Pada:
Jumaat, 14 Mei 2010

"Alhamdulilah, segala sudah selesai, semuanya akan berjalan seperti dahulu. Kami mengikut keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah," ujarnya.
"Saya akan kembali menjalankan tugas sebagai isteri dan teruskan hubungan ini. Kini kami sudah kembali tinggal bersama sebagai pasangan suami isteri," katanya.Kelmarin, Hakim Syarie Ghazali Ahmad membacakan keputusan bahawa pasangan ini masih lagi sebagai suami isteri selepas lafaz: "kita bercerai esok" yang didakwa diucapkan oleh Mohd Fauzi terhadap model jelita itu hanyalah hasrat dan tidak mendatangkan kesan sehingga terjatuh talak.
Tag : Aleeza Kassim , Berita Artis , Model , Perceraian Artis

