Pada:
Selasa, 20 Disember 2016

Sheila Abdull selamat dinikahkan dengan pasangannya, yang juga pemain gitar, Ammar Habir di Johor Bahru, semalam yang diadakan di Dewan Kenangan Kompleks Tan Sri Rahmat, Tampoi.
Pada acara yang dihadiri kira-kira 100 tetamu itu, Sheila turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 berserta lima dulang hantaran daripada pemain gitar kumpulan Drama Band terbabit.
"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Kami berharap dapat melayari bahtera perkahwinan ini dengan sebaik mungkin. Insya-Allah," kata Sheila memetik BharianOnline
Tag : Berita Artis , Gambar Artis , Penyanyi , Perkahwinan Artis , Pernikahan , Sheila Abdull