Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Julia Roberts di Pulau Bali

Isnin, 26 Oktober 2009

Sergah sekejap artis antaranbangsa nie, lebih-lebih lagi ada kaitan dengan sekitar kawasan Nusantara. Memang jarang artis luar negara berlakon di lokasi sekitar nusantara (Asia Tenggara), lebih-lebih lagi artis vateran yang popular di Barat seperti Julia Robert. Menjadi daya tarikannya tersendiri, Pulau Bali mampu menarik minat seperti artis Julia Robert. Menjadi lokasi pilihan untuk pengambaraan filem terbaru lakonan Julia, "Eat, Pray, Love" yang akan ditayangkan tidak lama lagi.


Julia Roberts in Bali picturesJulia Roberts in Bali picturesJulia Roberts in Bali picturesJulia Roberts in Bali picturesJulia Roberts in Bali picturesJulia Roberts in Bali picturesJulia Roberts in Bali pictures

Chef Wan Pakai Spender?

Biar betul gambar ni atau kebetulan jerk. Macam sebijik jerk wajah Chef Wan, ntah benar atau tidak, yang itu penulis kureng kenal pastikan. Tapi kalau benar, mungkin masa Chef Wan waktu zaman bujang atau muda-mudi dahulu, lihat dari gambar, jenis gambar filem. Tapi kalu pelanduk dua serupa, memang dah menjadi lumrah kehidupan juga. Apa-apa pun korang layan lah dulu gambar ni yerk. hehehe.

6ixth Sense di Sarawak

Pasti menarik dan seronok giler untuk menyaksikan gelagat dan aksi anggota Kumpulan 6ixth Sense yang sedang hangat menerusi single terbaru mereka terkini, Khatimah Cinta. Mereka juga sempat meluangkan masa mengunjungi destinasi-destinasi menarik di Sarawak dan ianya direalisasikan menerusi program traveloge popular Xpresi Kembara terbitan Unit Ehwal Awam RTM.

Bakal bersiaran dua episod pada 24 dan 31 Oktober 2009 (Sabtu) kelak jam 10.31 pagi di TV1, band remaja dianggotai Adi Priyo (vokal), Wan (dram), Gjie (gitar utama), Ayoy (pemain bass) dan Athan (pemain gitar kedua) ini menjanjikan percutian yang menarik untuk dikongsi sama peminat setia yang ingin berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan mereka.

Wan Sharmila Bercerai talak Satu

Sabtu, 24 Oktober 2009

Pelakon Wan Sharmila bercerai talak satu. Berita ini mungkin yang pertama di beritahu di media dan internet. Telah dimaklumkan bahawa pelakon drama Sindarela, Tari Tirana dan beberapa lagi drama tempatan iaitu Wan Sharmila Wan Muhamad telah bercerai secara baik (talak 1) dengan suaminya, Fazli Bahrom pada jam10:30 pagi kelmarin (23 Oktober 2009) di Mahkamah Syariah Johor Bahru.

Mahligai yang mereka bina hanya bertahan beberapa tahun (nikah padaawal tahun 2007). Sebab mengapa penceraian ini berlaku tidaklah pulakami ketahui malah tidak ingin juga kami ketahui kerana itu masalahperibadi mereka dan harus kita hormati. Apa yang kami harapkan, agarkedua-dua pihak tabah menerima ketentuan illahi ini.

Zed Zaidi Dengan Skyline GTR

Seminggu berada di Kota Singa sempena pementasan Impak Maksima The Musical (IMTM) di Esplanade, baru-baru ini telah memberikan satu pengalaman baru buat Zed Zaidi. Bukan saja kagum dengan cara kerja produksi di sana, malah pelakon berusia 29 tahun ini juga terpesona dengan 'attitude' dan sokongan yang ditunjukkan oleh penonton-penonton ketika IMTM dipentaskan pada 17 dan 18 Oktober lalu. Selain itu, petunjukkan dirinya dengan kereta Nissan Skyline GTR 34 untuk filem berkenaan turut dilangsungkan.


Hans Isaac Jatuh Pengsan

Gara-gara memberi komitmen terlalu tinggi kepada teater sulung terbitan syarikat miliknya, Cuci The Muzikal (CTM), Hans Isaac jatuh pengsan ketika mengadakan latihan di Istana Budaya, Jumaat lalu. Hans yang juga pemilik Tall Order Production terpaksa ditahan di wad Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur memandangkan keadaannya tidak stabil dan perlu mendapat rehat yang secukupnya.

Bayangkan, tinggal beberapa hari sahaja lagi teater itu akan dipentaskan, Hans pasti berdebar dan tertekan dengan persiapan yang dilakukan. Siang malam bekerja, tanpa mengira masa, Hans mahu memastikan hari pementasan CTM berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesilapan. Dua hari berehat di wad, Hans lega kerana perjalanan latihan teaternya masih lagi bergerak dengan lancar biarpun latihan itu dilakukan tanpanya.

Yatt mengandung 5 Bulan

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pelakon, pengacara dan juga bakal bergelar ibu tidak lama lagi, Yatt kelihatan nampak berbadan dua, yakni mengandung aka hamil 5 bulan. Hasil daripada perkahwinannya dahulu dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac yang lalu. Mereka dijumpai ketika mereka berdua menghadiri Majlis Rumah Terbuka Media Prima baru-baru ini. Kedua-dua kelihatan sedondon memakai baju merah membara ke majlis berkenaan.

Diana Rafar Masih Mengancam

Sejak bergelar isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, akui Diana Rafar, dia kini lebih selesa menguruskan spa miliknya, D'Lugano Spa yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Pelakon dan juga ibu berusia 27 tahun ini, kemungkinan besar mahu bersara dari arena seni. Diana juga akan muncul di Nenek Kebaya yang ditayangkan di slot Lagenda di TV3 bermula 3 November depan, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 4.30 petang. Selain itu, penampilannya juga tidak kalah trend, masih mengancam dengan berbaju kebaya merah moden.

Hot FM Stesen Radio Nombor Satu

Stesen radio Hot FM terus meningkat jumlah pendengar dan kini bergelar Radio No. 1 negara mengatasi stesen-stesen radio lain di seluruh negara. Ia berdasarkan kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Nielsen Radio Audience Measurement, Survey 2, 2009 (mulai 3/08/09 hingga 16/08/09).

Hot FM, berjaya memecahkan dominasi stesen radio apabila mencecah pendengar kepada hampir 4 juta. Banyak slot mereka juga gagal digugat oleh stesen pencabar. Gabungan slot Hot FM AM Krew Fara Fauzana dan Faizal Ismail dan Kiran dan AG (yang digelar Jawa Rangers) adalah pemangkin kepada melonjaknya kedudukan Hot FM ke tangga teratas.

Hot FM juga kekal sebagai pilihan utama peminat radio yang tinggal di bandar besar dan peratusan tinggi bagi yang tinggal di luar bandar. Ketua Pegawai Operasi Media Prima Radio Networks, Seelan Paul, berkata, kedudukan itu menunjukkan kejayaan perancangan mereka untuk memikat generasi Y (sasaran pendengar mereka).
"Untuk memikat generasi yang terdedah dengan teknologi kita tidak hanya boleh sekadar di udara sahaja sebaliknya kita mesti mendekati mereka dengan kaedah lain termasuk online, mobile dan bersemuka," kata Seelan.

Norman, Memey bicara soal Kahwin

Memikirkan masih jauh perjalanannya untuk mengukuhkan nama sebagai anak seni, gadis berusia 21 tahun ini juga sanggup mengetepikan dulu perkara-perkara lain termasuklah tentang perkahwinan. Bukannya tidak pernah berbincang dengan kekasih hati, Norman Hakim, tentang masa depan mereka, tetapi kata Memey, setelah sama-sama memikirkan tentang banyak perkara, kedua-duanya merasakan mungkin masih belum sesuai untuk mendirikan rumahtangga buat masa ini.

"Dia (Norman) sendiri memang pernah mengutarakan tentang topik perkahwinan. Tapi, saya rasa buat masa sekarang, belum sesuai untukkami berbuat demikian. Umur saya pun masih muda. Tapi, tidak pernahpula saya letakkan sasaran bila umur yang sesuai untuk berkahwin.
"Apapun, susah sebenarnya bila bercakap tentang hal jodoh ini keranakita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku. Walaupun saya cakap belum tiba masanya untuk berkahwin, tapi siapa tahu entah esok lusa, sampai 'seru' kami berkahwin. Mula-mula dulu, kami fikir, ingin selesaikan dulu kes khalwat yangdisabitkan ke atas kami, yang mana ia masih dalam perbicaraan lagi dan selepas habis, barulah fikir tentang hal lain. Tapi, sekarang ini tak tahulah pula macam mana kerana mungkin juga perjalanan kes ini akan memakan masa yang lama.
"Sebab itu saya rasakan, lebih baik 'go with the flow' saja. Insya-allah, jika kuat jodoh kami, adalah," katanya lagi.
Menurut Memey, dia bersyukur kedua-dua belah keluarga tidak pernah mendesak walaupun dia akui, hubungan kedua-dua belah sudah semakin rapat. Malah, katanya lagi, sekurang-kurangnya, tempoh ini dapatmembuatkannya lebih mengenali hati budi Norman.

Kekasih baru Noh Hujan

Khamis, 22 Oktober 2009

Ramai yang mengetahui Noh bahagia bersama kekasih hati yang masih belajar di luar negara. Namun hubungan tersebut telahpun putus di tengah jalan gara-gara gosip dan pelbagai lagi dugaan yang melanda. Memang susah bergelar artis, lebih-lebih lagi jika empunya diri menjadi pujaan ramai.

Kini Noh telahpun berjumpa pengganti yang tidak kurang cantiknya. Noh mengakui teman barunya itu sentiasa menemani ke mana sahaja Hujan membuat persembahan. Kata Noh, dirinya perlukan seorang wanita yang memahami dan yang pastinya dia tak boleh bersendirian. Pergh jiwang habis~

Ammar Alfian Aziz Model Lucah?

Pelakon baru lelaki yang makin menyerlah, Ammar Alfian Aziz memanglah tidak dikenali ramai lagi, hanya berlakon dalam Tari Tirana. Namun penampilannya begitu meragukan dan membimbangkan, lebih-lebih lagi, dia boleh melakukan pengaksian gaya model berbaur lucah yang menghairahkan. Tidak dipastikan lagi itu pelanduk dua serupa atau dirinya sebenar. Kalau benar, berbahagialah dia di dunia.











Skandal Julfekar, Jessica MyStarz LG

Tidak dipastikan adakah ini gambar selepas atau sebelum Jul dan Farawahida menjalinkan hubungan. Namun pun begitu, gambar ini adalah gambar kemesraan Jul dengan Jessica dari program realiti MyStarz LG yang digembar gemburkan sebagai sepasang kekasih yang intim. Ramai yang tidak menyukai sikap Jul ini, namun ianya merupakan hak pribadi Jul sendiri terhadap siapa yang dia ingin jadikan kekasih hatinya. Dah berumur, mungkin banyak duit kot.

Sheikh Muszaphar, Dr. Halina kahwin 10-10-10

Nampaknya angkasawan wisata kita Dr. Sheikh Muszaphar akan menamatkan zaman bujang trang tang tang beliau pada 10 Oktober 2010 (tahun depan). Dr. Muszaphar, 37, memberitahu bahawa paling istimewa tarikh pernikahan tersebut dipilih sebagai memperingati detik bersejarah sempena ulang tahun ketiga beliau ke angkasa lepas. Katanya, beliau bertolak ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Tahniah lah kepada kedua-dua pasangan.

Beliau akan mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina Mohd. Yunus pada 1 Januari tahun depan.Mengimbas detik manis pertemuan dengan gadis pilihannya itu, beliau mengakui tertarik hati dengan bakal isterinya itu sejak mula berkenalan.
”Dr. Halina pernah menjadi murid saya sewaktu dia menjalani latihan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Ketika itu saya menjadi pensyarah di sana. Saya tidak mementingkan kecantikan luaran seseorang wanita. Bagi saya kecantikan dalam sangat penting. Ciri-ciri itulah yang ada pada beliau yang menambat hati saya,” ujarnya terus terang.

Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka TV3

Rabu, 21 Oktober 2009

Anjuran bersama Media Prima Sdn Bhd, telah menjemput penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza datang ke rumah terbuka Aidilfitri + Deepavali di Sri Pentas baru-baru ini. Siti yang ditemani suami, Datuk Seri K turut memeriahkan majlis. Fesyen baju berbunga-bunga yang dipakai oleh Siti memang sesuai dengan padan dengan orangnya, nampak manis dan bertambah menyerlah lagi keayuannya.














Rini AF7 Deejay Baru Era FM

Walaupun tersingkir pada minggu ke-3 konsert Akademi Fantasia 7 (AF7) bersama teman gosipnya Obri, Rini makin murah rezekinya. Dapat tahu, Rini yang diminati dengan lagu arwah Seha, Seloka Cinta Remaja, sering dipanggil untuk show di sana-sini disebabkan suaranya yang serak-serak basah dan keramahan mulut melayan peminat.

Terbaru, dengar-dengar cerita Rini akan menjadi ahli keluarga ERA FM bermula November ini. Difahamkan lagi cerita ini semakin betul apabila suara Rini ketika ini sering menghiasi konti Era untuk iklan atau pun berita. Paling menarik, promo raya tentang pasangan suami isteri pulang ke kampung untuk beraya juga menampilkan suara Rini bersama DJ Reza Mohammed.

Berita ini menjadi semakin kukuh apabila DJ burung hantu ERA iaitu Cham, tidak lagi bersama radio itu. Malah penyertaan Rini yang menjadi DJ pada hujung minggu ini dikatakan menggantikan tempat Cham yang sudah hampir sebulan mengucapkan Sayonara kepada ERA.

Selain Rini, juga dapat tahu bahawa peserta pertandingan Anak Wayang iaitu Feeya akan turut sama menganggotai barisan penyampai ERA. Malah, Rini dan Feeya akan berganding pada setiap Sabtu dan Ahad untuk melayan pendengar setia ERA. Tahniah diucapkan kepada Rini dan Feeya. Moga ERA lebih berseri dengan kemasukan 2 bunga ini.

Banglo Linda Onn RM2.4Juta

Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya. Demikianlah suratan hidup Linda Onn yang akhirnya tidak jadi berkahwin dengan Fahrin Ahmad. Hubungan mereka telah tinggal satu sejarah tetapi kenangan itu dengar-dengar ada terpalit pada sebuah rumah besar yang baru dibeli dan diduduki Linda sekarang.

Baru-baru ini bertandang ke rumah baru Linda, 32, yang terletak di Bukit Indah, hujung minggu lalu. Banglo 6 bilik itu memang besar dan cantik, tersergam di pinggiran bukit. Ia mempunyai sebuah kolam renang untuk Linda dan anak-anak buahnya bersantai.

Harganya? Memang ramai hendak tahu sangat tentang harganya dan difahamkan ia mencecah sekurang-kurangnya RM2.4 juta. Kelas Linda Onn.

Kata sumber itu lagi, banglo mewah itu sepatutnya diduduki oleh Linda bersama Fahrin kerana mereka sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pertengahan tahun lalu. Dengan erti kata lain, rumah itu mahu dijadikan sebagai harta sepencarian mereka bersama tapi apa boleh buat, cinta mereka akhirnya putus di pertengahan jalan.

Dengan perancangan yang tidak menjadi itu, Linda tetap redha malah meneruskan hasrat untuk memiliki rumah itu juga walaupun dia sudah ada sebuah rumah besar Beverly Heights. Ampang. Ramai mula bergosip dari mana Linda mendapat duit untuk membeli rumah sebesar itu. Kata Linda, itu semua menggunakan titik peluhnya sendiri yakni daripada tugas di stesen radio serta menguruskan 6 restoran nasi ayam dan asam pedas di Lembah Klang.

Farah Asyikin Bercinta Suami Orang?

Nada suaranya jelas menggambarkan kesedihan hatinya apabila dilemparkan dengan tohmahan kononnya dia menjalinkan hubungan dengan suami orang. Bagi Farah Asyikin, dia tidak menyangka perkenalan ikhlas dengan seorang lelaki berusia 35 tahun yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka itu akan membuatkan dirinya 'terjerumus' dalam kontroversi ini.

Semuanya gara-gara satu e-mail yang tersebar dikatakan dihantar oleh seseorang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah wartawan yang mendakwa Farah bercinta dengan suami orang dan mereka turut bercuti bersama di Hong Kong, baru-baru ini. Tutur Farah, dia tidak menafikan lelaki yang dimaksudkan di dalam e-mail itu ialah M, berasal dari Singapura, yang mana hubungan mereka baru saja benar-benar serius sejak empat bulan yang lalu. Namun, kata penyanyi berusia 30 tahun ini, apa yang diperkatakan di dalam email tersebut tentang dirinya adalah tidak benar.

"Kami sebenarnya berkenalan menerusi laman web Facebook sejak setahun lalu. Kami hanya kawan biasa saja ketika itu, sehinggalah beberapa bulan kemudiannya kami bertemu dan dari situ kami mula mengenali diri masing-masing.
"Pada waktu itu, dia beritahu saya bahawa dia baru bercerai beberapa bulan sebelum kami bertemu. Saya faham keadaannya ketika itu apatah lagi saya juga pernah melalui perkara yang sama dulu. Jadi, kami lebih senang berkawan saja waktu itu dan hanya benar-benar serius sejak empat bulan lalu," kata Farah yang juga pernah melalui perceraian dengan bekas suaminya, pada 26 Mei tahun lalu.
Lantaran itu, kata penyanyi yang popular dengan lagu 1000 Penipuan dan Hello ini, tidak sepatutnya timbul dakwaan sedemikian ke atasnya memandangkan dia tidak ada kena-mengena di dalam perceraian pasangan tersebut sehinggalah mereka bertemu dan berkawan rapat selepas itu. Farah juga tidak menafikan pernah bercuti ke Hong Kong baru-baru ini, tetapi menyangkal dakwaan yang kononnya dia ke sana dengan lelaki tersebut.

Fahrin, Scha dalam Sehati Berdansa 3

Selasa, 20 Oktober 2009

Sehati Berdansa musim ke-3 sudah pun bermula. Dalam tidak disangka terdapat seribu kisah tersirat di dalamnya, terutama host utamanya Fahrin Ahmad dan Scha al Yahya. Almaklumlah baru sahaja putus cinta. Jadi mereka akhirnya jumpa selepas kisah pribadi mereka berdua itu di Sehati Berdansa baru-baru ini. Agaknya sukar digambarkan apabila orang yang baru putus cinta dalam diam-diam, digabungkan semula dalam satu rancangan TV. Namun soal kerja jangan dicampurkan adukkan dengan soal pribadi, nanti jadinya Sehati Berdansa bertukar jadi Sehati Berpisah. Ngeh3. Jom layan video ini.

Diana Danielle Undur Pegang Watak Natrah

Pelakon muda, Diana Danielle telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak Natrah, gadis Belanda yang menjadi antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' sekitar era 50an dulu, setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan. Namun pada akhirnya Diana mengumumkan untuk menarik dirinya daripada berlakon watak Natrah.

"Ramai yang asyik bertanya, betulkah saya tidak jadi bawakan watak Natrah. Tapi, saya rasa lebih elok perkara ini biar IB yang bercakap. Bila mereka sudah berikan penjelasan nanti, barulah saya rasa sesuai untuk saya mengulas. Lagipun, saya tidak mahu dilihat seperti tidak menghormati mana-mana pihak, apatah lagi ini adalah projek kerajaan," kata pelakon berusia 18 tahun ini.
Ditanya dakwaan yang mengatakan semuanya tercetus kerana dia sudah mula 'demand' harga untuk memegang watak tersebut, kata Diana, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang tanggapan orang.
"Apa yang pasti, saya tidak buat hal langsung dengan produksi ini. Saya tidak ada masalah apa-apa, cuma orang saja yang suka buat macam-macam spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar. Buat masa ini, biarlah saya kunci mulut dulu. Biarlah apa orang nak cakap apapun tentang saya," katanya dalam nada perlahan.
Kisah Natrah pernah mencetuskan kontroversi yang membawa kepada rusuhan sehingga menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British.

Malah, 'kemenangan' yang diraih oleh British kerana berjaya dalam perebutan itu sebenarnya membuatkan masyarakat amat sedih dan simpati kerana impaknya adalah pada Natrah yang cukup menderita sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu diHuijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.

Dayana Kamal Rentung dalam Kemalangan

Salah seorang mangsa yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu - Kuala Krai di Kampung Bunut Payung di sini 19 Oktober adalah pelakon filem Black Maria, Wan Noor Diana Mohd Kamarulzaman, 22. Pelakon yang lebih mesra dikenali sebagai Dayana Kamal itu turut membintangi beberapa drama televisyen seperti Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku dan Ayah Kami.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi semalam, Dayana bersama dua lagi rakannya rentung selepas kereta Proton Persona dinaiki terbabas lalu merempuh tembok jambatan di jalan itu. -Utusan

Perkahwinan Sasha Bashir

Personaliti TV3, Sasha Bashir, akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihannya pada 18 Oktober 2009, dengan sekali lafaz akad nikah. Nama pengantin lelaki berkenaan adalah Yani. Sasha mengenali Yani semenjak 2004 lagi. Majlis pernikahan mereka berdua diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Sasha Bashir yakni khas untuk keluarga kedua pengantin sahaja.