Sharnaaz dah merisik Nabila semalam tapi...

Pada: Isnin, 19 Disember 2016
Walaupun mengalami sedikit masalah hubungan sebelum ini, akhirnya Pelakon Shaarnaz mengaku telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada tengah hari tadi (Ahad).

Menurut Shaarnaz, dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

“Majlis pernikahan kami akan berlangsung pada suku pertama tahun hadapan, segala persiapan untuk bergelar suami saya dah siap dengan sepenuhnya.

“Untuk majlis merisik memang dah lama rancang, hari ini adalah hari sesuai setelah keluarga Noornabila pulang daripada umrah.

“Kali ini memang serius, lagipun umur pun dah semakin meningkat, rasanya tidak wajar untuk saya main-main lagi mengenai hidup saya,” kata Shaarnaz ketika dihubungi Astro Gempak.

Tag : , , , ,