Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Heliza Af5 dalam Syurga Cinta

Selasa, 28 April 2009

Heliza kini semakin maju ke hadapan. Terbaru dia akan membintangi pelakon utama dalam filem Syurga Cinta yang akan ditayangkan tidak lama lagi di pawagam atau pada 21 Mei 2009. Artis bertudung comel ini akan digandingkan dengan pelakon-pelakon terkenal seperti Awal Ashaari, Hadziq dan juga Razif Zin. Ceritanya memang mengisahkan seorang gadis remaja yang taat kepada agama telah membimbing someone anak kepada VVIP ni yang dalam kegelapan. Lain-lain cerita, nanti anda pergilah ke pawagam yerk. hikhik.




Gambar Aaron Aziz Dan Isteri

Aaron Aziz bahagia disamping isteri tersayang, Diana.
Klik untuk besarkan

Gambar Norish Karman Bertudung

Gambar Norish diambil ketika perbicaraan tuntutan nafkah olehnya terhadap bekas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kelmarin. Dikatakan Abang penyanyi dan pelakon Farahdhiya, Luqman dikatakan adalah kekasih Norish dan menjadi punca keretakan rumahtangganya. Namun Norish menyangkal bahawa keretakan rumah tangganya sudah berlaku sejak dahulu lagi.
“Oleh sebab itu, saya yang berani lepaskan perkahwinan ini,” ujar NK.
NK berkata Luqman merupakan antara kawan rapat yang dia ada dalam industri ini.
“Friends are very important. Tetapi, saya tak reti cari kawan, mana yang ada...adalah..



Mawi Akui Albumnya Sekarang Kurang Laku

Penyanyi popular Mawi yang telah muncul dengan album terbaru berkonsepkan ketuhanan, Allah Habeebi, sejak 28 Disember tahun lalu.

Walaupun bersyukur albumnya itu berjaya meraih jualan kira-kira 15,000 unit sehingga Februari lalu di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda, kata Mawi, dia akui, tahap jualan itu amat rendah berbanding album-albumnya terdahulu.
"Saya akui, jualan album ini bergerak agak perlahan. Dan saya tidak nafikan, memang susah untuk dapat jual album seperti dulu. Bukan saja kerana krisis ekonomi, tetapi masyarakat sekarang lebih suka 'download' saja.
"Saya akur dengan senario sekarang. Kalau nak cakap jualan album saya lembab disebabkan populariti yang semakin merundum, saya tidak pernah pun berfikir tentang hal itu sama sekali kerana apa yang penting buat saya ialah bekerja dengan ikhlas," kata Mawi yang ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Le Meridien, semalam.
Menurut suami kepada aktres Nora'Ashikin Rahmat atau Ekin ini, walaupun jualan mungkin agak perlahan, tetapi dia sendiri puas hati dengan kualiti album terbarunya itu yang sebenarnya turut mendapat sambutan melebihi 50,000 bagi muat turun nada dering sejak album tersebut mula dipasarkan.

Album yang diterbitkan sepenuhnya oleh Othman Mahmood ini menampilkan komposer-komposer berkaliber seperti Farihin, M.Nasir dan Edry KRU. Single terbarunya, Sujud, ciptaan sepenuhnya oleh Edry ketika ini juga mendapat sambutan hebat.

Selain melalui proses mastering sentuhan Roslan Aziz yang dibuat di Amerika Syarikat, album ini turut menampilkan penggunaan alat-alat muzik yang dimainkan secara 'live' oleh pemuzik-pemuzik seperti Man Kidal, Azman Alias, Napie Spider dan Zahid Ahmad.

mStar

Motif Siti Nurhaliza bawa Saida & Saerah?

Melihat konsert jom heboh malam kelmarin (26/4), penulis tertanya-tanya dalam satu babak ni, apakah motif sebenar Datuk Siti Nurhaliza atau atok ct membawa kakaknya iaitu Siti Saida (AF6) dan juga adiknya Siti Saerah (OIAM 1) untuk membuat persembahan bersama berduet. Adakah ianya salah satu strategi Siti Nurhaliza untuk mempromosikan mereka? Yer la, Siti Saida dan Siti Saerah kan artis di bawah naungan syarikat Siti Nurhaliza Production dan mereka juga kan masih baru lagi dalam dunia seni tempatan.

Apa-apa pun, jom layan video kat bawah ni dimana Siti Nurhaliza membuat persembahan bersama Saida dan Saerah menyanyikan lagu Pada Cintanya pada konsert jom heboh tersebut. Best atau tak, anda yang tentukan. Hikhik.



Gambar Seksi Julia Perez

Isnin, 27 April 2009

Julia Perez ke Perancis Urus Penceraian

Plan Julia Perez untuk mengakhiri hubungannya dengan Damien Perez agaknya sangat serius. Bagaimana tidak, setelah khabar pisah rumah dan menjalin hubungan asmara dengan atlet sepak bola asal Argentina, Gaston, akhirnya artis seksi ini mengungkapkan akan segera terbang ke Perancis untuk mengurus perceraiannya dengan Damien Perez.
"Rencananya bulan Juni aku ke sana, aku kan nikah di sana jadi ngurus cerai juga mau nggak mau harus ke sana," katanya.
Perceraian memang satu proses yang sangat sulit bagi pasangan yang telah membina rumah tangga. Begitupun yang dirasakan seorang Jupe, nama glamour Julia Perez.
"Di mana-mana cerai itu sulit, dari segi mental maupun material, apalagi nikahnya di luar negeri," ungkap Jupe.
"Yang paling enak itu ya nikah, tinggal teken sebentar, udah selesai," sambungnya.
Namun saat disinggung masalah uang Rp500 juta (sekitar RM170,000) yang diberi Damien untuk biaya perceraian mereka, Jupe hanya tersenyum simpul,
"Alhamdulillah, memang lelaki itu baik banget ya," pungkasnya.


Klik untuk besarkan

Shukery Hashim Menghidap Barah Pankreas

Pelakon veteran filem dan drama, Shukery Hashim di masukkan ke Hospital Selayang, Selangor sejak dua hari lalu kerana menghidap barah pankreas.

Akibat barah yang dihidapinya, berat badan pelakon itu merosot 10 kilogram dan doktor mencadangkan supaya beliau membuat rawatan kimoterapi.

Rakan rapatnya yang juga aktres terkenal, Azean Irdawaty berkata, keadaan Shukery agak serius kerana menghidap barah tahap keempat dan ia sudah merebak ke hati.
“Beliau bertanya kepada saya bagaimana dan apakah kesannya kerana saya pernah melalui pengalaman rawatan seperti itu,” katanya selepas melawat pelakon itu.
Azean sebelum ini menjalani rawatan kimoterapi kerana menghidap barah payu dara.

Shukery, berumur 55 tahun berasal dari Langkawi, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama radio pada 1975 di RTM dan berlakon untuk TV pada 1987.

Beliau pernah berlakon filem seperti Rahsia arahan Othman Hafsham pada 1987. Selepas itu, berlakon dalam filem Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru filem Shh...Dia Datang.

Beliau dipilih sebagai Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995.

Azean berkata, ketika menziarahinya, keadaan Shukery agak murung dan pelakon itu memerlukan sokongan moral daripada rakan seperjuangan.
“Dia memang agak sedih. Dia ada menyuarakan kerisauan kepada saya mengenai nasib yang menimpa dirinya itu sama dengan apa yang dialami oleh M Rajoli.

“Semangatnya memang sudah merosot. Saya berharap ada kawan dapat menziarahinya untuk memberikan sokongan kepada Shukery,” kata Azean lagi.

Intan Ladyana dan Kevin Zahri Putus Cinta

Cemburu punca utama hubungan mereka tersekat di pertengahan jalan

Kisah cinta Uda dan Dara antara pelakon cantik, Intan Ladyana bersama pasangannya Kevin Zahri, seorang pakar kesihatan yang pernah bergelar tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF) suatu ketika itu. Selepas diteropong, dapat tahu, hubungan intim yang terjalin sejak tiga tahun lalu, sudah berdepan masalah.

Awal tahun ini, khabarnya hubungan cinta Intan dan Kevin tercalar, kononnya ada unsur-unsur cemburu, tapi selepas bertanya pada Intan sendiri, dia memberitahu, mereka sedang cuba memulihkan perhubungan itu. Namun, baru-baru ini, ada sumber berbisik, ikatan cinta antara Intan dan Kevin, sudah terlerai apabila ia tidak mampu diselamatkan lagi.
"Nampaknya macam itulah, Intan dengan Kevin dah tak ada apa-apa lagi, kami sudah lama tak berhubung. Susahlah abang, tak boleh nak bersama lagi, banyak sangat masalah. Daripada sakit kepala, lebih baik kami putus. Anggap saja antara kami dah tak ada jodoh, tapi hidup mesti diteruskan juga," kata Intan dalam nada perlahan.
Kevin cemburu sangat ke? Namun, Intan tak mahu komen mengenai hal itu kerana baginya ia terlalu peribadi untuk diperkatakan secara terbuka.
"Cukuplah, yang lepas tu, lepaslah," katanya yang meminta supaya isu itu tidak diperkatakan lagi.
Difahamkan, Intan dan Kevin masih menetap di kawasan perumahan yang sama, malah mereka masih boleh melihat kelibat kereta masing-masing sama ada mereka di rumah atau sebaliknya.

Dalam pada itu, difahamkan, kekosongan hati Intan sudah pun terisi apabila dia sudah menemui cinta baru, juga seseorang yang terbabit dalam industri seni, apa komennya?
"Kami masih berkawan, tapi belum serius, baru kenal empat, lima bulan lalu, macam mana nak bercinta, sekarang kami selesa sebagai kawan baik, ada rezeki, kami bertukar ke status yang lebih serius, kalau tidak, kekal sebagai kawan artis sajalah," kata Intan yang keberatan mendedahkan siapa lelaki yang kini berkawan baik dengannya.
-Bharian

(Gambar) Fazura & Maya Karin di Pisau Cukur

Filem ini mengisahkan 2 orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009. Lagi gambar selepas ini… Filem ini di arahkan oleh Bernard Chauly yang di’bintangi oleh Maya Karin, Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof dan Redza Minhat. Atau anda juga boleh kunjungi ke laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut, http://www.pisaucukur.com.my/




Gambar Anne Ngasri dan Baby ke-2

Dalam gambar ini atau diambil dari majalah hiburan tempatan menceritakan bahawa dia dalam proses menjadi model dan pengguna kepada produk kecantikan, Leesa Formula masa dalam keadaan pantang. Namun tidak diberitahu siapa nama baby ini dalam majalah berkenaan. Baby ke-2 ini adalah hasil daripada perkahwinannya dengan Abdul Wafi dan dikurniakan seorang baby sebelum ini bernama, Abdul Warits bin Abdul Wafi pada 3 Februari 2007 yang dikatakan tidak cukup bulan ketika melahirkannya (7 bulan).
Anak Kedua

Anak Pertama


Gambar Titi Kamal (April)

Ahad, 26 April 2009

Titi Kamal atau Kurniaty Kamalia sememangnya aktres yang bergaya dan seksi, selain daripada itu dia juga dikenali sebagai nama singkatannya 'Tikam'. Namun dia sudah bernikah dengan Christian Sugiono awal Februari lalu di Australia. Dan acara resepsinya pula diadakan pada 31 Mei akan datang.


*klik gambar untuk besarkan

Gambar Julia Ziegler Ketika Sekolah Menengah

Memang tidak dinafikan, saat-saat indah waktu remaja adalah di bangku sekolah. Begitulah juga yang terjadi kepada Julia. Memang waktu itu, nak bawa kamera pun menjadi satu kesalahan, nasiblah rakan-rakannya ni amik gambar sorok-sorok dengan menggunakan kamera filem. Tu lah sebabnya yang kawan dia sorang nie amik semua post kat gambar ni (paling depan). Julia juga pernah akui, dia dahulu seorang yang tomboy di sekolah. Tapi siapa sangka dia sekarang popular dan terkenal sebagai pelakon serba boleh. Syabas Julia.


Temubual Radhi ex-OAG isu Rumahtangga

Satu Malaysia tahu dia gila-gila dan keanak-anakkan, sama seperti Radhi yang kita kenal sewaktu dia mula-mula muncul dengan band OAG 15 tahun lalu.

Namun kegilaan itu, katanya, tidak dibawa hingga kepada kes mahkamah yang melibatkan dirinya dan isteri, Shazlin Sharif, 30.

Mohd. Radhi Razali, 31, tidak hadir pada prosiding sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 23 April lalu.

Bukan sekali tetapi lebih empat kali dan akhirnya waran tangkap dikeluarkan bagi mencabar 'kedegilan' Radhi.

Pasangan itu bernikah pada 1 Januari 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Rifdhi Muslim, 4 tahun.

Bagaimanakah kehidupan anda sekarang?
Saya sedang fokus kepada proses rakaman album solo saya yang akan menyelitkan sebuah lagu berjudul Infiniti. DVD dan VCD konsert OAG di Istana Budaya juga akan dikeluarkan kelak.

Mulai bulan hadapan hingga Julai nanti saya akan masuk studio. Material sudah ada sekitar 12 buah lagu. Album solo ini adalah luahan isi hati saya yang sebenar dan memaparkan warna perubahan saya.
Perubahan apakah yang anda maksudkan?
Sudah lama saya impikan album solo cuma sekarang baru terhasil. Saya bersama OAG sejak berusia 15 tahun dan sampai sekarang masih terbawa-bawa kinjaan saya pada usia muda.

Saya mahu berubah. Saya mahu jadi diri sebenar. Saya sebenarnya perlu berubah. Album ini terlalu peribadi. Mungkin boleh dikatakan album selepas cerai atau album krisis pertengahan usia.

Isteri saya tidak sukakan saya yang dahulu. Dia mahu saya berubah. Saya sudah berubah banyak untuk dia. Saya jadi warak untuk dia.
Kalau perihal kehidupan di luar lingkungan muzik, apakah yang anda ingin ceritakan?
Saya tahu awak mahu tahu perihal kes mahkamah. Demi Allah saya memang tidak tahu tentang sebutan kes itu dan tidak diberitahu tentang perlu hadir ke mahkamah. Kalau saya tahu saya akan pergi. Betul.
Maksudnya langsung tiada komunikasi antara kamu dan isteri hingga sekarang?
Tidak ada. Saya hairan kerana waktu saya pergi mengambil anak, dia tidak beritahu langsung hal mahkamah tersebut. Apa salahnya dia SMS saya dan beritahu.

Tapi hal ini sebenarnya sangat peribadi. Saya mahu bercakap dengan dia tapi bagi dia, muka saya pun dia tidak mahu pandang.

Komunikasi yang baik perlu dari mata ke mata tetapi ini sepertinya tidak boleh terjadi. Jadi bagaimana mahu berbincang?
Apakah masalah anda sebenarnya?
Saya seorang yang sukakan kehidupan yang indipenden sedangkan Shazlin suka tinggal di rumah besar keluarganya. Seperti yang saya cakap dahulu, saya seperti kahwin dengan mentua saya.

Saya sudah pindah rumah untuk hidup dengan keluarga saya, sudah beli kereta untuk keperluan kami. Saya tidak tahu apa yang tidak cukup lagi. Dia mahu berada di dalam zon selesanya. Zon mewahnya.
Anda duduk sendiri sekarang?
Ya, di rumah kami di Damansara. Sukar menghadapi kehidupan seorang. Kadangkala seperti datang satu perasaan yang membunuh. Suicidal!

Bukanlah saya mahu membunuh diri tetapi satu perasaan yang seperti saya tidak mahu berbuat apa-apa langsung. Saya sunyi di rumah dan resah fikirkan anak saya.

Saya memang tidak boleh hidup tanpa anak saya. Saya kahwin sebab mahukan keluarga sendiri tetapi sekarang jadi begini. Shazlin tidak rasa apa yang saya rasa. Saya tidak mahu tuduh tetapi saya tidak tahulah kalau dia sudah ada orang lain dalam hidupnya.
Anak kamu, Rifdhi, sekarang ada ikut minat dan bakat kamu?
Saya rindukan keletahnya. Dia sudah boleh menyanyi dan nyanyiannya lebih baik daripada saya. Dia cepat hafal lagu-lagu saya dan aktif. Lagu yang paling dia suka ialah Permaisuri.

-Kosmo

Aksi Linda Onn Main Paintball

Linda Onn ni hebat bersukan. Lebih-lebih lagi dalam Paintball, sukan baru yang diperkenalkan. Linda pergi main kat Xtion Paintball, Bukit Jalil. Katanya dia berminat peganag pistol, tapi pegang pistol Piantball jerk, almaklumlah ayahnya dahulu bekas polis CID. Linda pergi main dengan kawan dia, Marco dan juga anak-anak buahnya.