Pada:
Jumaat, 23 Oktober 2009


"Dia (Norman) sendiri memang pernah mengutarakan tentang topik perkahwinan. Tapi, saya rasa buat masa sekarang, belum sesuai untukkami berbuat demikian. Umur saya pun masih muda. Tapi, tidak pernahpula saya letakkan sasaran bila umur yang sesuai untuk berkahwin.

"Apapun, susah sebenarnya bila bercakap tentang hal jodoh ini keranakita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku. Walaupun saya cakap belum tiba masanya untuk berkahwin, tapi siapa tahu entah esok lusa, sampai 'seru' kami berkahwin. Mula-mula dulu, kami fikir, ingin selesaikan dulu kes khalwat yangdisabitkan ke atas kami, yang mana ia masih dalam perbicaraan lagi dan selepas habis, barulah fikir tentang hal lain. Tapi, sekarang ini tak tahulah pula macam mana kerana mungkin juga perjalanan kes ini akan memakan masa yang lama.
"Sebab itu saya rasakan, lebih baik 'go with the flow' saja. Insya-allah, jika kuat jodoh kami, adalah," katanya lagi.Menurut Memey, dia bersyukur kedua-dua belah keluarga tidak pernah mendesak walaupun dia akui, hubungan kedua-dua belah sudah semakin rapat. Malah, katanya lagi, sekurang-kurangnya, tempoh ini dapatmembuatkannya lebih mengenali hati budi Norman.
Tag : Gossip Artis , Memey , Norman Hakim , Perkahwinan Artis