Pada:
Jumaat, 23 Oktober 2009
Hot FM, berjaya memecahkan dominasi stesen radio apabila mencecah pendengar kepada hampir 4 juta. Banyak slot mereka juga gagal digugat oleh stesen pencabar. Gabungan slot Hot FM AM Krew Fara Fauzana dan Faizal Ismail dan Kiran dan AG (yang digelar Jawa Rangers) adalah pemangkin kepada melonjaknya kedudukan Hot FM ke tangga teratas.Hot FM juga kekal sebagai pilihan utama peminat radio yang tinggal di bandar besar dan peratusan tinggi bagi yang tinggal di luar bandar. Ketua Pegawai Operasi Media Prima Radio Networks, Seelan Paul, berkata, kedudukan itu menunjukkan kejayaan perancangan mereka untuk memikat generasi Y (sasaran pendengar mereka).
"Untuk memikat generasi yang terdedah dengan teknologi kita tidak hanya boleh sekadar di udara sahaja sebaliknya kita mesti mendekati mereka dengan kaedah lain termasuk online, mobile dan bersemuka," kata Seelan.
Tag : Berita Artis , Hot FM , Online Radio , Radio

