Diana Danielle Undur Pegang Watak Natrah

Pada: Selasa, 20 Oktober 2009
Pelakon muda, Diana Danielle telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak Natrah, gadis Belanda yang menjadi antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' sekitar era 50an dulu, setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan. Namun pada akhirnya Diana mengumumkan untuk menarik dirinya daripada berlakon watak Natrah.

"Ramai yang asyik bertanya, betulkah saya tidak jadi bawakan watak Natrah. Tapi, saya rasa lebih elok perkara ini biar IB yang bercakap. Bila mereka sudah berikan penjelasan nanti, barulah saya rasa sesuai untuk saya mengulas. Lagipun, saya tidak mahu dilihat seperti tidak menghormati mana-mana pihak, apatah lagi ini adalah projek kerajaan," kata pelakon berusia 18 tahun ini.
Ditanya dakwaan yang mengatakan semuanya tercetus kerana dia sudah mula 'demand' harga untuk memegang watak tersebut, kata Diana, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang tanggapan orang.
"Apa yang pasti, saya tidak buat hal langsung dengan produksi ini. Saya tidak ada masalah apa-apa, cuma orang saja yang suka buat macam-macam spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar. Buat masa ini, biarlah saya kunci mulut dulu. Biarlah apa orang nak cakap apapun tentang saya," katanya dalam nada perlahan.
Kisah Natrah pernah mencetuskan kontroversi yang membawa kepada rusuhan sehingga menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British.

Malah, 'kemenangan' yang diraih oleh British kerana berjaya dalam perebutan itu sebenarnya membuatkan masyarakat amat sedih dan simpati kerana impaknya adalah pada Natrah yang cukup menderita sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu diHuijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.

Tag : , , ,