Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tanpa bersenam, Fazley kurangkan badan 18kg-sebulan! rahsianya...

Rabu, 13 Mei 2015

Wah dengarnya penyanyi, Dato' Fazley Yaakob kehilangan 18kg dalam masa sebulan. Agak mengejutkan juga. Ini adalah impian setiap orang nak turunkan berat badan sepantas itu.

Namun Fazley ada rahsianya tersendiri. Memetik portal Murai, dia memberitahu cara sebenar adalah dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa perlu bersenam!

"Selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan saya.

Seperti contoh, jika saya minum kopi ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga 72 kilogram," -Fazley

Kekasih baru Aliff Aziz (7 gambar)

Wah penyanyi Aliff Aziz ni sering kali bertukar teman wanita. Nak suruh kahwin tak nak pula. Keke.
Terkini, khabarnya kini teman wanitanya adalah kakak kepada penyanyi Didi Astillah iaitu Bella Astillah.

Ada beberapa gambar di muatnaik meunjukkan mereka berselfie bersama-sama.

Zamarul Hisyam rujuk kembali Diana Rafah esok!

Tahniah lah kan, akhirnya Diana Rafah dan Zamarul Hisyam memilih 14 Mei ini akan esok untuk merujuk kembali. Namun mahkamah tempat mereka melafazkan rujuk itu dirahsiakan daripada media.

Mari baca ulasan mereka memetik portal Bharian semalam.

Bakal suami Mimi One Nation Emcee (gambar)


Dengar khabar yang Mimi One Nation Emcee bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Firdaus seorang pensyarah Unitar yang juga rakannya dari kecil, mereka memilih disatukan bersama pada hujung bulan Mei ini.

Tarikh, lokasi pernikahan dan gambar bakal suaminya buat masa ini dirahsiakan.

Ucapan harijadi Zamarul kat Diana (gambar)

Selasa, 12 Mei 2015


Ucapan Hari Lahir Zamarul Hisham Kepada Bekas Isteri
Rasanya mereka ni dalam perancangan nak rujuk kembali diantara Diana Rafar dan Zamarul Hisham. Walaupun ramai dah mengetahui yang mereka bukan lagi suami isteri sejak Januari 2015 lalu.

Namun kemesraan yang dilakukan oleh Zamarul terhadap Diana sepertinya bakal menyatukan mereka semula. Terbaru Zamarul mengucapkan selamat hari jadi kepada Diana.

Aaisyah Dhia Rana terkini (9 gambar)

Sebelum ni gambar ibu bapanya, Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang pergi bercuti ke Eropah tanpa membawa Aaisyah Dhia Rana. kali ini gambar Aaisyah pula akan menjadi tumpuan. Comel sangat kan. -instagram RozitaCheWan1

Sekitar percutian ke Eropah, Zian & Che Ta (18 Gambar)

Ini adalah percutian keluarga diantara Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin ke beberapa destinasi menarik di Eropah. Mereka ditemani juga ibu Che Ta, adiknya Ruby Che dan juga suami Ruby iaitu pelawak Mazlan Pet Pet. Namun kelibat anak bongsu mereka tidak kelihatan, kemungkinan tidak dibawa ketika itu. -instagram RozitaCheWan1

Tuntutan Mutaah RM300,000, Rita Rudaini tidak layak sebab..

Pemain bola sepak Johor, Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon bekas isterinya, Rita Rudaini.

Aidil selaku defendan memaklumkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggungnya untuk kehidupan baru bersama isteri, Zareema Zainal dan anak.
"Selain hutang peribadi seperti kenderaan yang digunakan ketika bekerja, saya juga turut menanggung kedua ibu bapa, bil utiliti dan keperluan sendiri," katanya.
Malah, nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, turut ditanggungnya.
"Saya juga turut menyediakan peruntukan dengan membuka akaun Bijak Malaysia dan menyediakan simpanan di Tabung Haji serta insurans untuk kedua-dua anak saya," katanya.

"Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon," katanya.
Beliau mendakwa, Rita tidak menerima ibu bapanya sebagai keluarga sendiri.
"Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya pulang ke rumah ibu bapa," katanya.
Rita juga didakwa turut mengenakan syarat sekiranya ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di Damansara.

"Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan membuat keputusan sendiri," katanya.

Aidil berkata, Rita, 39, didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik.
"Plaintif jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjayanya.

"Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk kami sekeluarga," katanya.
Menurutnya, membasuh, menggosok pakaian dan mengemas rumah jarang dilakukan Rita.
"Kebanyakkan diuruskan oleh pembantu rumah," katanya.
Beliau berkata, Rita sering mendesaknya dan menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga.
"Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah saya.

"Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin," katanya ketika dalam afidavit bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.
Sementara itu, adiknya, Zaquan Adha berkata, bekas kakak iparnya tidak layak bayaran mutaah sebagaimana dituntut.
"Tuntutan itu melampaui taraf kehidupan plaintif yang sederhana," katanya sebagai saksi dalam afidavit keterangan.
Ayu Raudhah turut hadir menemani suaminya.

Rita Rudaini, menerusi peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan itu di sini pada 25 Ogos tahun lalu.

Aidil diwakili peguam, Rushdan Sujak Rafee.

Prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 25 Mei ini.

Sumber: Sinar Harian Online

Syasha Mahmud tak tahan tengok tutz Wak Doyok!

Memang wanita ini asing buat kita, tapi tak tahu pula apa motif Syasya Mahmud sampai memuji sampai ke tahap yang menyampah sangat.

Bahagian tutz pula yang dikomen oleh wanita ini terhadap gambar Wak Doyok yang dimuatnaik di dalam laman sosial milik Wak sendiri.

Dan apa motif juga Wak Doyok mempamerkan gambar seperti ini. Humm..

Isteri Fahrin janda anak satu?

Isnin, 11 Mei 2015

Pelik. Baru sahaja bergelar suami isteri pada hari Sabtu lalu, timbul suara-suara kurangs senang dimana ada yang mendakwa isteri kepada Fahrin, Elena Hani adalah seorang janda anak satu.

Namun Fahrin tampil menyangkal dakwaan itu.
“Selepas saya umum berita pernikahan kami pada Selasa lalu, macam-macam spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah seorang janda beranak satu. Bukan, dia tidak pernah berkahwin”

“Bila difikirkan balik, saya melihat, ada hikmah disebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena daripada orang ramai. Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami,” -Fahrin

Abby Abadi dapat kejutan dari Ustaz! (gambar)



Wah bukan main romantik lagi Ustaz Khairul Azli terhadap Abby Abadi. Baru-baru ini dia buat kejutan dengan sejambak bunga dan coklat.

Siap dengan catatan di sebuah kereta mewah jenis Alpard. Romantik bukan, jadi cepat-cepatlah kahwin, nak tengok lebih romantik dari ini atau sebaliknya. Keke.

Apa-apa pun doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Kamal, Emma Maembong berdua bersama ke Hong Kong?

Dengar cerita yang Kamal Adli dan Emma Maembong pergi ke Hong Kong. Tak tahu kebenaran cerita ni, tapi seorang saksi telah bersama-sama mereka untuk satu kapal terbang di KLIA 2 baru-baru ini untuk ke sana, samada untuk shooting atau bercuti.

Berita itu dikongsikan melalui laman Forum Cari semalam.

Kemalangan kereta disebabkan Rozita Che Wan

Kemalangan Gara-gara Rozita Che Wan
Bermula dengan hanya niat untuk mendapatkan gambar yang terbaik, siapa sangka, penangan kejelitaan Che Ta telah menyebabkan satu kemalangan berlaku ketika pelakon ini menghadiri satu sesi fotografi di London baru-baru ini.

Memetik daripada sumber slot Cik Pang di Harian Metro, pada awalnya dia hanya bergambar biasa-biasa. Kemudian jurugambar teringin mengambil gambar Che Ta di atas tembok berdekatan Marble Arch.

Demi mendapatkan hasil terbaik, Che Ta gigih memanjat tembok berkenaan walaupun waktu itu dia memakai kasut tumit tinggi lima inci. Apabila berdiri di atas tembok sekaligus perkara tersebut menarik perhatian orang ramai termasuklah pemandu di jalan raya ketika itu.

Ketika sedang bergaya di atas tembok, mereka terdengar bunyi dentuman kuat datangnya daripada kenderaan yang berlanggar. Katanya, pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu menyatakan dia tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu asyik memandang Che Ta di atas tembok.

Rita Rudaini bengang dengan anaknya!


Wah bukan main garang lagi anak Rita Rudaini ni sehinggakan Rita sendiri mengeluarkan kata-kata yang sangat besar. Sudah semestinya penangan Dubsmash yang menjadi viral di laman-laman sosial. Lucu ni.

Inilah dia bakal suami Mila AF (4 gambar)

Ahad, 10 Mei 2015

Mila Jirin mengakui akan berkahwin dengan pengurusnya sendiri, Isz Mustapha pada tahun ini. Mila memberitahu berita baik itu untuk kebaikan bersama semua pihak.

Isteri restu hubungan Boy Iman, Effa Membong tapi...

Dato' Boy Iman mengakui isterinya, Kumala Dewi merestui hubungannya dengan kakak Emma Maembong, Effa Maembong. Ini sekaligus menafikan yang mereka berdua bakal bercerai sepertimana yang dipetik daripada portal mStar.

Fahrin selamat bergelar suami (gambar & video)

Sabtu, 9 Mei 2015


Fahrin Ahmad selamat bergelar suami kepada seorang pramugari, Elena Hani Eleas, 37, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi, Sabtu.

Majlis pernikahan itu berlangsung di Pusat Konvesyen Sime Darby.

Fahrin, 36, dan Elena dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim dan pengantin perempuan diwalikan oleh ayahnya, Eleas Hashim.

Fahrin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Penampilan Bront Palarae yang dia sendiri tak suka! Ha ha..

Jumaat, 8 Mei 2015

Agak vateran melihat penampilan terkini Bront Palarae walaupun mendapat ejekan rakan-rakan selebriti dimana dia kini bermisai tebal.

Bront sendiri mengakui yang dia terpaksa menghindari cermin kerana rimas dengan misai tebalnya itu berbuat demikian untuk filem yang diwatakinya, Ola Bola.

Aku tumbuk muka kau budak Myvi! -Johan Asari

Agak mejanggalkan apabila kenderaan model MyVi menjadi anti atau tidak suka terhadap sesiapa yang memiliki kenderaan berkenaan. Ini disebabkan kemalangan DUKE yang berlaku minggu lalu yang melibatkan kereta model berkenaan sehinggakan menyebabkan kehilangan jiwa.

Johan Asaari tidak ketinggalan untuk tampil menasihati kenderaan model berkenaan melalui sebuah video yang dimuatnaiknya agar mengutamakan keselamatan jalan raya.

"Satu Malaysia telah maklum tentang kemalangan di Lebuh Raya DUKE yang mengorbankan tiga nyawa berpunca daripada pemandu Myvi. Sebagai rakyat negara ini saya ingin bertegas untuk memberi pandangan melalui cara yang tersendiri.

"Saya bukan hendak mencari fasal dengan pengguna Myvi tetapi disebabkan isu tersebut menjadi perbualan ramai sekarang dan bila saya sebut kereta lain ia mungkin tidak menarik.

"Mengenai perkara itu bukan saya nak kata pemandu Myvi teruk tetapi saya cuma ingin memberi nasihat kepada umum,"

"Apa yang saya hendak sampaikan ini sebenarnya positif dan tidak ada sifat dengki terhadap sesiapa kerana orang yang bijak mereka akan faham dan saya bercakap menggunakan otak," -Johan Asaari petikan portal mStar
"Eh kau budak Myvi ea? Engkau jangan buat hal! Aku tumbuk muka kau kang! Kau bawa kereta tu hati-hati sikit memandu, kalau tak larat bawa kereta laju-laju bawa ketengah kiri pun boleh. Engkau jangan buat hal kau budak myvi ea? Aku tumbuk muka kau." -petikan video yang sudah dibuang semalam.

Perkahwinan Lana Nordin ditaja bernilai.. RM.. WOW!!

Dengar khabar yang majlis perkahwinan Lana Nordin dan bakal suaminya, David Mckienzie akan mendapat tajaan berjumlah RM2 juta!

Lana sendiri tidak menyangka akan mendapat tajaan sebanyak itu. Ini adalah diaantara panaja perkahwinannya itu, Charisma Jewellery, Palace of Golden Horses, Atelia Amani, Jakel Textile, KL Weddinh Ministry, Persada Embun Wedding, Muasmo Wedding Stylist, YSA Events dan banyak lagi.
"Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka dalam masa lebih sebulan sahaja saya telah mendapat tajaan RM2 Juta untuk perkahwinan saya.

"Sejak pengumuman perkahwinan saya itu dibuat, ramai yang menelefon untuk menaja sehingga saya perlu menolak beberapa tajaan kerana ada yang terma dan syaratnya tidak dapat dipenuhi.

"Namun saya bersyukur kerana hampir 90 peratus persiapan perkahwinan saya mendapat tajaan dan selebihnya saya uruskan sendiri seperti malam berinai dan makan malam," -Lana Nordin petikan portal Murai

Isu gambar berbikini, dapat kecaman. Siapa dia?

Agak mengejutkan apabila Daphne Iking memuatnaik gambar dia berbikini di laman sosial miliknya. Bahkan tindakannya itu bukan disenangi 'follower' tapi mendapat bantahan.

Lebih mengelirukan status agama Daphnie Iking yang turut dipersoalkan kerana jika ikut sejarah, Daphnie telah memeluk Islam dan berkahwin kali ke-2 pada awal tahun 2011 yang lalu dengan Azmi Abdul Rahman.

Persoalan besar, kadi masih ikut budaya lama?

Aksi cium yang menjanggalkan, siapa ni? (gambar)

Khamis, 7 Mei 2015

Gambar seperti ini sememangnya mesra tapi kadang kala tidak sepatutnya menjadi tontonan umum apatah lagi dimuat naik sendiri oleh pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

Kemesraan ini ditonjolkan dalam pelbagai aksi cium yang juga semamngnya bukan tradisi orang Melayu dan Islam untuk ditunjukkan.

Ianya sebenar cukup sekadar untuk 'private' kerana menyangkut paut soal maruah. Gambar diambil ketika mereka bercuti ke Pulau Rawa, Johor baru-baru ini.