Pada:
Isnin, 27 April 2009

Akibat barah yang dihidapinya, berat badan pelakon itu merosot 10 kilogram dan doktor mencadangkan supaya beliau membuat rawatan kimoterapi.

“Beliau bertanya kepada saya bagaimana dan apakah kesannya kerana saya pernah melalui pengalaman rawatan seperti itu,” katanya selepas melawat pelakon itu.Azean sebelum ini menjalani rawatan kimoterapi kerana menghidap barah payu dara.
Shukery, berumur 55 tahun berasal dari Langkawi, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama radio pada 1975 di RTM dan berlakon untuk TV pada 1987.

Beliau dipilih sebagai Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995.

“Dia memang agak sedih. Dia ada menyuarakan kerisauan kepada saya mengenai nasib yang menimpa dirinya itu sama dengan apa yang dialami oleh M Rajoli.
“Semangatnya memang sudah merosot. Saya berharap ada kawan dapat menziarahinya untuk memberikan sokongan kepada Shukery,” kata Azean lagi.
Tag : Berita Artis , Shukery Hashim