Pada:
Isnin, 27 April 2009

Kisah cinta Uda dan Dara antara pelakon cantik, Intan Ladyana bersama pasangannya Kevin Zahri, seorang pakar kesihatan yang pernah bergelar tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF) suatu ketika itu. Selepas diteropong, dapat tahu, hubungan intim yang terjalin sejak tiga tahun lalu, sudah berdepan masalah.
"Nampaknya macam itulah, Intan dengan Kevin dah tak ada apa-apa lagi, kami sudah lama tak berhubung. Susahlah abang, tak boleh nak bersama lagi, banyak sangat masalah. Daripada sakit kepala, lebih baik kami putus. Anggap saja antara kami dah tak ada jodoh, tapi hidup mesti diteruskan juga," kata Intan dalam nada perlahan.

"Cukuplah, yang lepas tu, lepaslah," katanya yang meminta supaya isu itu tidak diperkatakan lagi.

Dalam pada itu, difahamkan, kekosongan hati Intan sudah pun terisi apabila dia sudah menemui cinta baru, juga seseorang yang terbabit dalam industri seni, apa komennya?

"Kami masih berkawan, tapi belum serius, baru kenal empat, lima bulan lalu, macam mana nak bercinta, sekarang kami selesa sebagai kawan baik, ada rezeki, kami bertukar ke status yang lebih serius, kalau tidak, kekal sebagai kawan artis sajalah," kata Intan yang keberatan mendedahkan siapa lelaki yang kini berkawan baik dengannya.-Bharian
Tag : Gossip Artis , Intan Ladyana