar artis. Kata pembaca itu lagi dalam suratnya mengandungi dua helai itu, apabila pulang ke ke kampung, Zizan juga tidak pernah bertegur sapa dengan masyarakat sekeliling di mana dia dibesarkan termasuk ketika keluarganya mengadakan tahlil 100 hari untuk arwah ibunya dulu.

Ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini, cerita dan gambar yang dipaparkan di akhbar dan majalah hanya berkisar mengenai diri Zizan dan keluarga mentuanya saja. Pembaca itu juga mengakui dia tercari-cari di manakah gambar Zizan bersama bapa tiri, adik-beradik dan sanak- saudara sebelah keluarganya sendiri. Tambahnya lagi, dia juga sudah tidak menghormati Zizan selepas mengetahui tembelang sebenar Zizan dan lakonannya untuk mengabui mata peminat.

Kata Zizan, dia tidak pernah membelakangkan keluarga terutama bapa tirinya selama ini kerana sedar dia dibesarkan arwah ibu kandung dan bapa tirinya. Zizan juga mengatakan dia tidak mengenali adik-beradik kandungnya sehinggalah dewasa. Justeru, katanya, dia tahu siapakah pengirim surat itu yang sebenar iaitu orang yang kecewa kerana tidak mendapat layanan daripadanya tapi tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya kerana tidak ingin memburukkan keadaan.

Justeru, dia berharap pihak yang menyebarkan fitnah itu supaya menghentikan perbuatannya yang sia-sia itu kerana ia boleh menjejaskan nama baiknya sekeluarga. SS simpati dengan apa yang dilalui Zizan. Nampaknya, sudah berkahwin pun masih ada segelintir pihak yang ingin mengganggu kebahagiaan yang dikecapinya ketika ini. Semoga Zizan dan isteri, Hani Harun tabah berhadapan dengan ujian itu kerana ia juga ujian Allah untuk menguji keimanan setiap hamba-Nya yang lemah di dunia ini. -hMetro

Tag : , , ,