Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

DIkecam haram mernyanyi, Fynn Jamal bongkar rahsia disebalik lagunya

Khamis, 22 Disember 2016

Dikecam Haram Menyanyi, Fynn Jamal Dedah 'Rahsia' Disebalik Lagunya

Dengan keberaniannya bersuara lantang selain lagu-lagunya yang meninggalkan kesan, itulah Fynn Jamal yang dikenali umum. Siapa yang mengikuti perkembangan Fynn sejak zaman awal kemunculannya pasti tahu turun naik perjalanan hidup wanita ini, kerana Fynn sering bercerita mengenai kisah hidupnya menerusi blog, puisi, lagu-lagu, serta status di akaun media sosialnya.

Walaupun Fynn menganggap perkongsian tersebut sebagai muhasabah diri dan pengajaran untuk orang lain, ramai yang mengecamnya dalam diam mahupun secara terbuka. Baru-baru ini Fynn ditebak dengan komen yang mempersoalkan hukum dia menyanyi menggunakan suaranya yang haram. Bagaimana Fynn menangani public shaming sebegitu dan apakah hikmah disebalik situasi tersebut?

“Dia Rasa Bangga Cakap Terbuka Tentang Dosa Aku”

Siti Nurhaliza tak suka Jamal

Datuk Siti Nurhaliza membidas tindakan Datuk Seri Jamal (orang kuat UMNO) yang memprotes bekalan air terputus di hadapan bagunan kerajaan Negeri Selangor di beberapa bahagian Selangor dan Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Stacy selalu marah ketika mengandung - Akim

Rabu, 21 Disember 2016

Sejak hamil anak sulung, penyanyi terkenal Akim Ahmad memberitahu, isterinya, Stacy mengalami perubahan sikap apabila selalu marah tanpa sebab tertentu. Menurut Akim, Stacy adakalanya boleh menjadi emosi tanpa sebab sebaik sahaja bangun dari tidur hingga menyebabkan dia menjadi tempat Stacy melepaskan kemarahan.

Pun begitu, penyanyi lagu Mewangi ini memahami perubahan sikap isterinya itu selain menjadikannya individu yang lebih bersabar.
“Sebenarnya situasi ini membolehkan saya belajar untuk bersabar dan mengawal keadaan. Saya faham dia bersikap sedemikian kerana mengandung,” katanya dipetik Harian Metro.

Sekitar majlis aqiqah Aisy Mateen, anak Yana Samsudin (21 gambar)

Tania Hudson punca keretakan Neelofa-Fattah?

Tania Hudson mengakui hubungannya dengan Fattah Amin hanya sekadar rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu. Tania terkejut selepas dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan aktor itu dengan Neelofa.
"Saya terkejut apabila hari ini (Selasa) ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin.

"Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung apatah lagi berjumpa,"

"Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika kami menjalani penggambaran filem itu sekalipun, saya tidak terlalu rapat dengannya.

"Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Lepas habis penggambaran kami buat hal masing-masing," ujarnya.

"Saya tidak ada rasa bersalah kerana saya kenal Fattah ketika penggambaran filem KL Special Force sebelum dia berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi.

"Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini," ujarnya memetik mStarOnline.

Hubungan dengan Fattah retak, Neelofa dedah punca..

Neelofa mengakui hubungan baiknya dengan pelakon Fattah Amin retak gara-gara kewujudan orang ketiga.
 Neelofa baru sahaja mengetahui orang ketiga yang dalam hubungan antara dia Fattah merupakan seorang pelakon berdarah kacukan.


Tambahnya lagi, hubungan antara Fattah dengan orang baharu itu juga dipercayai sudah lama terjalin sebelum penggambaran Suri Hati Mr. Pilot.


Bagaimanapun, Neelofa enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut dan mengakui kesal apabila mengetahui tentang hubungan tersebut dengan cara yang kurang elok.

“Tidak adil untuk saya mengulas dakwaan ini tanpa kehadiran Fattah mahupun wanita tersebut. Kalau boleh saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya tidak mahu memikirkan tentang perkara ini, lebih baik fokus kerja,” katanya memetik Utusan

Sekitar pernikahan Sheila Abdull (10 gambar)

Selasa, 20 Disember 2016


Sheila Abdull selamat dinikahkan dengan pasangannya, yang juga pemain gitar, Ammar Habir di Johor Bahru, semalam yang diadakan di Dewan Kenangan Kompleks Tan Sri Rahmat, Tampoi.

Pada acara yang dihadiri kira-kira 100 tetamu itu, Sheila turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 berserta lima dulang hantaran daripada pemain gitar kumpulan Drama Band terbabit.

Kerjaya terkini Hairie Othman..

Ini lah pekerjaan terkini Hairie. Walaupun agak sedih katanya, tapi hidup perlu diteruskan. menjadi pemandu Grab untuk mencari rezeki yang halal.

Jue Aziz akui kegugurannya 3 kali disebabkan mistik...

Pelakon Jue Aziz menghadapi ujian besar apabila keguguran sebanyak tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.Cerita mengenai kegugurannya itu, Jue Aziz mendedahkan satu perkara yang agak mengejutkan.

Menurut Jue Aziz, gangguan mistik adalah punca beliau kerap gugur dan sekaligus sukar unutk mendapatkan zuriat.
"Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap mengalami keguguran" -Jue Aziz
Namun, sebelum ini Jue Aziz pernah memberitahu beliau redha dengan apa yang terjadi dan tetap tidak berputus asa untuk hamil lagi. -Sumber laman web THE MALAY MAIL ONLINE

Zulin Aziz dikecam disebabkan tulis perkataan 'akad'!


Pelakon Zulin Aziz dikecam gara-gara salah tulis peraktaan 'akad' yang sebenarnya mahu ditulis 'angkat'. Zulin juga berasa berang kerana ramai yang tidak memahami maksud tulisannya itu.

Dalam pada itu, Zulin juga memberitahu disebabkan perkara itu juga dia bakal memadamkan akaun twitternya dalam waktu terdekat.

Tindakan Zulin itu mendapat pelbagai reaksi pengikut laman sosialnya dan rata-rata meminta supaya pelakon itu bersabar dan menganggap komen-komen negatif yang diberikan itu lumrah kehidupan sebagai seorang artis.

Yana Samsuddin luah perasaan jaga anak sulung...

Isnin, 19 Disember 2016

Riezman Khuzaimi tamatkan zaman duda dengan Datuk

Pelakon dan ahli perniagaan, Riezman Khuzaimi, 46, menamatkan zaman duda apabila menikahi wanita yang mendapat jolokan 'Iron Lady', Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47, di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2 petang, hujung minggu lalu.

Riezman berkata, mereka tidak berniat merahsiakan majlis berkenaan, sebaliknya ia diadakan secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri kira-kira 40 orang ahli keluarga terdekat.

Sharnaaz dah merisik Nabila semalam tapi...

Walaupun mengalami sedikit masalah hubungan sebelum ini, akhirnya Pelakon Shaarnaz mengaku telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada tengah hari tadi (Ahad).

Menurut Shaarnaz, dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

Zoey Rahman bercinta dengan Siti Nurdiana? (4 gambar)


Farah Asyikin mahu khawin lagi.. Ini bakal suaminya..

Ahad, 18 Disember 2016

Selepas bercerai talak satu secara tebus talak dengan bekas suaminya Zaahier Stanley yang berasal daripada Capetown, Afrika Selatan sekitar bulan Januari lepas, bekas penyanyi Farah Asyikin memberitahu beliau bakal berkahwin buat kali ketiga pada 7 Januari depan.

Difahamkan, bakal suaminya yang bernama Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51 tahun, merupakan duda anak tiga dan bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas.
Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya.

Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak. Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar.

Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir. Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya." -Kata Farah. -Bharian

Keadaan terkini Dahlan Zainuddin

Keadaan kesihatan penyanyi era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, yang diserang penyakit angin ahmar sejak awal Jun lalu kini semakin pulih.

Isterinya, Datin Effa Rizan, 54, berkata, biduan berusia 75 tahun itu kini giat menjalani rawatan fisioterapi dua kali seminggu sejak dibenarkan keluar daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Oktober lalu.
Dahlan giat menjalani sesi fisioterapi dua kali seminggu.
"Alhamdulillah keadaannya menunjukkan perubahan positif walaupun ia agak perlahan kerana faktor usia.

"Buat masa ini suami saya dalam proses pemulihan dan perlu melakukan rawatan fisioterapi dua kali seminggu," katanya.
Dahlan diserang angin ahmar pada 29 Jun lalu ketika berada di Perlis bagi menghadiri majlis buka puasa bersama anak yatim. -mStarOnline

Shima Anuar selamat bertunang (21 gambar HD)

Pelakon, Shima Anuar selamat mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 40, pada majlis yang berlangsung di kediaman keluarganya, di Shah Alam, semalam. Pemilik nama sebenar Noor Hashimah Anuar, 26, yang dikenali selepas membintangi filem Highland Tower itu berkata, sikap bertanggungjawab dan keperibadian Mohd Solih membuka hatinya untuk menerima lamaran biarpun hanya mengenali bakal suaminya itu sejak Jun lalu. -Bharian

Baby bump Lisa Surihani (13 gambar)

Jumaat, 16 Disember 2016

Yuna dipeluk Anderson, wow! (video)

Kejadian ini berlaku ketika Yuna menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas baru-baru ini. Didalam video berkenaan, Yuna nampaknya sedang ditemubual dan tiba-tiba Anderson memeluknya.

Awi Rafael 'lamar' Kaka, Kaka kata 'ya'!

Agak mengejutkan apabila penyanyi Kaka Azraff 'dilamar' oleh Awi Rafael beberapa bulan lalu, yang mengejutkan lagi, Kaka memberikan jawapan 'ya' kepada Awi tanpa berfikir panjang menjadi pasangannya.
“Ya, Awi ada bertemu dan melamar saya beberapa bulan lepas, dan saya terus jawab “yes”! Tapi Awi bukan ajak bercinta, dia mahu saya jadi teman duetnya dalam program terbaru terbitan Astro iaitu Duo Star.

“Saya tidak teragak-agak untuk jawab ya kerana selepas meneliti format program berkenaan, ia sangat menarik dan lain daripada program realiti sedia ada.

“Lagipun saya dan Awi sudah lama kenal dan kami pernah bekerjasama, jadi tidak sukar untuk kami mencari “chemistry”,”

"Hubungan di antara kami tidak melibatkan soal hati dan perasaan dan apa yang diperkatakan sebelum ini tentang kami hanyalah salah faham.

"Apabila berkaitan dengan kerja saya seorang profesional dan tidak pandai mencampur-adukkan dengan perihal peribadi.

"Tiada putik-putik cinta dan hubungan kami hanyalah sekadar rakan biasa sahaja," kata Kaka memetik portal Astro Gempak.

Elly Mazlein dituduh curang dengan lelaki di sebuah hotel?

Ada pihak yang mendakwa bekas suami Elly Mazlein, Azmi pernah menangkap Elly berlaku curang dengan lelaki lain di sebuah hotel. Dakwaan itu membuatkan Elly tidak berdiam diri dan berusaha meminta agar bekas suaminya tampil dengan bukti beliau curang. Kritkan dan cacian juga Elly pernah terima ketika ini.
Saya kuat kerana sokongan peminat. Apa pun cacian, hinaan oleh pihak yang dengki, teguh akar kepercayaan peminat menjadi kekuatan. Jangan mudah mengaku kalah. Saya bukan baru dalam industri, dua dekad pengalaman banyak mengajar.

Jangan anggap saya artis baharu, yang gigih merangkak ketakutan dengan kontroversi. Maaf cakap, saya kuat dan tidak gentar. Dulu mungkin saya berdiam, pendam segala rasa tapi kini tidak lagi.

Cuma satu permintaan yang disulam ketegasan, jangan kacau saya! Jangan sesekali mengungkit budi yang pernah ditabur, usah dipermainkan emosi peminat dengan cerita-cerita sampah yang tidak ada buktinya.

Mulut-mulut puaka yang penuh hasad dengki juga tolong berdiam. Usah sesekali berlagak seperti tahu segalanya tentang saya. Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan drama yang sama. Cukup!" kata Elly memetik Utusan Online

Sharifah Sakinah hamil, nampak baby bump (2 gambar)

Pelakon Sharifah Sakinah dikhabarkan telah hamil anak sulung. Ini dibuktikan dengan Sharifah telah memuatnaik gambar dimana menunjukkan perutnya yang membesar.

Namun empunya badan belum lagi membuat sebarang kenyataan mengenai hal itu. Sebelum ini Sharifah pernah hamil namun mengalami keguguran sekitar bulan April yang lalu.