Pada:
Selasa, 18 Mei 2010
Sumber mengatakan, Farid bergegas datang dari lokasi drama bersiri Legenda Budak Setan di Semenyih untuk mengambil Diana di rumah lalu mereka terus ke Bukit Jalil. Disebab kesesakan lalu lintas, mereka terlepas 'game' pertama membabitkan Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei. Khabarnya mereka berdua datang selepas mendapat pas VIP daripada produser Raja Azmi Raja Sulaiman yang juga isteri bekas jaguh badminton, Jalani Sidek.Menariknya, habis permainan, peminat sukan pula menyerbu mereka untuk bergambar dan mendapatkan autograf.
Tag : Badminton , Diana Danielle , Farid Kamil , Gossip Artis

